Kais pagi makan pagi

Assalam di hujung minggu.

kebuntuan melanda akibat ketiadaan kamera.
barang-barang banyak lagi yang belum diambil gambar.
dress-dress pulak tu. huhu..
yang iPhone pun buat hal juga.
cablenya dah tak boleh berkhidmat.
last-last melengung depan lappy.
nak menulis tiada idea.
rasa nak hantuk-hantuk kepala ke screen kasi keluar cerita-cerita best. boleh?

lepas tu, kat tv pun tiada cerita yang memberangsangkan.
boring belaka.
ada astro pun macam tiada makna.
hah. see?
giler punya mandom petang-petang.
nak meronda blog pun takde mood.
terkenangkan barang-barang di kedai online yang tidak berupdate.

bestnya kalau ada admin yang boleh jaga kedai saya,kan?
makanya kena tambah broadband la jawabnya.
takpe.
isnin nanti pegi cari lepas pegi Tabung Haji.
Saya dan encik hubby nak mendaftar haji.
mana tau, kot-kot ada rezeki menunaikan haji di usia yang masih cergas bertenaga.
mudah-mudahan... amiiiinn..

Balik kampung hari tu,
saya dan adik saya yang baru balik mendaki Gunung Kinabalu,
buat agenda mencari hidupan sungai untuk dibuat lauk pada hari itu.
nak feeling-feeling kais pagi makan pagi kekdahnya.

maka adik saya dengan gigihnya membuat rumbu penahan udang di tepi sungai.
ditebangnya semak samun di tepi sungai lepas itu diikat kuat-kuat.
lepas tu dipancang dengan kayu di dalam sungai supaya tak hanyut.
adoyaiii.....takde gambo.
encik hubby takut nak bawak iPhonenya ke dalam sungai. ekeke..

kami yang tak membuat rumbu ni,
kutip siput dan kijeng di tepi sungai.
Ya Allah.....payahnya nak cari.
dah tak macam dulu-dulu.
masa saya kecik-kecik dulu...
bertinggung satu tempat, pastu mengutip dalam satu pusingan 360 darjah...
konfem dapat dekat sekilo.

kalau air surut,
kat pesisir tepi sungai tu naik gelap dengan kehadiran siput dan kijeng yang tak sempat lari.
dan tak terasa nak makan siput dengan kijeng pun.
sebab dah terlalu banyak dan arwah ayah pulak selalu bawak balik ikan yang best-best dan udang galah yang besar-besar.

tapi kali ni, bila masa kami teringin nak makan,
hidupan sungai ni dah berkurang.
jenuh nak mencari meraba selut.
dan menambah pelik, saya dah jadi penakut nak pijak selut kat tepi-tepi tu.
dulu tak kisah pun.
main randuk je. huhu..

#banyak ini je kijeng yang berjaya dikutip. Saiznya pun dah tak besar macam dulu.


#siput dan kijeng yang belum dicuci.


#udang yang berjaya disauk.


#sungai belakang rumah mak saya betul-betul bertentang Masjid Ubudiah yang menawan.


#kelihatan juga Istana Iskandariah. Pemandangan sangat cantik. Gambo yang tak cantik. huhu...


sedih tengok gambo kelabu asap ni.
tapi hadap je la ye u olls...
ini je yang mampu.
sob sobs..

#paling gumbira, anak-anak la. Air sungai adalah jernih. So, boleh nampak hidupan sungai dengan jelas.


#kemain si Amsyar dengan sepupu-sepupunya.

#seronok sangat dapat tengok hasil tangkapan dan kutipan.


#Amsyar pun dah pandai main terapung-terapung.


#ini gambo paling riang-ria tak terkata.

Ok.
dah habis berjimba di tepi sungai,
kami pun baliklah nak memasak pulak hasil kasi pagi tu.
jenuh juga tau.
siput tu menuntut banyak kerja.
tapi disebabkan anak bongsu kesayangan mak teringin sangat nak makan siput sungai,
mak saya pun menguruskan jugalah siput tu.
yelah....nak memotong bontot siput tu bukan senang.
kena orang yang dah pro je boleh buat. huhu..

