Thursday, 15 March 2012

Jimat dan stylo

Apa nak buat dengan dress-dress baby yang masih boleh dipakai tapi dah singkat?
Singkat bukan sebab kain tu dah mengecut tau.
tapi disebabkan si baby tadi tu dah membesar.
sedangkan baju-baju tersebut masih kelihatan baru akibat jarang dipakai.

dalam kes saya,
Qisya dah membesar dan tinggi.
*cepatnya masa berlalu, anak mama dah besar. sob sob..
dress-dress dia banyak yang dah singkat.
sayang betul sebab semuanya kelihatan masih baru.

jadi, saya punggah almari dia.
nampak la beberapa helai tight (seluar stoking) yang dia selalu pakai masa baby.
tight-tight tu pun nak pakai dah tak boleh sebab Qisya dah tinggi.
jadinya saya buat macam ni.


#sebahagian koleksi yang bakal menjadi mangsa.

ambil tight tadi dan gunting bahagian pergelangan kaki.
lepas tu jahit je bahagian hujung seluar tu.
kalau malas, jahit sembat je pun takpe.


#Tada!! Dress dah bertukar menjadi blouse. Tight dah bertukar menjadi legging. Stylo tak?

p/s: model melalak masa nie. So tak payah le tayang muka dia. Sabo je la...




15 comments:

  1. banyaknya baju dia, kalau saya simpan lepas tu beri pada anak buah...

    yang kelakar kejap orang ni pakai lepas tu bagi lagi pada anak buah lain...nak buang sayang

    ReplyDelete
  2. terbaek r...simpan satu jenis untuk diframekan...leh gantung n wat perhiasan kat rumah..kan baju tu elok lagik...skadar cadangan ler...

    ReplyDelete
  3. adoii..!nape model menangis..? msti kena paksa dgn mama dia ni kan..hihihi

    bagus la care akak ni, boleh menjimatkan..! xpayah beli baru dah..
    lainlah kalau de baby lagi..boleh simpan.

    ReplyDelete
  4. ladybirdluvone.... tu la....rasa mcm sayang tak berpakai.

    ReplyDelete
  5. Qhaifa Nur....kalau ada anak buah dah kasi dah. nie yg keluar baby boy je ...huhu

    ReplyDelete
  6. noh....nak frame? wakaka...
    akak amik gambar je Qisya pakai baju itu ini. Nanti dia boleh tengok banyak mana dress dia... hehe..

    ReplyDelete
  7. Cik Nur ...dia nanges sebab nak amik kamera. Dah nak rosak dah kamera nie akibat pandai-pandai dia picit itu ini. Jatuh dan berapa kali x tau. So, sementara masih boleh guna ni, akak x kasi dah dia main. Apalagi, melalak la.

    akak berani gunting tight tu sbb murah. Dress-dress tu idak le. Sayang wehhh....

    ReplyDelete
  8. yana...satu lagi cara nak jimat...simpan utk bakal adik nanti hehe

    ReplyDelete
  9. kak kamsiah....simpan untuk adik? InsyaAllah kalau ada rezeki...

    ReplyDelete
  10. muahahahaa..buatkan satu legging untuk saya :)

    ReplyDelete
  11. ye la...kreatif ;)

    bole simpan utk bakal adik nanti, ehehe

    ReplyDelete
  12. Waaah... Terel jugak sis kasi jahit lekat kat baju tu. Sy tak pernah terfikir pun akan ada org buat mcm ni.

    Slalunya kalau baju dh kecik, bg adik kcik yg lain pakai, hehe.

    ReplyDelete
  13. wahhhh... comel jadinya kan.. eh2 anak sedare sy nama qisya gak

    ReplyDelete