Pengemis makin canggih

Katanya Malaysia ini makin maju.
makin kaya dan menghampiri miskin sifar.
tapi yang peliknya makin ramai pulak pengemis.
lepas tu makin canggih pulak kaedah yang mereka ni pakai.

tadi di Mc D tau.
seorang pengemis berbangsa cina menangis meminta duit sebab nak makan.
saya tak boleh nak berhati kering.
lagi pun rasa rimas lama-lama berdiri sebelah kita selagi tak dapat duit.
so, hulurlah seringgit dua.

lepas tu saya terus perhatikan dia yang bergerak dari satu meja ke meja yang lain minta duit.
yang peliknya dia pergi ke meja bangsa Melayu je.
yang meja bangsa Cina duduk dia tak singgah.
tapi meja yang terakhir tu dia singgah juga walaupun yang duduk situ bangsa Cina.
maybe itu meja last sebelum keluar Mc D kot.
ada tiga orang lelaki.
lama dia dok bercakap dan merayu kat diorang.
siap tunduk macam orang Jepun lagi merayu-rayu.
tapi diorang tu buat dekk je.
sampai sudah dia tak dapat apa-apa.

ooohh....patutlah.
memang bangsa dia malas nak layan kot.
ke, memang dia dah selalu mengemis kat situ.
tak tahulah.
tapi pada saya,  mengemis di dalam shopping complex adalah suatu pemandangan yang baru.
macam manalah dia boleh terlepas masuk mengemis kat situ.
memang canggih nak mengemis di tempat beraircond.


selalunya yang saya nampak tiap kali balik kerja,
yang mengemis kat traffic light tu.
orang dari negara mana entah.
macam bukan orang negara kita je.
kesian memang kesian.
tapi pemandangan itu kalau dah menjadi biasa, kesian tu boleh hilang.

kat tempat saya berniaga pun,
macam-macam jenis orang mintak derma.
purata tiap kali berniaga, adalah dalam 5-6 orang masuk booth minta derma.
selalunya saya layan yang pertama saja.
supaya yang seterusnya saya boleh bagitahu saya dah bagi tanpa rasa bersalah.
niat masing-masinglah.
yang penting, orang minta tolong kita bagi yang semampunya dengan ikhlas.
jujur atau tak jujurnya dia,
itu urusan dia dengan Allah.
setakat seringgit dua, tak buat kita miskin.
tapi kalau rasa ragu atau dah pasti yang datang meminta tu sindiket, janganlah bagi.

dulu-dulu di Penang, saya selalu terserempak dengan budak-budak pengemis.
diorang nie selalunya akan bawa nota bagitahu diorang ni anak yatim.
lepas tu jenis paksa-paksa.
kalau kita tak bagi duit, diorang ni akan maki-maki sebelum pergi.
tapi buat apa nak bagi, memang tahu yang diorang ni dibela sindiket.
port diorang ni biasanya berkumpul di Komtar.
itu tahun 90-an la.
sekarang ni tak tahulah.
dah dapat handle ke belum puak-puak ni.

dan satu lagi pemandangan canggih yang belum pernah saya nampak,
pengemis yang naik kerusi roda bermotor di bazarena.
penuh bertampal kata-kata memohon simpati.
waahhh....canggih.
kagum saya.

di dunia ini bolehlah meminta-minta.
sedangkan di akhirat nanti segalanya akan dipersoalkan.
apatah lagi jika memiliki tubuh badan yang masih sihat.

#ada yang berjaya walau pun tidak mampu berjalan.

#ada yang berjaya walau tidak dapat melihat.

#semangat berjuang mesti diteruskan....


Semoga hidup kita dijauhkan dari sifat meminta-minta.
amalkan surah al-Waqiah hari-hari.
mudah-mudahan kita tak terjerumus ke lembah kefakiran.
amiiinnn....




20 Comments

  1. bila baca pengalaman yana tentang ni, memang kagum betul dengan pengemis2 ni. macam2 cara. bab sindiket tu memang tak patutlah.

    ReplyDelete
  2. kena berhati hati jugak ni kalau terkena dengan pengemis dari sindiket

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 21, 2012

    cerita pasal kerusi roda kan? aku pernah jumpa pengemis pakai kerusi roda siap laung pakai mic lagi mntak bantuan.

    mampu korang? haha~!

    ReplyDelete
  4. pernah gak jumpa pengemis yg maki2 ni,..geram je rasa. dah bagi bukan reti nak bsyukur, malah perli2 kita blik adalah..!

    grrrr..!

