Thursday, 14 June 2012

Bosannya blog dia!

walaahhh.....
pepagi dah nak mengutuk ni apa kes?
hehe...
tengah geram nih.
my feveret blogger ramai yang tak rajin update blog dah.
makin sendu belakanya.

macam berpakat pulak mood ke laut masing-masing.
rindu betul nak baca entri2 sengal dan sarkastik.
yang ramainya sekarang ni blogger skema.
(macam saya le tu..huhu..)
sangat boring seh!

skema itu boring ok. 
tapi nak buat macam mana, menulis ni perlukan bakat juga.
tiada gaya penulisan tersendiri,
tiada brand,
makanya blog engko tu perlukan ping sana sini, blogwalking sampai lebam la jawabnya.
haa....macam gitu.
lainlah kalau blog engko tu memang blog syok sendiri i lap u, u lap i... langsung tak tepek satnika iklan.
ada paham Puan Yana?

jadi,
silalah cuba tulis entri yang menarik,
tajuk yang kebabom (orang tengok terus click)..
story mory yang trendy dan urban-urban ka,
bagi tips-tips mekap ka,
ini balik-balik cerita kampung.
kampung-kampung punya cerita.
bosan derrr....

ok.
tetiba merepek entahapehape akibat frust kehilangan bacaan menarik.
dan u olls baru je habis baca contoh entri yang bosan di blog yang bosan.
hadap je laahhh.....janji update. hehe..







14 comments:

  1. itu kisahnya...diaorg ada projek besar agaknyer tu..sabarlah mnanti entry terbaik dr mereka2 yg berkenaan

    ReplyDelete
  2. Betul2. Ramai yang tak update sangat blog mereka :D

    ReplyDelete
  3. hahaa.. kadang terbantut je idea tu. saya dah hapdet dah. tapi, balik2 citer pasal anak saya je... tet!

    ReplyDelete
  4. hahahahaah...ramai yg dah ketandusan idea seprti saya,....

    ReplyDelete
  5. harap-harap blog uncle tidak membosankan tuan umah huhuuu

    ReplyDelete
  6. ramai yang tak berapa sihat baru2 ni, termasuklah nur..huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. blog KC membuhsankan Yana tak?

    ReplyDelete
  8. hamboi2..hehe
    i lup u u lup me yer

    ReplyDelete
  9. Salam Yong Yana,

    jangan makan derian banyak, panasss!

    ReplyDelete
  10. Penulisan yg awesome boleh membuatkan kita tertunggu-tunggu entri seterusnya.. kan..kan..

    salam kenal tuan blog.. jom berkunjung ke blog sy yg sgt skema.. =="

    ReplyDelete
  11. hahaha...

    apa-apa pun celoteh kau memang buat aku gelak.. santai gitu.

    *blog aku bersawang sebab aku bz lah yana :)

    ReplyDelete
  12. hehe....tajuk entri ini membuatkan unik view blog ni mencanak naik. Masing-masing risau, blog dia ke yg nak kena kutuk? kah kah kah....

    kak ella/KC ....blog banyak gambar tidak pernah membosankan. Jgn risau..saya peminat sejati kak ella..

    nong andy....jgn sesekali buat blogmu itu bersawang! takut ada momok bertenggek kat situ...LOL..

    ReplyDelete
  13. hahaha azza pun blog kampung kak yana, pueh dah mengurbankan diri. cari diri sendiri dekat sebulan tak update. so sekarang saya kerap update dgn menjadi diri sendiri je kekdahnya... malas dah nak jaga hati orang. bahasa kampung habih arrrr.... hahahahah

    ReplyDelete