Dating dengan anak-anak

Minggu yang busy.
demi persembahan Minggu Kualiti, banyak masa jugalah spend untuk meeting dan buat latihan.
dah berlangsung pun semalam.
persembahan pantun seloka jabatan kami tak mendapat perhatian pihak juri.
makanya tiadalah berita yang mengembirakan untuk dikongsi. sobs.
jabatan lain lagi hebat kekdahnya.
tak mengapalah.
tiada rezeki.
untuk pesanan hari ini, jangan dengki dengan rezeki orang lain.
redho sajalah dengan ketetapan Allah swt. :)

sabtu lepas, encik hubby berlepas ke Johor meninggalkan kami bertiga.
makanya saya kenalah membawa anak-anak keluar berjalan-jalan.
tapi itu sebenarnya adalah rutin hujung minggu.
cuma selalunya dengan abah diorang.
kali ni, bertiga je rasa lain macam jugak la. huhu..

tapi, yang bestnya....
kamera mokcik dah sehat balik.
makanya seronok la dapat snap2. hehe..


#mula-mula sampai, haruslah makan dulu. Nak bagi tambahan tenaga kekdahnya.


#hepp!!! tak mo bagi dah adik pegang kamera nih. Dah takde warranty, okeh. Tengok je tau..


#abang Amsyar memang peminat sizzling mee tegar selain nasi goreng cina.


 #haa.... kat sinilah matlamat utamanya. Main kat playground. Kasi can la kat diorang ni. Abangnya pagi petang ke sekolah, malam mengaji pulak. Adik pulak memerap je kat rumah pengasuh. Hari Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggu.


 #gayat betul naik mende nih. hehe..


 #mula-mula je muka cuak.


 #lepas tu, dia yang lebih. Naik lenguh angkat dia turun naik slide tu.

Main sampai letih, lepas tu jalan-jalan pulak sampai letih.
layan je lah...
Hari Ahad  tak dapatlah nak buat cenggitu.
kena berniaga di Bazarena Shah Alam pulak.
biasalah....balik je memang tumbang.
letih wehh...huhu..

so, siapa-siapa nak dapatkan stok VCO Catalyst
bolehlah dapatkan di sana.
siap boleh diskaun, tau.
(ye, perenggan ini adalah iklan...hik hik)

#meh pilih-pilih je kat sini.... ngeee...


#blogger-blogger yang suka main jual-jual. (Nih yang malas nak tepek gambo ni. Selalu nampak macam gergasi tau. Mencik!) Well,  inilah partner booth saya. Tuan blog me and my sincere thoughts sila terjah blog beliau ye. Sweet blog macam orangnya juga. 


#dah upload koleksi baju-baju baru untuk Hari Raya. Silalah jenguk Audrra Blossom ye. Harga masih boleh dirunding tau. 


p/s : Terima kasih kepada Nuffnang di atas pemberian BE yang baru. Libresse memang pilihan saya.




6 Comments

  1. AnonymousJune 20, 2012

    semangat makan sizlling!

    ReplyDelete
  2. ni cam kat bukit raja jer...kan3..

    ReplyDelete
  3. noh....bukanlah. kat Giant Bandar Kinrara je..

    ReplyDelete
  4. lama tak mkn sizzling mee.. terliur lak tgk amsyar mkn.hehehe..

    amboi qisya.. happy beno dia ye..

    ReplyDelete
  5. a.. playground tu buat Shinta hilang akal.. kalau dah jumpa playground maunya 2-3 jam baru boleh blah...

    mana ada gergasi pong :)

    ReplyDelete
  6. Nong Andy.... ada la. Naik pening nih nak cari ubat kurus. huwaaa....

    ReplyDelete