Friday, 27 January 2012

Tahun naga banyak 'ong'?

Tahun baru cina datang lagi. Semestinya tiap kali raya cina, saya pun ikut sekali beraya kat kampung. Bukan berziarah sahabat handai kaum cina, tapi makan sedap-sedap lauk masakan mak. hehe. Tapi biasalah, balik bercuti di tahun baru Cina, mesti nak kena lalui trafik jem kat highway. Dan untuk pencapaian rekod terbaik rempuh jem, telah dimenangi sesi balik kampung sempena tahun baru Cina 2012. 10 jam dari Puchong ke Kuala Kangsar. Tersungko bila sampai rumah mak! hahaha..

Bukan main meriah tahun baru Cina tahun nie ye. Di mana-mana banyak betul gambo-gambo naga, patung-patung naga, toys semua. Eh? Ucapan tahun nie pun lain. 'Selamat Tahun Naga Air'. Sampai gitu ye. Dulu-dulu takde pun cakap pasal naga air. Saya pun hairan juga yang benonya. Kenapa naga dalam kalender Cina tak macam naga si Merlin? Rupa-rupanya naga air. Baru tau le punnn. Itu pun bila dah kertu. ekeke...

Tapi saya agak kesian la dengan diskriminasi binatang-binatang nie. Time tahun khinzir beberapa tahun lepas, senyaaap je semua. Ucap Selamat Tahun Baru Cina je. Lepas tu, tak nampak le waima seekor gambo cik khin pun. Kesian dia. Katanya, orang kelahiran zodiak cik khin nie rajin-rajin orangnya. Betul ke?

Btw....saya dan encik hubby sama-sama berzodiakkan tahun naga. *pecah rahsia umur 
 Kiranya tahun nie kitorang ada double 'ong' la ye. hik hik. 

Pelangi di petang Tahun Baru Cina 2012.


Dari Jambatan Sayong menuju kampung halaman.

Rasa malas nak hapdet blog akibat dilanda kebizian yang melampau. Balik bercuti jabatan saya ditugaskan menjadi hos satu majlis. So, malam tadi sampai rumah dah dekat pukul 11 malam. Amsyar dah tido. Hari nie, nama naik lagi untuk ke kursus. Tengah hari nanti time lunch nak pi usha-usha persiapan kenduri kawen sepupu untuk esok. Esok pula, ada sepupu lain juga kawen sama tarikh. Ke Sabak Bernam la pulak. Begitulah sebahagian jadual hujung minggu yang sentiasa penuh hingga bulan depan.

Sekarang, nak pi kursus ye. Tata!


7 comments:

  1. sy pun baru tau tahun naga air.. ingt tahun naga je.. ada plak jenis² naga ye.. cantik pemandangan balik kampung..

    ReplyDelete
  2. mike orang kualaler yer... jem berapa jam ler gamaknyer.. emak akak datang hari jumaat der tok sedara meninggal kat kl balik malamtu takler teruk ngat jemnyer kot....

    ReplyDelete
  3. jam teruk ke.. sy nasib baik kali ni xjem pun blk pantai timur..

    ReplyDelete
  4. AdamHawa .....takpe lambat tau. Yg penting ilmu bertambah hari demi hari...hehe.

    ReplyDelete
  5. Chozila...kita nie berjiran ye? rasa mcm kenal je view kat depan rumah tu...LOL...

    ReplyDelete
  6. Nurul Hanif...teruk sgt jem kali nie...nak kena tambah lane lagi le tu kot...

    ReplyDelete
  7. sy juga lahir pada tahun naga,hik3x..sy dah follow blog kamu,nnt singgah ler ke blog sy plk yer. :)

    ReplyDelete