Marah kerana sayang?

Masa kecik-kecik dulu mak suka cakap ni.
"Oghang kalo maghah tu, tanda sayang. Kalo die tak kisah kalo oghang buat silap, maknanya dah tak peduli. Dah tak sayang."
Saya sangat tak boleh terima kata-kata mak saya tu.
sebab masa tu selalu kena marah.
rasa macam anak tiri je kat dalam family sendiri.

balik-balik Chik (adik pompuan saya) je yang betul.
balik-balik kena mengalah je dengan Paksu (adik lelaki saya).
stress gile saya masa tu.
itu yang sanggup merajuk duduk kat luar rumah sorang-sorang waktu malam tu.
hahaha. entahapehape.

tapi betullah.
kakak saya selalu kata ayah saya jumpa saya hanyut kat Sungai Perak.
mengong.
saya sendiri terpedaya dengan dakyah kakak saya tu.
tapi masa tu laaa.
nasib la tak terserempak betul-betul dengan hantu hijo masa mogok tu.
kah kah kah...

itu dulu, okeh.
suka buat perangai pelik-pelik.
mak dan ayah penat bekerja seharian kena layan pulak perangai kitorang.
mestilah stress,kan?

sekarang, kata-kata mak menjadi benar.
menjadi sesuatu yang sangat saya setuju pulak dah.
marah saya kerana saya sayang.
*bukan marah yg maki hamun tau. marah yang menegur tu.
marah saya kerana saya peduli dan ambil berat.
marah saya kerana mahu dia menjadi yang lebih baik.
begitu.

kata-kata mak menjadi bertambah benar sekarang.
bila saya sudah tiada rasa peduli pada sipolan.
cerita baik atau tidak baik mengenai dia sudah tidak ambil port lagi.
betul-betul tidak peduli.
untuk seorang yang sentiasa ada taman di hati (ecewahh..) amatlah pelik.
tapi betullah kata mak.
"tak peduli tanda dah tak sayang."

Eh? Betul ke?
tapi sekarang ni rasa nak sayang semua orang lah walau dia membenci.
macam mana ni?
Mak.....ada ayat lain tak?



11 Comments

  1. betol...tu..marah mmg kerna sayang...sbb dlm marah ada rajuk,minta dipujuk,..sbb dlm hati ada cinta....

    cer kalau tak rasa nk marah mesti kita tak ada perasaan sayang pon kat dio...

    ReplyDelete
  2. salam
    marahkan anak,lain..marahkan hbby,lain..marahkan kucing,lain hehe...kalau kat kucing...mesti guna perkataan aku,kan..tp marahkan anak ...tak sesekali kita ckp 'aku'..lbh kpd marah utk mendidik...kalau marahkan hubby...lbh pd merajuk hehe

    ReplyDelete
  3. izan....hahaha. kena check balik. jgn x peduli.

    ReplyDelete
  4. kak kamsiah....like komen akak nie 1000 kali. Kena tengok jugak kita marahkan sape ye tak?

    ReplyDelete
  5. marah tanda sayang..sebab kita care kita marah..bukan marah apa..supya dia takde la buat benda yang tak elok atau ak bgus untuk dri sendiri..tak gitu..hehehe

    ReplyDelete
  6. marah tandanya sayang,
    maki tandanya benci,
    sayang tandanya cinta,
    benci tandanya suka.

    renung2kan...

    ReplyDelete
  7. setuju dgn kata mak kak yana tu,
    org dulu2 selalu ckp mcm tu, kita yg xfaham ape ke bendanya time tu, bermatian memberontak..!

    almklumlah, nak kita je betul..
    bila dah beso ni, bila ingt balik, kata2 org lama2 boleh nak di katakan semuanya benaran belaka..kan..?

    ReplyDelete
  8. Domu_kun....tapi sayangnya....bila kita marah, ramai yg tak faham. huhu...

    ReplyDelete
  9. noh... benci atau sayang....kalau masih ada, ok la tu. Masih dianggap kewujudannya. benci boleh berubah jadi sayang. Tak gitu?hehe

    ReplyDelete
  10. Cik Nur....mmmg betul tu. Bila kita pulak diumur mak2 kita tu, barulah kita faham. So, moralnya di sini, kalau masih tak faham makna orang marah kita ...belum cukup umur la lagi tu. hahaha

    ReplyDelete
  11. betul.. marah tanda sayang... tapi tngok juga la marah cne.. hehe

    ReplyDelete