Saya agak hairan dengan adik-adik yang masih single kat alam blog ni.
suka sangat nak buat entri pasal cinta.
sekali sekala tak apalah juga.
ini memanjang cinta... kecewa cinta... pujuk diri ala-ala tak kisah pasal cinta
(padahal sangat kisah. kalau tak kisah, buat apa tulis ye dop?)
adik-adik sekelian...
janganlah terjerut sangat dengan persoalan cinta.
dunia ini, bukan milik orang yang bercinta sahaja seperti bak kata Dharmawijaya.
jika kita belum lagi berpasangan
maknanya jodoh kita belum sampai.
bersabarlah.
dan hal jodoh sangatlah misteri.
pada masa kita menerima seseorang sebagai pasangan hidup kita,
kita merasakan tindakan kita betul.
memang ya untuk pada masa itu,
tapi mungkin tidak pada beberapa tahun selepas itu.
maka terjadilah seperti berita di akhbar hari ini.
'Aidil membatalkan permohonan cerai'
'Adi Putra memfailkan permohanan cerai'.
cinta bagai nak rak pun belum pasti bahagia hingga akhirnya.
jadi,
tak perlulah nak complicated sangat dengan cinta.
berfalsafah bagai.
cinta sesama manusia boleh datang dan pergi.
cinta Allah swt yang kekal abadi.
tetapkan matlamat,
cintai diri sendiri,
berazamlah untuk mencapai cita-cita.
p/s: ya. ting tongnya rasa bila byk baca tentang falsafah cinta. Tapi tak feeling langsung pun. baik tengok hindustan, boleh tacing2...ekeke..
13 Comments
setuju..! soal jodoh mmg misteri sgt2..!
ReplyDeleteNur juga sedang menanti, siapalah pelengkap kekurang tu..
sentiasa doakan yg terbaik...!
Cik Nur... semoga dpt yg terbaik insyaallah...
ReplyDeletebaekkkkkk
ReplyDeleteyana..akak geli geleman bila baca entri cinta...siap tulis apa yg dicakapkan masa berbual dlm telefon...koma,noktah..tak tertinggal satu pun....
ReplyDeleteBoni... yg lawak2 tu tak pe la Boni. boleh gelak2. hihi...
ReplyDeletekak Kamsiah... samalah kak. suruh follow dia, bila pi jenguk...semua cerita dia dgn boyfie kesayangan. adoiiii....
ReplyDeleteyaa betul la sgt..takat sekali bleh terima..dok ulang byk2 kali ghase nak lompang sampai tumbang je..hahahaha..x de arr..klu ulang lagi akak pandang je tajuk tu..x kuase nak membacanya...
ReplyDeleteSalam Yong,
ReplyDeletedeme nak layan perasaan, bior ler. Kang terjun bangunan kang...
Kak Sal... hahaha....sampai tumbang? lawak kak sal... :D
ReplyDeleteMOH KEMBARA... aje ngan yer ler pulok. hihi..
ReplyDeletegud one...
ReplyDeleteSetuju dengan akak . :)
ReplyDeleteAkak , saya listkan akak di bloglist saya . gi la tengok :)
soal hati paling susah,tapi hati lah paling senang nak sakit.hahaha.
ReplyDeletebetul tak kak?