Ais Krim Goyang Gerudi Inul

Sila jangan percaya tajuk entri yang melampo kemain tu.
saya nak cerita pasal Ais Krim Goyang Malaysia.
takde kena mengena langsung dengan goyang gerudi Inul si penyanyi dangdut tu.
ais krim mana boleh bergoyang dangdut, wehh...
LOL...

hari tu, masa saya khusyuk menunggu burger bakar Kaw Kaw saya siap,
saya ternampak satu booth ni.
ada banner tulis ais krim goyang kat situ.
saya pun pergi dekat booth tu terus usha-usha kerana kejakunan.
mende apakah di atas meja itu.
kata jual ais krim, tapi tak nampak pulak peti ais krim yang 4 segi tu.
yang saya nampak dari jauh, macam periuk kukus jual pau je.

haishhh....ini sesuatu yang baru.
harus temuramah ni.
maka saya pun terus la bertanyakan itu ini kepada penjual.
seperti biasa, ala2 orang yang macam nak buka bisnes ais krim le jugak, kan? :p


#Encik Azhar yang ditemuramah malam itu.

Dah datang dekat, baru dia buka penutup bekas tu.
terus terkagum dengan penerangan dia tentang cara macam mana bekas ini berfungsi.
hoh. excited melampau mokcik weh...
selama hari nie, tahu peti ais je yang boleh buat ais krim.
ada teknologi lain rupanya. huhu..


#acuan ais krim yang sudah dicucukkan lidi.

bekas ini saya rasa sungguh magik.
letak air 2 botol mineral , 7 kilo garam dan ais batu.
lepas tu, masukkan air yang nak dijadikan ais krim dalam ke kelongsong2 besi tu.
tutup, lepas tu goyang-goyangkan bekas tu sampai airnya dah beku separuh.
lepas tu cucuk lidi dalam ais krim tadi.
tutup balik dan goyang-goyang sikit lagi bekas tu.
tak sampai 10 minit, ais krim pun siap!
sempoi betul...teruja betul saya.


#inilah rupa aiskrim goyang tu.

Orang sebelah utara dah  biasa tengok kot.
menurut Encik Azhar, bekas buat ais krim nie beliau beli di Thailand.
tapi ini betul-betul kali pertama saya nampak di Lembah Klang.
sebatang harga RM1 ye kenkawan.
ok tak?
bila diberitahu kos modalnya.....
hoh....masyuuukkkk..
ini yang buat saya pun nak bukak booth jual ais krim nih...
(mokcik sorang nih tengah gile nak berniaga. abaikan dia ye...kikiki)

Encik Azhar telah bagi saya dan anak-anak mencuba ais krimnya.
saya nak bayar tapi dia taknak terima.
bukan sebab mengendeng, ye u olls.
sebab jakun terlampau le tu. hahaha....




33 Comments

  1. sedapnya ! hee. baru 1st time dgr ada aiskrim goyang. errkk =,="

    ReplyDelete
  2. tapi eskem ni kena makan cepat2.. kalau tak cair.. tak sama dengan eskem lain.. hehe

    ReplyDelete
  3. askrom goyang. femess wo. tp sy pun tak pernah rasa lg. heheh

    ReplyDelete
  4. kira xpernah berkesmepatan ag nk rs..ermm

    ReplyDelete
  5. sehengget....?
    kat sekoalh adik nur diorg jual 50sen satu.. nur de tgk kat youtube pasal aiskrim goyang ni..hihi..

    syok juga tgk cara buat tu.mcm senang.. :)

    ReplyDelete
  6. kak jom belanjan makan aiskream gorengg jommmm aaaaaaaaaaaa joommm aaaaa kaaaaaaaaaakk ^^

    ReplyDelete
  7. Cik Fiza....ais krimnya air botol biasa je. x de la special mana. cuma cara buat tu yg special sbb x pernah tengok. :)

    ReplyDelete
  8. Nafisah....ha'ah.... x boleh taruh2 sgt ais krim nie sebab lagi nipis dari aiskrim Malaysia tu.

    ReplyDelete
  9. kura....namanya tu yg penting. hehe

    ReplyDelete
  10. Nyue...alaa.....air botol biasa je. Takde resepi istimewa pun ais krim nie. Ini saje kes jakun...hehe

    ReplyDelete
  11. Cik Nur....ha'ah, kan? hasben akak kata mahal gile. jual 50 sen pun masih untung byk lagi sebab ais krim tu kecik sgt. Lagi sikit drpd aiskrim Malaysia mak akak yg dia jual 10 sen je tu.

    ReplyDelete
  12. cik pha...haaa....ais krim goreng akak suke. mmg sedap bangett... jom!

    ReplyDelete
  13. zyra da slalu tgk n mkn...
    kat cameron highland byk jual...
    of course flavor strawberry y byk hehehe
    sedap la gak...dorg pkai pure jus strawberry

    ReplyDelete
  14. kat pasar malam selalu ada gak nampak.. ais krim goyang ni..

    ReplyDelete
  15. ezyra....hah? kat Cameron Highland dah ada ye? bulan 3 hari tu pegi tak nmpak pon.. huhu..

    ReplyDelete
  16. AdamHawa.....huwaaaa....akak rasa ketinggalan zaman sungguh nie. Maknanya apa ye? Dah lama tak pi jenjalan le tu. harus kena bercuti lagi nih..

    ReplyDelete
  17. wah..fes time tgk aiskrim cenggini!! comel lak tu..hehehe

    ReplyDelete
  18. Alah mak!Buat terliur je!

    ReplyDelete
  19. a.. aku pernah nampak ice cream ni kat Megalong :)

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. encik Azhar tu happy. ice cream dia dpt iklan percuma dlm blog kamu Yana :)

    ReplyDelete
  22. Nong Andy.... Saya x bgtau dia sy ni blogger. :)

    ReplyDelete
  23. Salam Yana,
    Elok makan ais krim pd ari-ari panas nih...seswai!

    ReplyDelete
  24. eh..sy pn x prnh jumpa lagi ais krim mcam ni...

    ReplyDelete
  25. MOH KEMBARA... W'salam kak. Sekarang ni selang sehari beli ais krim Malaysia. Buat stok dlm peti ais. rm1 dpt 6 batang. Lagi puas hati. :)

    ReplyDelete
  26. Syaidahtul Aziz...hehe. samalah kita.

    ReplyDelete
  27. aiskrim ni dah lama wujud. zaman saya sekolah rendah lagi dah ada. ingat lagi, makan ngan "makwe". haha . *tak matured betol ! hewheww

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. ye..kat utara nie banyak ade kat pasar2 malam...hehee

    ReplyDelete
  30. kak yana, penah jmp org buat aiskrim macam ni di kenduri kawin anak 2 pupu aj. hehe tgk diorang buat mmg sempoi....

    ReplyDelete
  31. Hai...aiskrim nie mmg kecik n kata mahal..tp bahan2 dia tu byk nk guna 10kg garm,2beg aisbatu plastik bsr,gula,susu dan perisa!!sy jual area besut jerteh..jom view blog sy..http://besutaiskrimgoyang.com(0.70sen 1 btg n amik katering untuk majlis2)

    ReplyDelete
  32. Tak pernah nampak dkat sabah ni.

    ReplyDelete
  33. Tak pernah nampak dkat sabah ni.

    ReplyDelete