Bersesak di PICC Putrajaya

Berita tentang SBPA yang dibatalkan kecoh di mana-mana hari ni.
dan saya adalah salah seorang daripada mereka yang bersesak di PICC pagi tadi.
bergerak dari Shah Alam pukul 8.00 pagi, sampai PICC dah lewat angkara jammed di highway.
sudahnya kena cari kerusi sendiri. huhu..
tak apalah.
katanya PM nak umum berita penting.
bukan selalu nak tengok PM depan mata, ye tak?
asyik tengok kat tv je.

tapi saya tak kisah pun pasal SBPA ni.
apa pun takpe. :p
*ada nak kena hempuk nie. hahaha.
entah. rasa tak kisah pun.
mungkin sebab status kerja saya kot.
lantak la.
yang penting nak dengar gaji naik tu.
13%. Ok le tu kot. Alhamdulillah.

#dah habis perhimpunan, silalah menjamu selera. Menunya mee goreng mamak, puff sardin, pai ayam & teh tarik. Maaflah. keadaan tak mengizinkan nak snap2 gambar makanan.

Hari Khamis la pulak.
Pagi-pagi gigih iron baju batik.
Agak lazy di situ.
Baju batik kan suka kedut-kedut?
kalau dah iron pun senang perenyuk balik
bikin hangen je. 

Dah habis makan, jenuhlah kami menapak keluar mencari bas.
Kiranya kalori makan mee goreng mamak tadi boleh hilang le.
Jauh tau kami menapak.
Perhimpunan kali nie terlalu ramai orang.
Bas pun tak boleh nak lalu jemput kami.
terpaksalah kami yang mencari bas. huhu..

#jalan ramai-ramai dalam hujan renyai-renyai.


#menapak mencari bas masing-masing. 

Seronok juga jalan ramai-ramai nie.
Feeling macam nak beraya pun ye juga. hehe.
Apa pun, bersyukurlah para penjawat awam sekelian.
Adalah juga kenaikan gaji.
Lepas tu boleh la plan apa yang patut.
*err...nak tambah package Astro la....kikiki..




8 Comments

  1. wah.. kira untung lah kan dpt tgk PM.. ngehehe. ^^

    ReplyDelete
  2. steff....dah selalu jumpa. kat kenduri pun penah. tp x pernah sembang le. melampo beno le tu kalau boleh menyembang. hahaha

    ReplyDelete
  3. Yana...naik gaji nanti boleh la belanja kak ina makan kat SACC ye..he he...acah aje :)

    ReplyDelete
  4. kak ina....boleh je. mmg nak jumpa kak ina pun. nak amik tips utk slim...hehe

    ReplyDelete
  5. wargghhh meriah ..jalan kaki ...eheheh

    ReplyDelete
  6. Time ni la pulak jeles dengan orang gomen... Nanti belanja ye Kak cho..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. naik gaji 13%.. lega rasanya.. ;)

    ReplyDelete