Monday, 16 January 2012

Dah kertu baru tahu

Dulu-dulu zaman sekolah, kita biasa berjumpa peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Maknanya tak boleh harap lebih kurang maksudnya.

Kita belajar, cikgu pun tak bagitau details pasal pagar. Yang semua agak, macam pagar sekolah, le kan? Walau pun pada masa itu terfikir jugak kat dalam kepala nie, awat la bodoh sangat orang zaman dulu ni sampai nak kata pagar makan padi? Pastu, tak pernah nampak la pulak sawah bendang yang berpagar. Tapi walau pun ada ketidaklogikan di situ, cikgu pun mengajar yang dimaksudkan pagar dalam peribahasa itu adalah pagar, maka saya terimalah peribahasa tersebut dengan penuh persoalan jugalah yang melanda. hehe..

Tapi sebenarnya, peribahasa tersebut adalah berasal dari Indonesia. 'Pagar' yang telah dimaksudkan sebagai pagar dalam peribahasa tersebut, sebenarnya adalah burung yang dipanggil burung pegar. Laaa.....baru saya tahu. Baru le logik peribahasa tersebut. Kita sedia maklum burung makan biji-bijian, bukannya pagar. Geram jugak la dengan cikgu2 saya. Berpuluh tahun dok pikio tentang pagar yang makan padi angkara kesilapan satu huruf.  hahaha...


Burung pegar. Cantik tak? Burung ini makan padi. Pagar tak makan padi ye kawan-kawan.

Lepas tu, ada satu lagi peribahasa yang menimbulkan persoalan ..
'bagai melepaskan batuk di tepi tangga'
Maksudnya lebih kurang, buat kerja sambil lewa.

Pernah terfikir tak apa kena mengena batuk dengan kerja sambil lewa? Orang batuk kat tepi tangga je ke buat kerja sambil lewa? Orang batuk kat meja study, dalam rumah atau kat mana-mana semua buat kerja sungguh-sungguh? hahaha....sangat pening bila fikir, ye tak? Tapi zaman sekolah dulu, hadap je apa cikgu ajar. Belum jadi blogger masa tu kot, tu yang belum 'vokal' lagi kot. LOL... 

Sekarang baru tahu, batuk yang dimaksudkan bukan batuk 'kong kong' atau omputihnya cough tu....tapi adalah 'batok' (ejaan ini sebenarnya dah betul sebab ejaan dulu-dulu memang batok)

Apakah batok? Ini diaaa....

*google
Ini la dia batok. Pencedok air tempayan. 

Orang dulu-dulu nak masuk rumah, basuh kaki dulu. Dah cedok air tempayan tu, silalah letak balik batok itu ke tempat asalnya elok-elok. Gantung ke, letak balik dalam tempayan ke.....bukannya main lepas je kat tepi tangga. Haisshhh...

Awat la cikgu tak ajo saye cenggini dulu. Senang paham tau cikgu. Ini berpuluh tahun tak tahu batok yang dimaksudkan adalah pencedok air tempayan. Bukannya batuk penyakit tu...huhu..

Wahai kawan-kawan yang belum tahu, saya share nie ye. Kalau dah tau, jangan la gelakkan saya. Maklum la, dah kertu baru tau...  *tsk...


15 comments:

  1. huhuhu... yeker,,, baru tau. slmna ni tak tahu gk..

    jom baca sekejp..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

    ReplyDelete
  2. sebenarnya orang yang translate dr ayat jawi ke rumi tu buat kesilapan...sebab ejaannya sama.

    ReplyDelete
  3. Hala Tuju....betoi le tu. Dulu2 tulis dalam jawi, bila translate rumi jadi macm tu la.

    ReplyDelete
  4. Cikgu yg ngajar tu pun dulu2 diajar dengan pepatah yg sama...ejaan jawi dulu2, pagar dengan pegar sama..di sinilah kekeliruan terjadi kerana di salah bunyikan..

    ReplyDelete
  5. C'Jai...yang heran masa tu walaupun pelik, takde sesiapa yang bahaskan. Pakat terima je apa yg cikgu ajar..hehe

    ReplyDelete
  6. saya pun baru tauuu yang pasal pegar tuhhh.
    baru la logik kann

    ReplyDelete
  7. Fa...baru terjawab persoalan... hehe

    mama amana.....samalah kita... :)

    ReplyDelete
  8. laa.. saya baru tau. nasib baik sy muda remaja lg. hihi

    ReplyDelete
  9. saya pun tertanya tanya gak kak,awaaittlaa cikgu saya tak terangkan dengan sedetail detailnya pasal peribahasa ni.nasibb ada akak yana yang cun ni,hehhehhe THANKS!

    ReplyDelete
  10. akak,gmbr n entry korang sama hehe

    http://saidinhasnam.blogspot.com/2012/01/melepaskan-batuk-di-tangga-betul-ke.html

    ReplyDelete
  11. TQ..baru hari ni tau..ingat kan peribahasa tu maksudkan batuk kong kong tu gak..x sangka lak penceduk ayaq rupanya...

    ReplyDelete