Mokcik Seekers

Menjadi seorang blogger yang serba tau bukanlah mudah.
serba tau maksudnya boleh bersembang macam-macam topik dan berani meluahkan pendapat sendiri.
bukan setakat playsafe.
tambah-tambah bila sembang bab politik.
kalau boleh, semua tak nak tunjuk identiti masing-masing.
tu yang semua blogger blog politik tutup identiti masng-masing kot.
itu takpe.
masing-masinglah.
sendiri tulis, sendiri tanggung.

macam mana nak jadi seorang yang banyak tau?
tiada cara lain selepas berguru  melainkan banyak membaca, membaca dan membaca.
macam mana juga nak menjadi seorang penilai yang baik?
selain memerhati dan berfikir, membaca, membaca dan membaca jugalah kaedahnya.
dan ilmu itu tidak hanya datang dari blog yang femes je, boleh jadi ia datang dari blog yang tiada langsung follower.

dan menyentuh sedikit bab politik,
(wahhh.....dah vokal pasal politik pulak engko ye..)
nak story sikiiiiit je pasal PTPTN.
hukum meminjam ye adik-adik sayang ...kenalah bayar.
hutang tetap hutang.
taknak bayar hutang, silalah belajar rajin-rajin supaya cemerlang dan terbilang.
maka, selamatlah daripada berhutang.

tapiiii.....
bila orang politik berdebat pasal nak bagi free atau tak..
itu lantak diorang la.
yang penting beri faedah kepada rakyat.
kita yang rakyat marhaen ni nak yang macam mana?
nak yang free atau yang nak kena bayar?
orang nak bagi free ....nak ke tak nak?
suka ke tak suka?
ulang balik...
nak free ke tak nak?
apa? tak nak mende free?
tengin. sekian. LOL..

politik tak perlu berparti, yang penting anda mengundi.
dah semak ngundi kat mana?
setakat  pong pang je lebih bila bercakap bab politik, tak membawa masa depan negara ke mana-mana.
dan nak jadi pemerhati yang baik dan tidak menjadi totok,
rajin-rajinlah membaca walaupun rasa Utusan itu meloya atau pun Harakah itu sangat boring.
jenguk-jenguklah Papagomo dan Amenoworld.

dan nak tambah seimbang lagi....
jenguklah Uncle seekers yang ranking blognya dah mengatasi blog politik yang hebat.
saya dah macam kena cangkuk dengan cerita pasal Sultan dan TMJ dia.
tambah-tambah nak dekat pilihanraya ni, Soompi, Allkpop, penulisan2u dan seangkatannya dah tolak tepi.
macam saya pulok yang jadi mokcik seekers. hehe...

dan bila bercerita tentang benda free,
ia adalah sesuatu yang mengujakan tiap kali.
hari tu saja main teka-teka jumlah fridge magnet di blog Mala Nasohah
tetiba, tekaan tu hampir tepat jugalah.
GA pertama join, dapat hadiah la pulak.
hehe....sangat hepiiii...

#dalam sampul cantik, berbungkus kemas lagi dengan kertas pembalut hadiah.
Rajin sungguh Mala.


#hadiah fridge magnet dari beijing. Waahhh....bertambah koleksi FM saya di fridge tu. :)


actually masih pening lagi nak beli persiapan birthday untuk Qisya esok ni.
ya, baby kecik kat header tu dah berumur 2 tahun pada 29 Jun.
makin banyak kerenah dia yang nak dilayan.
tak mengapalah.
asal terus membesar dengan sihat dan cergas. :)

lastly, hambekkk...
satu entri macam2 nak dibebelkan. kikiki...




22 Comments

  1. Entri ini memang pening untuk dikomen. Sekian. hahaha...

    ReplyDelete
  2. tambah 1 FM kat fridge...cantik
    kejap saja 2 tahun baby Qisya dah nak sambut bufday...

    ReplyDelete
  3. biar betul uncle seekers punya blog lagi hot daripada blog politik??hahaha

    ReplyDelete
  4. Qaifa Nur... mmg tgh seronok mengumpul. Dapat pulak hadiah GA pun fm, mmg happy le... :)

    ReplyDelete
  5. Boni...ranking dia dah naik semalam. Dah banyak langkau blog2 politik. Hebaakkk.......kebal sungguh.

    ReplyDelete
  6. mmg hot la blog uncle seekers :D dh kalah blog politik yer..

    ReplyDelete
  7. a.... jadi selamat hari jadi in advance kat Qisya budak comel tu :D

    politik2 haku angkat bendera putih kih..kih..kih

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Yana,
    Uncleseeker banyak pendamping!

    ReplyDelete
  9. nur udah rope berceramah baca entryn ni...hihih

    psst..lawa FM... :)

    ReplyDelete
  10. Hope suka ngan FM tu...:)

    ReplyDelete
  11. steff.... dalam poyo dia berjaya bawak bukti2. itu yg layan tu. hehe..

    ReplyDelete
  12. Nong Andy.... TQ.. (wakil Qisya..) hehe.
    Takpe angkat bendera putih tapi pastikan mengundi. Itu tanggungjawab warganegara.(cettt! tetibe patriotik sungguh! kikiki)

    ReplyDelete
  13. MOH KEMBARA.... ye ke kak? mesti pendamping hebakk tu. huhu..

    ReplyDelete
  14. Cik Nur.... ini kategori ceramah ke? hahaha...

    ReplyDelete
  15. Mala Nasohah.... Thanx Mala. memang suka pun. :)

    ReplyDelete
  16. AnonymousJune 29, 2012

    walaupun byk topik yg dismbangkan lam entri nie..tp ifa minat part baby tu..hihi..comella..epy besday yg ke 2 tahun tuk baby comei tu..hihi

    ReplyDelete
  17. bagaimana pun Yana, haku sungguh hasrat dengki pada Fm baru mu itu hehehe...

    ReplyDelete
  18. kak Kamsiah.... x yah le jeles, kak. :)

    ReplyDelete
  19. Sh Lily.... thanx... :)

    ReplyDelete
  20. Nong Andy... aik? dengki jugak? ekeke..

    ReplyDelete
  21. kalau nak tulis tentang sesuatu isu,pastikan tau apa latar belakang subjek yang ditulis...berani kerana benar. :)

    dan mengenai isu politik itu sendiri,saya kurang gemar dengan sikap segelintir belia kita yang tak endah dengan perkembangan politik di negara kita.

    yer, memang lah kotor dan kekadang xberetika...tapi nanti jadi kucar kacir, mula lah complain.
    walhal bila disuruh melibatkan diri,tak mau...jadi bila da kene,dan xnak ambik kisah mula2 tadi...janganlah bising2 yer... :)

    ReplyDelete