Wednesday, 16 May 2012

Pameran Raja Kita di Istana Negara

Memandangkan tak pernah masuk ke Istana Negara,
peluang nak tengok pameran Raja Kita tidak boleh dilepaskan.
wajib bawa anak-anak.
kebetulan pula nama DYMM Seri Paduka Baginda Yg diPertuan Agung yang terbaru sama dengan nama ayah saya.
feeling-feeling princess kejap. hahaha..

Amaran.
entri ini banyak gambar ya u olls.

#hadiah solat dhuha kot. Sampai-sampai je, security suruh naik atas guna pintu 2. Makanya kereta kami terletak betul-betul di hadapan signboard ini. Alhamdulillah...rezeki.



#Amsyar yang excited nak tengok istana, tolong bawa beg Qisya. Haruslah bawa bekalan makanan dan minuman. Kot-kot bising lapar ke, haus ke...roti dan air dah tersedia.


 #sebelum masuk, wajib ambil gambar dulu. Teruja kami anak-beranak.


 #Budak yang paling tak suka stroller. Nak bebas memanjang. Patut pun kat rumah pengasuh, semua panggil dia Dora. Perangai pun dah macam Dora the Explorer. Jenuh nak ligan dia merayap ke sana ke mari.


 #di Pintu masuk balairong seri.


 #masuk- masuk je, tengok dah ramai orang.


 #kemain budak-budak sekolah rendah ni. Handphone semua canggih-canggih.


 #frust betul tengok gambar nie. Patutnya, ini la paling penting. Hampeh je kalau mintak tolong abah diorang ni ambil gambar. Qisya pun payah nak ambil gambar ramai-ramai. Kalau muka dia sorang je takpe. Boleh? *tsk..


 #amboi Qisya.....sempat lagi tu tegur-tegur orang...


 #pemandangan belakang istana dari tandas. Hoh....seram jugak kalau malam-malam kat sini. 


 #tiap kali pertabalan kita tengok kat tv, mcm besar je balai rong seri ni. Tapi sebenarnya takdelah besar sangat pun.


 #Tak rugi bawa Qisya. Dia memang perhati sungguh-sungguh apa yang dia tengok.


 #kan? banyak lagi gambar-gambar dia tengah perati itu ini sempat saya snap.
Memang sah Dora the Explorer.



 #inilah pokok Bunga Emas yang kerajaan Kedah bagi kat Siam tiga tahun sekali tu. Tinggi rupanya. Saya bayangkan saiz pokok bunga pahar je. huhu..


 #nasib baik datang agak awal. Masa kami keluar tu, punya banyak rombongan budak sekolah baru sampai.



 #sebelum balik, kasi can kat Qisya berlarian di padang. Duduk rumah bertingkat-tingkat nie payah dia dapat nak jejak tanah. Kesian anak mama.


#See? kebanyakan gambar yang saya snap, pasti nampak kelibat si kecik nie berlarian. Macam nie nak paksa-paksa duduk dalam stroller? Kirim salam. ekeke...


Kalau ada masa lapang tu, jalan-jalanlah ke istana Negara ni.
banyak info yang kita boleh dapat berkenaan Agung yang baru,
latar belakang baginda dan pelbagai peralatan diraja yang digunakan untuk pertabalan.
Tak rugi bawa dan anak-anak untuk tambah pengetahuan.
tak gitu?




13 comments:

  1. macam best je kak gi melawat istana..bagus la bawak budak2, biar dorang tau pasal istana dan raja2 kita

    ReplyDelete
  2. daulat tuanku.. bagus ni jln2 cari ilmu :) untuk diri dan ank2 :D

    ReplyDelete
  3. Nak mausk kena bayo ke kak?? Nanti boleh le bawak anak2 masa cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  4. wah.bestnyer..bukan senang nak dapat masuk dalam tu kan. dah de peluang ni, boleh lah pergi..!

    tergelak bila baca, gelaran qisya..hihih..Dora..!

    kita nak kemana lepas ni kawan2...!

    hihihi

    ReplyDelete
  5. LiNda... mmg seronok sbb boleh belajar byk perkara baru.. :)

    ReplyDelete
  6. amranaiman... waktu kualiti dgn keluarga mmg patut buat aktiviti tambah ilmu. :)

    ReplyDelete
  7. Syani....masuk tk kena bayo. free je. Cuma kalau nak bawak kamera, kena bayo rm3.

    ReplyDelete
  8. tarian jari.. puas hati juga dpt pergi pameran mcm nie. ilmu dapat, budak-budak pun seronok. :)

    ReplyDelete
  9. Cik Nur...kat rumah pengasuh tu dah ada budak nama Aqisha. Panggil qisha dah mcm sama pulak. nak panggil Audrra, tergeliat lidah pulak deme. Tu yg pangge Dora tu. Mula2 susah akak x terima, last2 rasa mcm cute jugak nama tu. hehe

    ReplyDelete
  10. hahahahaha.. comel nye si kecik tu!! hehehehe

    ReplyDelete
  11. Boni....Qisya kate, "TQ uncle..."

    ReplyDelete
  12. Macam best aja. Nanti nak pergi juga. Baru perasan ada pameran ni time lalu kat Jalan Istana Lama tadi (padahal seminggu sekali akan lalu pagi2 kat sini. Gelap gamaknya sebab tu tak perasan..)

    Btw, tq 4 d infos kak.. :)

    ReplyDelete