Joongbo di hatiku...

Ceritanya macam ni. Dulu-dulu sebelum wujudnya blog ni, saya suka layan drama/ movie korea dan Jepun. Ada cerita baru je layan, cerita baru muncul je sibuk nak tengok. Kiranya masa tu saya lebih kenal artis korea dari artis Malaysia. Maklum la, masa tu belum jumpa blog beautifulnara lagi. Blog tu pun tak wujud lagi gamaknya. Sampailah drama Boys Over Flower. Awal tahun 2009 masa tu saya layan kat Mysoju. Tak hot pun lagi drama tu sebab belum masuk tv. Weh...tetibe minat kat watak Ji Hoo. Google la pasal mamat ni. Terjumpa pulak pasal dia dengan Hwang Bo. Wah terus jatuh cintalah kat diorang.

Pastu jumpa pulak blog sahabat saya yang sama-sama minat dengan Kim Hyun Joong dan Hwang Bo Hye Jung. Dia buat blog tentang Joongboer Malaysia iaitu peminat Kim Hyun Joong dan Hwang Bo. Diorang ni couple dalam program MBC We Got Married. Wah, hepi giler sebab jumpa geng minat perkara yang sama. Habis tu, orang sekeliling saya mana nak layan korea2 ni masa tu. Terpaksalah google sana sini cari kisah We Got Married dan Joongbo Couple.

Bila dah jumpa blog tu, kami bersembang pasal couple nie siap masuk kelab Joongboer yang international lagi. Jenuh nak communicate English masa tu. Ye lah, dah sembang dengan orang Mexico, Taiwan, US bagai...takkan nak cakap melayu kot. Yang pastinya kami masa tu suka spazz pasal couple ni dan harap diorang akan kawen betul-betul. Macam2 coincident kami cari yang nak pastikan diorang nie betul-betul bercinta. Maklumlah, Hwang Bo lebih tua 6 tahun dari Kim hyun Joong. Mestilah banyak halangan terutama Triple S (kelab peminat SS501). Kat Korea, diorang nih fanatik dengan idol diorang. Takkan nak buat terang-terangan, ye tak?


Hwang Bo yang gojes dan berperibadi menarik. Kim Hyun Joong yang 4D pemikirannya. Sweet sangat korang nih.


Ketika diterumah ramah dalam studio. Ecewaahhh.....malu-malu la pulak.


Gambar-gambar kawen diorang. Lawa.

Alolo....cute and sweet...


Ternyata diorang sangat hepi bersama.


Jalan-jalan di Tokyo. Masa nie Hwang Bo lawat Hyun Joong kat Tokyo secara mengejut.


Diorang jemput Wonder Girls datang rumah. Hwang Bo yang terer masak menjamu diorang. Masa nie kalau u olls tengok, dari mata diorang tu boleh nampak diorang sangat tertarik antara satu sama lain. Seronok sangat masa episod yang ni tengok betapa serasinya diorang sebagai suami isteri.


Part sedih yang tidak dapat dilupakan. Kim Hyun Joong ditawar watak Ji Hoo dalam drama Boys Over Flower. Dia berkeras taknak tinggalkan We Got Married tapi schedule ketat sangat. So, dia terpaksa tinggalkan We Got Married demi drama Boys Over Flower. Kena la ikut cakap company, ye dak? Terus saya benci dengan drama Boys Over Flower tu. Menjadi pemutus kasih sayang Joongbo je. Huhu...

Awal tahun lepas, citer tu masuk 8tv. Kakak saya siap pomot lagi kata ada citer drama Korea best kat tv. Citer apa? Boys Over Flower kata kakak saya. Cettt.... Lagi pun dlm drama tu Hyun Joong dah kurus sangat. Dia pun kata dia tak suka watak Jandi tu. ekeke...(puas hati saya).

Kalau ingat balik, kelako pun ada...udah la English lintang pukang. Rajin pulak pi komen fanfic orang dan menyebok kat forum2.  ekeke.....  Tapi masa tu rasa macam bagus jugak join group tu. Diorang semua terer English, pastu siap terer Korean jugak. Saya je yang ketinggalan. Tapi tak kira, dah minat tu turutkan saja. Sampai tengah peknenkan Qisya pun sanggup pi gedering kat Melaka jumpa geng Joongboer tu. Naik komuter sampai Seremban lagi. Hehe..

Kami gedering kat Seoul Garden Mahkota Parade masa tu. Dah namanya peminat Korea, makan pun haruslah ala2 Korean jugak. Kalau nak tahu, Bulgogi adalah paling sedap. Cubalah. Tapi, gambar-gambarnya tiadalah pulak nak letak kat sini. Cukuplah saya memberitahu, insan-insan yang saya temui di internet, hebat-hebat belaka. Eh, siap jumpa jodoh, tau... LOL...

