Naik pentas kerana 5S

Hari Rabu dapat memo suruh bersiap sedia naik pentas kot-kot la jadi pemenang 5S. Kalau Jabatan, opkos la Pengarah yang ambil, kan? Tapi untuk kumpulan, kenalah Ketua Kumpulan yang ambil. Adehhh.....ketor lutut saya. Macam mana nie, segan gila la. Lebih 1000 pasang mata kat auditorium tuuu... Mana tau kot-kot terpelecok masa nak naik pentas ke. Malu setahun, beb.

Pastu, bertolak-tolak le suruh kenkawan lain yang ambilkan. Semua pakat takmo atas alasan ketua kumpulan jugak yang kena ambilkan. Dan semalam, walau pun merasa sangat malas.....gigih la jugak iron baju batik yang susah nak diiron tu. Kena naik pentas jugak la bila diumumkan sebagai pemenang tempat keempat. Selebet betul dengan pakai sandal flat je. Lantak. Yang penting yakin dan selesa. hehe...


Hadiah yang telah diterima dari Timbalan Datuk Bandar dengan selamatnya. 

Dapat tempat keempat sebab berlaku sedikit kelalaian kumpulan kami. Apa pun. Alhamdulillah.
Tahniah ye kepada semua ahli kumpulan. Next time, kita pertingkatkan lagi. InsyaAllah....


6 Comments

  1. wah, dpt anugerah 5s..kotg pon..tgh gila kan 5s..huuu...penat!!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH!! 5s.. kami dah tertangguh.. pas CNY baru gigih kembali..

    ReplyDelete
  3. Huyoo.. 5S rupanya sgt diaplikasikan. haha. Tahniah2.

    ReplyDelete