Fridge Magnet sebagai kenangan

Kalau orang lain, ramai dah yang penuh permukaan pintu fridge dia dengan fridge magnet.
saya pulak baru nak kumpul.
baru berminat ye.
*ke...dulu tak simpan sebab fridge buruk? kah kah kah...

tapi kan......rasa sayang pulak tak simpan dari dulu.
tak pun bila pergi mana-mana beli untuk buat kenangan.
sekarang baru kelam kabut nak kumpul.
mana yang dulu-dulu dapat entah letak di mana.
tak teringat nak lekatkan di fridge.
yang anak-anak pulak buat main sampai pecah.

sekarang baru nak terhegeh-hegeh.
sampai yang dah patah pun tepek jugak kat situ.
hahaha...

so, semalam...
mak dan abah in law saya baru balik dari percutian ke Europe.
dapat macam-macam souvenir tapi yang paling best... (sebab tengah excited nak kumpul...)


#yeay! dapat fridge magnet dari 5 buah negara! happy...sebab dapat tambah koleksi. Fridge magnet dari Paris, Germany, Holland, Switzerland dan England. Comel tang kasut dari Holland tu. Me loike...

nak pesan kat adik ipar nanti sebelum balik mesia belikan fridge magnet yang lawo sikit.
kat abang ipar yang kat Dubai pun.
lantak korang semua kena paksa beli. hahaha...


#sebahagian koleksi. Fridge magnet dari Turki dipecahkan Amsyar. Fridge magnet dari Bali di patahkan Qisya. Tinggal 4 jari je. huhu...Bravo anak-anak. Terima kasih.

macam seronok pulak main kumpul-kumpul nie.
tapi tak koser la pulak nak beli-beli kalau tak pergi ke situ.
yang ada nie pun kebanyakannya souvenir dari keluarga sendiri.
hopefully, suatu masa nanti saya pulak sampai ke sana.
pastu saya pulak yang belikan.

eh? ada sape-sape nak ke fridge magnet?



9 Comments

  1. nak..nak..nakkkk..angkat dua belah tgn ni hehe..bila nak mai kulim...?

    ReplyDelete
  2. saya pun nak jgk..de 2 2 jer FM dr luar iaitu singapore

    ReplyDelete
  3. Sy pun sgt suka kumpul fridge magnet. Yela kan, bila jalan2 mstilah nk buat bnda kenangan. Bila nk ambik apa2 je, msti brdiri jap dpn fridge smata2 nk tgk balik hasil koleksi, wakaka!

    ReplyDelete
  4. cantiknyerrr..!
    nur kumpul yg cokia2 je..xde lagi dari luar negara... ade pun dalam nagara..yg lain2 suma magnet merapu2..hehehe...

    ReplyDelete
  5. saya pun suke kumpul.. nak kirim jugak.. belikan sekali.. heheheh ^_^

    ReplyDelete
  6. ni kalau dapat kat mak saya ni, memang dia rampas ni,hehehe.. suka dia ngan benda2 lekat2 kat petis ais ni

    ReplyDelete
  7. Salam..sya pon suka kumpul..dah jadik hobi pulak.Nak menang FM?senang je...
    Jom jwb kuiz kat sini http://adeqrifqi.blogspot.com/2012/04/answer-simple-quiz-and-win.html

    ReplyDelete
  8. Yana, saya pun pernah dapat yang magnet London dalam gambar awak tu. Tp kan, cuba awak tgk btl2 atas bangunan tu ada apa. Sbb yg saya dapat tu, ada tanda salib. Tatau la kalau awak punya takde. Saja nk share kot2 tak perasan. Sbb kita nak letak dalam rumah, kan? (I mean, peti ais mesti la dalam rumah. Hehe)

    ReplyDelete
  9. Faiz Hamsidi .... gambar church ke? ok. balik kang kena check balik FM tu. tak belek2 sangat masa dapat.

    ReplyDelete