Wednesday, 21 March 2012

Senapang kayu dan Buah Cenerai

Senapang kayu dan buah cenerai.
Satu permainan yang Amsyar tidak pernah tengok apatah lagi nak main.
agak kasihan di situ.
nak buat macam mana, anak mama duduk kat hutan batu.
bukan macam mama dulu, memang meredah semak dan pinggir hutan.


 
Pokok cenerai. Tumbuh melata kat semak-semak di kampung saya.


 
Buah cenerai yang kami jadikan peluru senapang kayu.

Buah cenerai digunakan sebagai peluru adalah terbaik.
buahnya yang keras, memang sakitlah kalau terkena tembak.
lagipun paling jimat sebab ia tumbuhan liar.
terung pipit pun boleh guna juga tapi sayanglah.
terung tu boleh suruh mak buat sambal tumis dengan ikan bilis.
haisshhh.....terung pipit tu macam mana pulak?
meh saya nak tunjuk.


 
Terung pipit. Thanx to google. 

Lebih kurang sama je rupanya kan?
*eh...tetibe pulak rindu sambal tumis mak.
Memang best sangatlah main senapang kayu nie.
Kadang-kadang tak sedar dah masuk Maghrib.
itupun sebab nampak kambing ayah dah melintas lalu nak balik ke reban. hahaha..

Bila dah penat main tu, kalau sempat, terjun pulak Sungai Perak.
main swim-swim pastu kelebek pulak hidupan sungai.
cari remis, siput sedut, kijeng, udang dan anak ikan.
nampak kiambang hanyut terus kutip.
pastu feeling-feeling princess mandi ditaburi bunga-bunga. 
tapi bunga tak berbau. LOL...


 
Inilah kijeng kalau nak tau rupanya macam mana. Sedap dibuat rendang pedas.
*credit to serojakitchen.



Paling nostalgia, kat tepi sungai tempat kami mandi manda tu ada pulak sepohon jambu batu.
Kakak saya panjat dan baling kat kami yg mandi sungai dengan buah jambu tu.
Wahhh.....sambil mandi sambil mengunyah.
seronok usah kata.
selagi kelibat ayah tak turun panggil naik, selagi itulah berendam dalam sungai.

Amsyar tak merasa semua tu.
Yang best pada dia psp...games internet....ipad.
Ruginyalah.
Tapi apa nak buat, baik duduk dalam rumah je anak oit...
bahaya sangat zaman sekarang ni.
Tak berani rasanya nak biarkan anak-anak main di luar.



6 comments:

  1. salam
    yana...sama la kita,memebesar sbg anak kg,sawah padi,parit sungai,panjat pokok...semua tu dirasai...
    akka dulu buat senapang guna buluh,buluh yg kecik tu,lubang dia pun kecik,peluru guna buah senduduk..habis jadi ungu baju..atau lbh jahat lagi,guna buah apa ntah...agak keras tp gatal bila kena tembak...seronok,kan..
    anak2 kita tak merasa semua tu

    ReplyDelete
  2. rumah dekat sayong ye..?
    pernah juga main senapang kayu ni, tapi time tu kecik lagi, balik kampung pun jejarang, selalu jd mangsa je la..sebab yg lain2 hebat mgendalikan senapang tu..

    sy budak pekan, ssekali balik kampung baru merasa, tu yg terkial2 bila guna senapang tu.

    tapi kan kak... budak2 zaman sekarang ni, byk jugalah permainan dulu2 yg diorg xdapat merasa, mcm main tuju kasut atau tin.. galah panjang, main polis2..ish..byk lagilah..

    tapi sy stuju bila akak ckp xberani lpaskan anak..sbb sekarang dunia mmg dlm bahaya..

    xselamat mcm dulu...upss..komen dah mcm entry ni haaa..terlebih sudaaa..

    ReplyDelete
  3. aduhai.. terkenang zaman kanak-kanak bile kak yana buat entry cam ni.. seronoknya zaman tu tak terkata.. zaman tu gak la.. adakalanya kesabaran arwah abah hilang.. di lipasnya dengan rotan.. sbb dah maghrib tak reti nak balik.. meredah hujan balik dari kebun cari pisang lemak manis.. ishh.. macam-macam..
    betul la tu kak.. budak sekarang mane de merasa cam tu.. celik mata.. zaman IT.. pas tu plak zaman skrg ada pulak keje org part time.. menculik.. adehh.. baik ddk kat umah depan mata ayah n ibu..

    ReplyDelete
  4. belum pernah cuba la yana kijing tu...mana nak dapat tu...

    ReplyDelete
  5. Zaman kita dulu, selamat je main kat luar, keliling kampung pun mak bapak x risau! Sekarang ni, anak keluar rumah,duduk depan laman rumah (dalam pagar) pun risau...asyik2 je jengok kot2 dah 'hilang'! Takutnyalah zaman sekarang,apa nak jadilah dgn dunia sekarang!!

    ReplyDelete
  6. saya sempat main benda2 ni..tambah lagi dengan buah yang gatal warna merah tu..apa nama dia..lupa lak

    ReplyDelete