Sunday, 15 April 2012

Fadhilat bacaan Surah-surah dari al-Quran

Siapa nak ada peneman di dalam kubur nanti?
peneman yang sangat cantik, ok.
senang saja.
cubalah kuatkan semangat untuk membaca al-Quran setiap hari.
surah yang pendek-pendek pun tak apa.
jangan tinggalkan langsung.
alah bisa tegal biasa kekdahnya.
jom mengaji hari-hari.

kepada yang ada anak-anak,
tolonglah ajar sendiri anak-anak mengaji al-Quran.
mereka aset tidak ternilai kita.
yang membatu kita di kemudian hari.
insyaAllah.

Di sini saya nak kongsikan fadhilat surah-surah yang patut kita amalkan selalu.
jom kongsi.

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Surah yang pendek dan setengahnya kita dah hafal pun.
mudah-mudahan terus beristiqomah mengaji hari-hari.


#mengingati tentang kematian akan mendidik hati kita. InsyaAllah...

saya tak ramai friendlist di FB.
tapi di blog ramai pulak followernya.
jadi, semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama-sama.
bukan bajet ustazah,tau...

"Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut,
Selamatkan kami dari api neraka,
Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan..




7 comments:

  1. berbantalkan batu je nanti, takotnye aku. belum bersedia untuk ke alam sane

    ReplyDelete
  2. bagus amalkan surah2 tu, bekalannuntuk kita di sana...

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing ye.. insaf2...

    ReplyDelete
  4. yana...surah2 tu surah lazim yg kita baca semasa solat...ringkas dan pendek tp besar fadilatnya

    ReplyDelete
  5. untuk lagi menyenangkan hafal atau amalkan ayat-ayat Allah nie , buatlah segala perkara kerana-Nya ..

    ReplyDelete
  6. tenkiu for sharing this kak.. :)

    ReplyDelete
  7. itulah tugas kita. saling ingat mengingati sesama kita. tak perlu tunggu jadi ustaz ustazah... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...