Trend letak Anak Patung di bumper kereta

Renung-renung dan fikirkan..


Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nilah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA -
credit:MBakhri Ir 
sumber : FB


 

5 Comments

  1. o..alkisahnya...nak terpesong dah tu...pecaya benda karut...

    macam2 kan sekarang ni. yg penting selamat kita tak buat..

    kadang2 tu, mcm ksian je tgk ank patung tu..huhuh

    ReplyDelete
  2. thankz 4 sharing..nampak sgt org kite suke mengikut budaya lain, tapi tak pernah tau pon pe maksud disebaliknyer.

    ReplyDelete
  3. masyarakat kita nie mmg suka nak ikut trend pastu tak selidik dulu..huhu..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa perbuatan letak patung kat bawah kereta tu satau perbuatan yang cute. Rasa cam tah apa2 jer.. Tapi kalau kereta yg letak tali yang meleret2 kat bawah kereta tu kenapa pulak ek??? Sampai sekarang musykil..

    ReplyDelete