Tuesday, 15 May 2012

Penangan spek baru

Bila Datuk Bandar announce ada peruntukan RM500 untuk buat spek mata mulai tahun ini,
saya dengan cepat bertindaknya, menempahlah spek baru.
padahal, tahun lepas je baru bertukarnya.
tapi kali ni nak tempah spek yang bertindakbalas dgn uv.
maksudnya, bila terkena uv dia akan bertukar warna gelap untuk lebih melindungi mata.
tak payah dah nak bertukar spek hitam kat cuaca panas.
kengkonon ye.

dan saya cuba juga banyak hari pakai spek baru ni, tapi serius pening.
mata rasa letih.
macam dipaksa-paksa bekerja.
sepatutnya, dalam beberapa hari mata ni dah boleh terima spek baru.
tapi masih letihlah.
tambah-tambah bila hadap skrin monitor.
nak main game pun berpinar je rasa.


#Spek baru yang tak berapa nak best.


#spek lama yang dah nak patah dibuat Qisya.

Geram sangat sebab mata ni masih tak boleh terima spek baru,
makanya saya terus pakai spek lama yang dah senget-benget hasil kerja seni Qisya.
senget pun sengetlah.
asalkan mata ni selesa.

p/s: hmmm...nak kena pi tanya balik optometrist tu.





12 comments:

  1. Bestnya ada peruntukan untuk buat spek... Saya 2 tahun sekali buat spek baru..[itupun kalau tak jahanam spek tu dikerjakan dek anak2]

    ReplyDelete
  2. tak semua spek mata sesuai dengan mata kita rupanya.......

    ReplyDelete
  3. Belum ada pengalaman pakai spek..hehehehhe.

    ReplyDelete
  4. oo..spek yg ade tindak balas uv..thumbs up!

    ReplyDelete
  5. tak berpengalaman laa dalam spek..ni... ^__^

    ReplyDelete
  6. spek kalau xselesa pakai mmg payahkan.. pening..!

    ReplyDelete
  7. pelik la.. kenapa masih pening ye??

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak dapat peruntukan buat spect? nak nakkkk :0

    ReplyDelete
  9. Syani...tetibe pulak ada rezeki untuk buat spek baru. Jgn lepaskan peluang...hehe

    Qhaifa Nur...kdg2 optometrist nie buat silap juga. mereka pun manusia biasa juga.. :)

    ReplyDelete
  10. Hanif Idrus...alhamdulillah....rezeki dpt mata terang benderang.. :)

    cendol...x pernah ada spek mcm tu, tu yg teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  11. misz uzmy.... rezeki le tu kalau x payah pakai spek. :)

    Cik Nur...akak dah hantar repair tadi. Rupa2nya power sebelah kanan x betul.

    ReplyDelete
  12. Boni....power x betul mmg le pening, Boni. Tadi dah check lain.

    kura....jom mintak keje kat tempat keje akak. hehe

    ReplyDelete