Pagi-pagi dah terasa sebak..

Dulu-dulu semasa saya mula berblog,
sesungguhnya saya tiada langsung kawan yang aktif berblog.
segala yang terbina di sini, berpandukan rakan sepejabat yang tau berkenaan IT.
jadi, nak buat itu ini untuk blog, saya selalu dalam berkeadaan buntu
sebab tiada tempat untuk bertanya.
tiada tempat untuk dijadikan panduan di alam blog.

saya asyik memandang pageview saya yang tidak bergerak.
kalau bergerak pun, sebab saya yang login.
entri-entri saya pun tidak berkomen.
adeh laa......sedih bila diingat.

tapi bila tahu yang blog kena letak kotak chat,
sejak itulah saya mulakan jejak ke blog orang lain dan berkenalan dengan ramai rakan blogger.
dan ternyata ramai di antara mereka yang sangat baik hati.
walau tidak berjumpa di alam nyata,
tulisan mereka menyegarkan minda,
terasa pergi gundah gulana.

di awal berblog,
kak kamsiah adalah blogger pertama yang menjadi tempat bertanya.
saya main terjah je add fb dan bertanya.
membaca blog kak kamsiah seperti terasa dekat dengan ibu.
dan saya yakin kak Kamsiah seorang yang sangat bahagia dengan kehidupannya kini.
dan semalam kak kamsiah menulis tentang ENTRI INI .
terharu saya.
terima kasih kak.

dan tadi,
terbaca pula ENTRI INI di Blog Noh .
serius rasa sebak.
Terima kasih Noh.

mahunya tak sebak,
alam maya bukan setakat menemukan jodoh saya,
tapi menemukan mereka yang sungguh berhati mulia.
sudi memberi pertolongan tanpa diminta.
sedangkan dengan kawan-kawan sendiri pun payah nak menolong dalam hal sekecil 'like' di FB.

inilah antara nikmat yang tidak boleh didustakan seorang saya.
semoga saya terus menjadi seorang yang sentiasa bersyukur.

p/s: balik kampung adalah best. :)




10 Comments

  1. tenkiu...i like... :)

    ReplyDelete
  2. seronok dapat berkawan dalam blog dan fb.. mekasih..

    ReplyDelete
  3. dah! dah! jangan nak sebak2 lagi k!! hehe.. teruskan berblog tanpa ada rasa putus asa k.. InysaAllah ia akan sedikit demi sedikit akan dikenali ramai.. sabar dan berusaha adalah kunci kepada kejayaan sesebuah blog. rezeki tu di tangan Allah. Asalkan kita jangan berhenti berusaha, pasti akan ada pulangannya nanti. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. AnonymousMay 31, 2012

    kadang2 rasa kwn di alam maya especially blog lebih seronok bbanding kwn di alam nyata yg entah hape2 >.<

    ReplyDelete
  5. aku pun teringin nak balik kampung gak.. :)

    *ha.. kan sekarang follower kamu da ribu riban.. jgn sebak2 lagi k :)

    ReplyDelete
  6. shila harap satu hari nnt dapat follower byk cam akak jugak....=)
    tgh bertatih-tatih lagi dalam dunia blog..
    Salam perkenalan akak =)
    nnt nak datang langkawi boleh contact shila..

    ReplyDelete
  7. mmg siapakata teknologi tak bagus? dari belog ila kenal dgn ramai ibu yg postif mendidik anak2

    ReplyDelete
  8. singgah sini..hai yana.....balik kg mmg best....hihi

    ReplyDelete
  9. Nur kembali...!! :)

    jgn sebak2 kak..! senyum sikittttt!

    ReplyDelete
  10. kaka yana , aj rasa touching la

    ReplyDelete