Petua menduduki rumah baru

Share dari FB.
Sila ambil perhatian mereka yang nak masuk rumah baru.
mesti tak mahu ada yang menumpang pastu kuat menyakat keluarga kita. betul tak?
Jom kongsi.

Petua Menduduki Rumah Baharu

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.


2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. 
Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)


4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. 
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


5. Pagar Rumah Secara Islam - 
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. 
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.


Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). 
Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. 
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.


p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran



7 Comments

  1. boleh jugak buat doa selamat,makan2 sambil kenal dgn jiran2 baru,kan...

    ReplyDelete
  2. kak kamsiah.....itu nama omputihnye warming house. Wajib kena buat tuh. Alahaiiii....alangkah bestnya kalau duduk kat Kulim. Boleh belajar masak dengan akak. hehe

    ReplyDelete
  3. izan msk ni dh 6 kali pindah rumah(ikut suami bekerja)...nak msk rmh baru...suami meesti ddk sana dl buat apa yg patut...br izan pindah...

    apa yq yana share tu mmg kena buat tambahan lagi kalau kita ada anak kecil...

    ReplyDelete
  4. bagus info ni..

    terima kaseh sudi bkgsi kak.. :)

    ReplyDelete
  5. memang betul petua tu. disamping mendapat keberkatan, semua tu adalah bertujuan untuk melindungi tuan rumah dari perkara2 yang tak elok

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info..actually mummy pon bru berpindah sebulan kat umah skang nie :) insyaALlah kena praktikkan tu :)

    ReplyDelete