Monday, 30 January 2012

Rasa nak mendaftar balik

Cerita ni dah lama.
Dalam bulan lepas macam tu.
Hari nie baru nak bercerita. hehe..
Bila malas melampau macam ini la.
Nak bercerita tapi tak ada masa...atau mood ke laut gamaknya.
nak feeling-feeling tulis macam peej burhan pulak.

Bulan lepas tu saya menghantar anak buah saya ke Politeknik.
Wah, teruja betul saya.
membayangkan nervous dan teruja nak jadi warga kampus.

Teringat masa nak mendaftar kat Uitm dulu.
dari Federal Highway ternampak bangunan Menara
terus terketor lutut.
Macam mana ni?
dah la dari sekolah semua perempuan
ni tetiba nak bercampur pulak dengan budak lelaki semua.
ketor teman.

Nervous usah kata la. 
bercampur baur dengan excited yang berlebihan.
Nak jadi warga kampus le katakan.
Seronok wehh.

Hari tu feeling macam tu datang lagi
Anak buah saya selamba je.
Saya yang seronok lebih. hehe..
Layan je la gambar-gambar di hari pendaftaran anak buah saya nie.


Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Dekat betul dengan rumah embah.


Pendaftaran pelajar lelaki. Kena asing-asing pulak masa mendaftar.


Dah siap-siap kemaskan barang dia, kakak saya membuat last check. Kot-kot ada barang tertinggal. Kitorang masa nie nak tinggalkan dia untuk mendengar taklimat untuk ibu bapa. Saya pun menyibuk sekali. hehe.


Pemandangan asrama lelaki. Not bad.


Di hadapan bangunan asrama untuk menunggu bas yang membawa ibu bapa ke dewan taklimat.


Di dewan mendengar taklimat.


Tapi tak dapat mendengar sangat taklimat tu. Angkara si kecik Qisya yang ligat buat show kat belakang dewan. haisshhh....


Last-last terpaksa bawa keluar. Suka betul dia dapat ronda sanasini dengan senang hati.

Lepas dah settle semua balik semula kat rumah embah
biasa la.
tinggalkan anak buah saya tu dengan ucapan belajar rajin-rajin.
Siyes. Saya rasa saya nak jadi student balik. 
tapi masa tu je la.
Sekarang jadi student kat blog je kot.
Dapat ilmu jugak tu. 
Belajar, jugak kan? ngee...




3 comments:

  1. wah! poli sabak bernam.. adik sy baru abis last sem.. duduk umah embah kat teluk rhu.. umah embah yana kat mane?

    ReplyDelete
  2. AdamHawa....kat Teluk Rhu jugak le...entah2 sedara apa kita nie? hahaha..

    ReplyDelete
  3. duduk kat umah embah tu.. bukan embah kita.. adik sewa rumah kat umah embah.. tapi skrg dah cam embah kita.. hehehe.. dekat jalan masjid..

    ReplyDelete