#udang tadi dimasak sambal tumis kering. Yang ni saya masak dengan menggunakan resepi mak.


#siput sedut masak lemak cili api. Walaahhh...sedap bukan main....

aik?
lupa nak snap gambo kijeng yang telah dimasak bersama sayur.
imagine sendiri je la ye u olls...hehe..
tiada langsung lauk dari pasar.
sendiri cari, sendiri masak.
best tak? 
ini yang kami dok gelak ramai2 ni.
'hari ini menu kais pagi makan pagi ye korang..'  

sangat mabeles balik kampung kali ini.
rasa macam tak cukup masa je.
dan hati saya tertinggal di sana.
masih.




10 Comments

  1. kijeng tu rupanya macam Lokan.. sungai air tawar ke masin? ke memang kat tempat kami di panggilo lokan kat tempat korang di panggil kijeng? hehehe.. udang tu comel-comel tapi tak sangka dpt byk gak ye? siput sedut tu teringin benar aku nak makan, kami panggil tekuyung isap tu.. (Tekuyung : Siput) maklumlah kena isap kuat-kuat nak makan isi siput tu.

    best lah ko balik kg.. jelez la.. haku dah puluhan tahun tak pergi menyauk Lokan di paya bakau belakang kebun ayah :)

    ReplyDelete
  2. Nong Andy...
    sungai Perak tu air tawar le. Jauh lagi nun nak jumpa muara sungai. hehe..
    ha'ah...kijeng tu mcm lokan le. Tapi lokan kat air masin, kan? Udang tu sedap betul digoreng garing dulu, pastu tumis sambal. Tak dapat banyak sgt mcm dulu2. Tapi boleh la nak melepas rindu dendam... LOL..

    jauh sgt ke kg ko tu? Best jugak tengok dusun buah macam2. Teringin jugak buah bambangan tu. Kawan aku yg duduk kat Sarawak pernah masak gulai guna buah tu. Sedap juga. :)

    ReplyDelete
  3. byknya udang... sng ke sauk. nk bela dlm akuarium boleh?

    ReplyDelete
  4. Muhammad Izuan....senang kalau air sungai surut. Kalau musim hujan, air pun dalam, mmg x dapek la nak menyauk.. :)

    ReplyDelete
  5. bestnyee mandi sungai...:)

    ReplyDelete
  6. bestnyer balik kg..hehe siap mandi manda lagi tuh..:p

    ReplyDelete
  7. Air Tawar? hah! maknanya kompom aku tak pernah jumpa kijeng itu..
    kg aku takde lah jauh sgt, 2 jam setengah je memandu boleh smpai. tapi bila balik kg mana ada masa nak ke paya bakau menyauk lokan. kalau ada pun takde sapa nak di ajak, bila ajak kakak aku byk alasan malas nak pergi.. yelah masuk bakau.. byk nyamuk belukar suma hehehe.. aku jer yg selalu beria-ia :)

    Haha.. oh kau pun pernah try bambangan tu. byk sungguh kat kebun ayah aku kalau time musim buah :)

    ReplyDelete
  8. Seronok kelau dapat balik kampung, manda mandi di sungai jga menangkap ikan.. best sangat-sangat tapi itu semua dah lama berlalu... dan jadi Nostalgia.

    Terbayang wajah Pak Len yang selamba, pakai kain pelekat dengan basikalnya yang lalu depan rumah teman...

    Adui indahnya dulu-dulu... tapi semua itu udah berlalu....

    ReplyDelete
  9. Salam Yong,

    Laaa orang Kuale ke?

    Issyyy best tu masih buleh cari siput, kijeng mijeng ni. Kat Sungai kami di Parit susah cari, sebab dalam. Sungai kome nampak cetek. Enak tu makan hasil dr sungai. Harap2 takde pencemaran. Ayor sekarang bukan buleh caya!

    ReplyDelete
  10. sonoknya Amsyar mandi sungai.. jeles acik.. hehehe

    ReplyDelete