Salah seorang geng Joongboer tu dah macam adik saya. Kami banyak persamaan cuma dia lebih pendiam. Dan sekarang kerjanya kena bercakap dengan orang sebab duduk kat unit Customer Service katanya. Bagus. Akak suka, tau. Dia peminat manga. Bukan buah mangga,tau. Tapi komik Jepun yang drawing kartunnya mata beso, hidung kecik dan serba-serbi runcing tu. Tau, kan? 

Sebab dia, saya pun terjebak baca komik manga yang bertajuk Vampire Knight. Best cerita tu tapi sebab panjang sangat, saya baca tak habis. Selepas dua tahun berlalu, saya terjumpa lagu sound track Vampire Knight. Wah....dah kuar kat tv rupanya cerita tu. Tak tahu la pulak. huhu..

Nak tahu siapa pemain cello untuk lagu sound track tu?

Kanon Wakeshima


Comel tak?


Menyanyi boleh, main cello pun terer jugak.

Silalah google lagu Still Doll yang dijadikan soundtrack Vampire Knight tu. Best, tau. :)



19 Comments

  1. wahhh kpop.sy pon peminat kim ni.sy cr cite we got married tu xde pon. =(

    ReplyDelete
  2. KC pun dulu minat korea tapi sejak tak da masa utk menonton ni .. KC lupakan sahaja mereka2 itu. Layan blog misz-ella lagi best. Ehhh ..

    ReplyDelete
  3. rara....we got married bukan drama tapi realiti tv show. Diorang gandingkan selebriti pastu konon2nya kawen. Aktiviti diorang kalau diorang kawen. Tapi tak tido sebilik la. memang best sangat. :)

    ReplyDelete
  4. KC...sama la dgn saya. Dah ada blog, takde la drama Korea dah...huhu...

    ReplyDelete
  5. hee.. stuju2.. psangan nie sweet sgt.. pai skg sye ta miss all pasangan we got married.. pas joongbo, sye mnt tgk khuntoria couple, pastu seohyun.. now.. ngah layan pasangan leeteuk nan sora, eunjung nan jangwoo.. yg pling latest dgr citer donghae nan sorang artist korea p lum stat lgi.. >_<

    ReplyDelete
  6. Nurul Ayuni.....akak rasa, sampai sekarang Joongbo adalah best couple dlm we got married. Asyik senyum bahagia je bila tengok diorang berdua nie. Sweet sangat2. Harap2 biarlah diorang kawen betul2...huhu...

    ReplyDelete
  7. kak yana =) muka dia iras iras muka syaa laaa hahahaha

    ReplyDelete
  8. sape tu cik pha? Hwang bo ke atau si Kanon tu? hehe..

    ReplyDelete
  9. Hehe.. Akak suke sgt ye couple nie.. Aritu ade lam strongheart kimhyunjoong ade ckp yg dye brcinta btul2 kjap nan hwangbo.. Tp putus.. mgkn sbb msg2 ade komitmen nan bz kut.. Huhu..

    ReplyDelete
  10. saje dtg menziarah. ate apekerheynyer open topik jb? lama tak nampak kat fb tiba2 pagi ni dpt sms org tu meraung disebabkan tut... kahkahkah. elek beb... jbrs mesti tegar. minat ngan dorang ada pasang surut dan turun naiknya. kan kita penah tempuhi bersama sebelum ni, ingat scandal? masa tu saat2 paling genting beb. tp kita semua bersatu kat pelabuhan, kkkkkk.

    anyway, nice blog beb.
    chiow...!

    ReplyDelete
  11. nurul..... ye ke? akak belum tengok lagi strong heart tu. Nanti kena tengok la... :)

    ReplyDelete
  12. izat.....komenmu itu tak bley blah....LOL. Thanx sudi singgah. Sesungguhnya sgt rindu dgn zaman kat pelabuhan ittewww....

    ReplyDelete
  13. Nak menyibuk juga. Joongbo di hati kita semua .. yg menemukan kita di pelabuhan sepi.Comelnya blog ni!!!!

    ReplyDelete
  14. Maira Giftmine....ini kak nurul ke? huhu...

    ReplyDelete
  15. hahaha tak sangka pulak akak minat koreaa. hehehe

    ReplyDelete
  16. Fa....memang hantu drama Korea sejak org masih dok menggila hindustan tu. hahaha..

    ReplyDelete
  17. Yana...eh sama la kita minat drama korea & jepun..he he..kak ina minat takuya kimura...boleh nangis masa tengok Beautiful Life :)

    ReplyDelete
  18. kak ina.....kalau x nanges tengok citer korea/jepun rasa mcm tak sah. hahaha...

    ReplyDelete
  19. Minat belajar bahasa korea? layarilah
    http://www.facebook.com/pages/N9-Korean-Language-House/293720370743923

    ReplyDelete