Thursday, 24 May 2012

Punyalah lama!

Birthday 2012 ni, tempat kerja saya menghadiahkan baucer Aeon untuk semua staffnya.
sejak saya tahu akan dapat baucer tu, kemain berangan nak beli satu benda tu kat Aeon.
kenalah tambah duit, tapi sekurang-kurangnya nak belilah hadiah yang boleh nampak dan pakai lama.
berangan punya berangan, siap kecoh kat adik-adik ipar pulak tu. hehe..

hari demi hari berganti sampailah semalam.
saya pun dah lupa pasal baucer.
lupa jugalah nak beli benda tu.
eh! bukan lupa.
tapi macam dah hilang keterujaan itu.
kira macam dah 50-50,
baruuuuuu....nak dapat!

#saya masih berstatus 'Cik' ye tuan puan....hahaha... 

Dah dapat ni tak pasti lagi nak beli benda tu ke taknya.
baju raya anak-anak dah kena start beli sikit-sikit ni.
tunggu bulan puasa baru nak beli, boleh lari bajet raya dibuatnya.
hadoiiii......pening kejap.

dah jadi mak-mak ni mesti kena fikirkan anak-anak dulu.
baju raya sendiri dah tak hairan dah.
kalau sebelum-sebelum nie, lagi 4 bulan nak raya, kain nak buat baju dah beli.
tahun ni, mood kureng.
lagi pun tailornya dah tak menjahit sebab kena jaga baby baru.
laaagilah takde mood.
asal ada sehelai beli siap pun cukuplah buat syarat sunat Hari Raya.

dan semalam, Qisya suruh snap lagi gambar dia.
padahal tengah sibuk makan nasi tu.
layankan ajelah.

#buat-buat muka serius bajet comel sampai tak sedar nasi kat dagu....hahaha...

ok. itu je nak cerita hari ni.
masih terfikir-fikir nak beli apa.
shopping seluar kecik Scarlet banyak-banyak, ok jugak kot? LOL...



9 comments:

  1. voucher yanty dah habesh dah yana memboroonnngggg....ehehehe

    ReplyDelete
  2. yanty......belum lagi daaaa.... :p

    ReplyDelete
  3. shopping kak!! best2.. hehehe.. gaun baya² qisya ni cantik2..

    ReplyDelete
  4. shopping shopping kak yana.hehehe

    ReplyDelete
  5. aku nak pakai baju raya tahun lepas jer ekekekeke...

    ReplyDelete
  6. hahha. comel nasi di dagu iyee :)

    ReplyDelete
  7. salam kenal..

    biaso la kan...dah ado anak nih mmg la lebih kan dorang jer la dulu...

    ReplyDelete
  8. awh si kecil tu sngt comel dgn muke serius.huhu

    ReplyDelete