Prihatin membawa padah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
entri dimulakan dengan kata bismillah supaya emosi menjadi stabil dan tak emo.
mudah-mudahan.....amiiinn.

u olls pernah tak terkena dengan situasi di mana anda menjadi pendengar,
anda merasa kasihan dengan cerita dari si tukang cerita,
anda pun turut teremosi mendengar cerita dari si tukang cerita.
maka terkeluarlah kata-kata yang mengandungi unsur nasihat/ emo angkara sakit yang seolah-olah kita pun rasa akibat penceritaan si tukang cerita tadi.

dia sedih, kita pun sedih.
dia geram, kita pun geram.
mestilah macam tu kalau yang tukang cerita tu insan yang kita sayang, kan?

tapi....
apabila yang tukang cerita tadi dah cool....dah ok.....dah bahagia....,
tetiba kitalah pulak yang jadi watak antagonis.
yang jahat....yang tukang cucuk....yang begitu, yang begini...
hoho.......sakit hati wehhhhhh....
dari niat prihatin dan menjadi seorang yg empati.
tetiba jadi jahat pulak dah. adehhh.....

pengajaran untuk diri sendiri dan semua,
kalau nak prihatin dengan masalah orang lain,
berpada-padalah.
bukan apa......manalah tau prihatin kita tu membawa padah.
tak gitu?

untuk menghilangkan rasa sakit hati ini,
jom kita tengok koleksi Dress Audrra yang mungkin sesuai untuk insan-insan kesayangan u olls sempena Hari Raya nanti.


Sila klik gambar ye. :)




p/s: Semoga sabar dalam ujian hidup. Beristiqomah dalam mencari rezeki. Salam hujung minggu... :)

9 Comments

  1. sebab itulah ada pepatah mengatakan buat baik berpada-pada.. kalau terlebih baik org take advantage hehehe...

    ReplyDelete
  2. sbb tu jgn mudah kita memberi hukum pada org len...jadikan tuhan sebagai tuhan...jgn jadikan diri kita sbgai tuhan....peace yo!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    memang terpengaruh sangat pendengar tu ya. Kira pencerita tu pandai mengayat dan mengadun cerita.

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha. tu dah macam menjadi kebiasaan dah tu tau

    ReplyDelete
  5. Nong Andy.....BETULLLL.....

    ReplyDelete
  6. noh ... ini padahnya tulis entri yg pendek dan dapat komen cenggini. Tak pernah nak jadi Tuhan!

    ReplyDelete
  7. Moh Kembara.....w'salam. Kena tengok keadaan, situasi dan hubungan pencerita tadi tu dgn kita. Kalau setakat kenalan, bolehlah cakap suruh sabo je.

    ReplyDelete
  8. Boni.... yelah Boni. Akak nak pencen dah jadi pendengar setia. Lepaih ni, buat muke nohenn je le. Lantak le nak tungging terbalik pun. Boleh gitu? hehe..

    ReplyDelete
  9. Lepas ni mesti serikkan... niat nak menolong tapi lastnya...

    sabar ya.. hanya itu yg saya mampu katakan

    ReplyDelete