    Alhamdulillah, kak, saya dah kembali sihat. :)

    ReplyDelete
  5. alaa... pengemis sekarang silap2 lagi kaya dari kita, dah kalau dia dapat 50 orang sehari= rm50.. kali sbulan..fuhh.. tak kaya macam tu? modal? baju buruk dgn ayat2 sedih... hurmm...selagi boleh berjalan tu sebenarnya insyaAllah boleh berkerja..manusia- manusia

    ReplyDelete
  6. hmm.. kdg2 diorg nh lagi kaya dari org y memberi.. sbb kdg2 org buat part time mengimis.. huhu

    ReplyDelete
  7. ni la masalah nye kann..kalo tak bagi kesian,nak bagi takot pengemis sindiket plak..haihh..
    n sorry to say,bg Cendol mmg ramai cina yg sombong2 n malas nk lyn pngemis2 ni..mmg lah org melayu yg kbnyknnya byk belas nya,mngkin sbb tu jugak org melayu kdg2 sng diperkotak katik..
    ckp ni bkn nak bsifat perkauman ke hape,
    Cendol pn ade keturunan Cina,

    ReplyDelete
  8. kakak saya pernah ceritakan pada saya dia selalu terserempak seorang pengemis ni berhampiran jeti penang tu. So, memang cam sangat la pompuan tu. Sekali jumpa kat Taiping shopping sakan. Pompuan tu terus terkejut dan cuba nak blah cepat-cepat dari pandangan kakak saya. Kemain dia....huhu..

    ReplyDelete
  9. mintak dijauhkanlah..selagi ada kudrat, janganlah mengemis~

    ReplyDelete
  10. pengemis sekarang mmg tak leh caya..takut pun ada bl didatangi pengemis..sll..bt tak tahu jer...kalau suami ada sekali..rasa selamat sikit..

    ReplyDelete
  11. tu la...noh pon slalu jugak jumpa...ada sekali tu jumpa bebudak kat RnR...siap dok tunggu lagi...perempuan plak tu...haish...mungkin sebab diorang mmg anak yatim piatu dan dibela oleh orang yg tidak bagus...tu yg jadik cenggitu...Kesian diorang...dipergunakan...(T___T)

    ReplyDelete
  12. sekarang ni banyak sindiketkan..kesian jugak kalau tgk yg makcik2 yg dah tua..budak2 semua tu..xsampai hati nak buat dek je kan.. xpelah kalau dorang menipu pon niat ikhlas sedekah jela :)

    ReplyDelete
  13. bru ni shu kne dkt traffic light. siap ketuk tgkap nk bkak pntu lagi. seramm.

    ReplyDelete
  14. Salam Yong,

    Ni pengemis asing ni...cam ner boleh terlepas masuk? Isu imigresen!

    ReplyDelete
  15. dulu masa zaman saya kerja kilang kt penang pemandangan peminta sedekah ni dah cam biasa, masa tu zaman awal 90an mana ada lagi yg pakai telefon bimbit cam ckrg, selalunya kalau saya balik kg mesti saya bagi duit kt sorang peminta sedekag yg selalu duduk kt atas jejantas kt jeti, dia ada penyakit balar kot yg putih satu badan tu. satu hari saya ternampak dia nak naik feri dari bagan, dan yg buat saya marah sangt bila dia dok cakap pakai talipon bimbit bukan satu kat tangan dia tapi dua... bayangkan aku pun tak mampu pakai talipon bimbit lg waktu tu.

    ReplyDelete
  16. Tapi ada juga pengemis, yang meminta sedekah dari rumah ke rumah.

    ReplyDelete
  17. pengemis oh pengemis...kekadang rasa kesian..kekadang tu rasa rimas...bila tengok muka..nak hulur diri sendiri pun soru miss sehari..tapi mereka hanya menadah, tak mungkin tak dapat habuan waima seringgit pun...

    niat murni untuk menolong, walaupun kedapatan dalam hati timbu rasa was-was dan sangsi, biarlah sekupang dua kupang janji niat kita sudah lepasi, niat pada dia biarlah di akhirat untuk diadili

    ReplyDelete
  18. actually kdg2 income mengemis ni lg banyak dr kita yg kerja gaji bulan2 ni. sorg bg at least RM1 cuba byg kalau at least 20 org bg. sehari dah RM20. sebulan dah 600. tu kalau 20 org bg RM 1.

    ReplyDelete
  19. Macam2 dunia ni... ada-ada saja. kalau jenis yg x mahu berusaha x payah nak tolong, makin manja.. bukan kita tak nak pahala. tapi mungkin kita hanya tambahkan lagi kegilaan mereka yg sebenarnya dusta saja. nak jln mudah..

    ReplyDelete