Tuesday, 29 May 2012

Payah beno!

Rentetan kes kamera rosak.

Saya sebenarnya telah kehilangan resit dan warranty card pembelian kamera tersebut pada tahun lepas.
disebabkan dah tiada warranty card, saya buat keputusan mencari sendiri pusat servis Samsung.
konon-konon nak minta repair dengan kadar segera.
bayar pun bayarlah.
yang penting, kamera saya dah boleh guna kat kampung nanti.
punyalah gigih mencari alamat pusat servis di Bukit Tinggi tu sampai banyak kali kena hon.

pening wehhh cari jalan.
rasa nak nangis dibuatnya sebab takde nombor telefon.
masa tengah hari google, masih ada contact number dia.
itu takpe.
petang-petang nanti google balik konon.
tapi bila dah petang time nak balik, tak boleh buka pulak pasal detail pusat servis tu.
hambek ko.
nasib baik saya sempat salin alamat masa google sebelum tu.huhu..

dah jenuh tanya sana sini, akhirnya berjumpa jugalah pusat servis tu.
tanya kos repair, si penjaga pusat servis tu kata dalam rm200 lebih sebab masalah lens.
kalau ada resit, dia boleh tolong uruskan untuk repair free.
huish...mahal tu.
udah le nak balik kampung ni.
lari bajet kang.
maka saya pulang dengan gundah gulana memikirkan di mana resit itu berada.

balik rumah geledah sana sini, akhirnya dah pasti tak jumpa resit,
saya pun menelefon kedai kamera tempat saya beli kamera tu bertanyakan resit untuk difotostat.
salesgirl kedai tu kata, resit tu dah tak ada kat kedai.
dah dihantar ke opis dan memang tak boleh cari. dia kata.
saya kata, takkan tak sampai setahun dah buang semua resit.
dia kata, memang tak boleh dapat balik resit tu.
(padahal, langsung takde tanda2 dia pergi cari)
siap sound saya, " resit dah bagi dengan warranty kat akak, itu kecuaian akak la."

aik? aku mintak RESIT la. 
Kot2 ada nak buat copy untuk dihantar ke pusat servis.
Bukan mintak warranty card. adeh laa...
rasa macam nak berasap dah time tu.
Malas dah nak cakap banyak memandangkan budak ni, 
macam takde gaya nak menolong, 
saya cakap babai dan thanx je la.

esoknya, (pagi tadi)
saya call HQ kedai kamera tu bertanyakan resit saya.
hampehnya...
si staff kedai kamera kata,
"settle la dengan kedai tu sendiri. minta buka resit baru."

maka saya pergi ke kedai kamera tu.
berjumpalah salesgirl yang bercakap dengan saya malam tadi.
masih tak berapa minat nak menolong.
mintak resit?
"tak ada."
buka resit baru?
"tak boleh."

lepas tu dia cari dalam laci kat kedai tu.
memang banyak buku resit.
tapi dia kata tak ada.
terang-terang malas cari.
masa tu dah rasa bengang juga la.
'adik....bukak je la resit baru. Asal resit fotostat pun tak apa. Bukan mintak warranty card.
nak bukti beli kat sini tarikh sekian2 saja."
"ok. Saya tulis kat sini saja." kata dia sambil isi resit fotostat.
haaaaa........boleh pun!
Itu pun payah ka?
adoi laaa.....
Payah beno!





12 comments:

  1. wah...ebat2...kalau noh, da maleh nak pikir dah, buang jer terus...pastu beli dslr sebijik...sng...rumit nak mintak tlg ngan cina nih...memang payahhhhhhhh bebebebenooor..

    ReplyDelete
  2. yana..kalau akak beli sesuatu barang,resit,waranty card..semua akak letak dalam kotak brg tu...kalau nak cari bila diperlukan..cari kotak tu ja...

    ReplyDelete
  3. Noh.....bukan Cina. tapi Melayu. Tu yg bengang tu. Ada bajet, konfem akan beli baru. huhu...

    ReplyDelete
  4. Kak Kamsiah.... semua barang elektrik lain, masih ada warranty card dan resit dia. Yang kamera nie adalah kes 'mende dah nak jadi..'. cenggitu la.

    ReplyDelete
  5. mak ai... payah beno.. cian akak..

    ReplyDelete
  6. berbagai dugaan ye.. akhirnya dapat juga..

    Salesgirl tu nampak sgt mls nk layan padahal senang je pun. aish!

    hehhehe lepas ni blh berkasih sayang kembali dengan si samsung tu :)

    ReplyDelete
  7. nampak benar orang sekarang ni pemalas.. bukan susah pun kerja tu

    ReplyDelete
  8. berat tulang la tuu..heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. sy pong selalu hilangkan waranty kad dan resit2 bagai.. tapi bila benda tu di perlukan mula la salahkan hubby tak simpan--> dah program kat otak, dia yg patut simpan benda tu.. yerlah brg elektik ni haku mana nak tau.. :)

    selalunya hubby letak resit dan kad waranty dlm kotak, kalau kipas kat kotak kipas la. kalau dvd kat kotak dvd.. :)

    Agaknya budak tu malas nak tambah pahala.. susah sgt nak tolong org.. nanti org pun susah gak nak tolong dia.. Karma :)

    ReplyDelete
  10. nak tau kedai gambar yang mana? Sangat femes, pastu salesgirls dia pakai uniform seksi skirt pendek dan bermekap tebal. Tapi tak berapa reti buat kerja. Nak pangkah terus kedai nih.

    ReplyDelete
  11. Kak yana, rakyat mlysia tu mmg feel mcm tu kot.. Pemalas pastu kerek.. Nk kalau kte pkai selekeh mmg die tak layan.. Bangang sgt tau..

    Sy pnh aritu tnye harge kemre kat kdai apek kt TS ni.. Apek tua mmg cam tanak layan je dgn muke dia mcm mintak kasut..

    Padahal kemre tu sy dah ade pun.. Die mcm nk tanak jawab pdhl tnye harge je.. Time rase nk bawak kuar kemre nk hampok kepala die smpai mampos..

    Hahahaha! Skrg ni sy kalau nk p kdai tnye harga kalau dorg nk xnk jwb sy sound je.. 'Ko ni nk jual tanak jual? Xnk jual ko tulis kt dpn kaunter ni besar2 tag 'TAK NAK JUAL'.. Haaa mcmtula sy buat.. Kahkahkahkah!

    ReplyDelete
  12. Salam Yong Yana,
    cam ginilah servis pelanggan kat Malaysia...sigh!

    ReplyDelete