Water Crest Valley, Cameron Highlands

Cuti berangkai Maulidurrasul dan Thaipusam adalah banyak agenda.
Bukan agenda tersembunyi tapi berjalan sana-sini. hehe..

Dipendekkan cerita, saya telah pun berjaya pujuk encik hubby ke Kulim.
dan seterusnya ke Cameron Highlands.
eh? Cameron Highlands lagi. Tak jemu ke?
banyak perkara yang belum di explore, tau.
lagi pun Cameron Highlands adalah menawan hati.
kalau tiap bulan pergi pun takpa.
*dah memang kaki kuat berjalan...ekeke

So, naiklah kami ke Cameron Highlands lagi untuk ke sekian kalinya.
kali nie bersama family sebelah encik hubby pulak.
dan saya masih menjadi cik kiahnya. haha.
Mac tahun lepas pergi dengan family sebelah saya.
Entrinya di SINI dan di SANA

Perjalanan kali ini, kami melalui Simpang Pulai.
maklumlah dari Kulim.
lagi pun belum pernah melalui jalan ini.
Jalannya lebih besar dan tidaklah berliku-liku sangat kalau melalui Tapah.
tapiiii...
cuaca adalah amat panas kerana tiada teduhan.
kalau lalu ikut Tapah tu, sejuk je.

Tapi tidak disangka-sangka,
rombongan mak, abah dan adik-beradik lain pun lalu ikut Simpang Pulai juga.
jadinya lewat sampai kerana terpaksa mengadap trafik jem yang sangat teruk di Brinchang.

eh? melalut pulak.
Tajuk adalah watercress ye...
jom cerita pasal watercress.

Saya mula-mula jumpa watercress adalah semasa makan steamboat di Seoul Garden
wahhh....sedap betul sayurnya
mesti nak taruk banyak-banyak dalam steamboat
tapi tidak la tau apa namanya sayur tersebut
tertanya-tanya sendiri je.
takde la nak meringankan mulut
atau merajinkan jari jemari menggoogle di internet.

Disebabkan Qisya telah muntah akibat kepeningan
dalam perjalanan kali ini,
kami secara tak sengaja berhenti di Water Crest Valley.
nak cari toilet kekdahnya.

#Water Crest Valley ni kat Tringkap, Cameron Highlands. Ini adalah pintu masuk. 

Sebab tak nampak sesiapa masuk kesini, lepas tu pintu pulak jauh nun di bawah, terpinga-pinga jugak la. Tempat apakah ini ye? Ada toilet ke? Musykil betul.
almaklumlah tak pernah sampai.
Tapi turun jugak la bertanya kat auntie yang ada kat kaunter tu.
Mana tahan dengan bau muntah si kecik nie.
haruslah cuci cepat-cepat, ye tak?

Auntie tu bagitau nak masuk ke Water Crest Valley nie bayarannya rm1 seorang.
Boleh jalan-jalan tengok view, sayur dan strawberri dan ada toilet.
Dia charge kami berempat RM2 je.
Budak-budak dia tak kira kot.


#lega dapat jumpa toilet. Sesi cuci-mencuci si Qisya berjaya dilakukan. Siap ada sabun serbuk kat toilet tu. Senang kerja saya. Lepas dah hilangkan pening, bermulalah sesi snap-snap sana-sini.


#untuk pertama kalinya Amsyar tak pening naik Cameron Highlands. Happy sungguh dia.


#macam lawa je gambar si Amsyar kat sini. So, saya pun nak jugak la....hehe..


#berehat sebentar sambil melayan pemandangan indah.

Dah siap-siap dan berehat kejap, kami pun naik la ke kaunter balik.
Nak tengok apa yang auntie tu jual.
Tetiba nampak sayur nie kat kaunter dia.
eh? Inilah sayur yang saya suka makan tapi tak tau namanya tu...
watercress namanya...huhu..
sayur nie la yang ditanam dalam kolam-kolam 4 segi tu...
yang jadi latar belakang gambar-gambar kami tadi tu.
ye lah...mana nak sangka.
puncanya nak cari toilet sahaja.


#Inilah sayur watercress atau selada air. Harganya RM3 sekilo.


#kami mencuba minuman air jus watercress yang bercampur dates. Sangat fresh di suasana terik Cameron Highlands.

Watercress banyak khasiat tau.
Antaranya ialah anti kanser, menstabilkan kolesterol dan tekanan darah serta meningkatkan kesuburan.
Kalau nak kulit cantik, silalah makan watercress selalu.
Sangat sedap dibuat sup.

Jadi, kalau singgah ke Cameron Highlands
explorelah sesuatu yang baru untuk menambah pengetahuan.


#pemandangan Water Cress Valley dari kawasan parking.

Adress:
Water Crest Valley (Lee/Chiew Farm)
159 Jalan Besar Batu 44,
Tringkap 39100,
Cameron Highlands.
entrance ticket - RM1 
dibuka : 8.00pg - 6.00ptg.


#Qisya beberapa minit sebelum muntah.


#memang dipakaikan bib kalau jalan jauh. Senang lap kalau makan comot.


#ceh. bukan main lagi posing. Pastu menyembur kat mama. Sabo je la...

Ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian.
Kalau Qisya tak muntah, tak tahu lagi kot nama sayur tu...hehe...

p/s: nak merajinkan diri tulis detail-detail sikit. :)



11 Comments

  1. saya dan famili plan nk p CH tapi..xsempat banyak pula kerja ma dan abh hurmmmm

    ReplyDelete
  2. pha.....cari Sabtu Ahad je. Cuti berangkai x usah pegi. Buang masa kat traffik jem je. Silap haribulan boleh buat kereta rosak je....huhu..

    ReplyDelete
  3. emm..mcm best je tgk sayur tu kan..InsyaAllah kak sal pun plan nak pegi camneron bulan april nanti..boleh la singgah sini..Yana datang kulim rupanya masa kak sal cuti ke langkawi aritu..x dapat kita berjumpa yea..

    ReplyDelete
  4. kak sal...mmg tak dan pun nak jumpa kak sal. sampai dah kol 5 ptg. dapat tengok baby kejap je. pi pasar malam pun x dpt cari putu buluh yg sedap tu. dah abis. frust betul...

    ReplyDelete
  5. dah lame mengidam g CH.. lom kesampaian lagi.. InsyaAllah.. tahun nak jejak ke sane gak.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Adam hawa...kos x byk sgt pi Cameron. Apa sgt nak dishopping pun. Cuma tempat penginapan la. kalau nak yg murah kat sana byk homestay.. :)

    ReplyDelete
  7. err,,, dah lame la tinggalkan cameron highland,, maksud saye,, dah lame ta datang cameron highland tuh.. :)

    saye follow sini,, sile beri tunuk ajar..^^

    ReplyDelete
  8. akak serik ke sana time public holiday...jemmmmm giler...

    ReplyDelete
  9. hhihi... dah lama tak pergi cameron.

    ReplyDelete