Friday, 8 June 2012

Yang panjang terasa pendek

Assalamualaikum di pagi Jumaat.
baru sampai opis, terus hapdet blog.
hehe....kemain ye.
rindu bebeno kekdahnya.

well, saja nak cerita.
seminggu duduk di kampung terasa amatlah pendek masanya.
terlampau banyak agenda.
kenduri tahlil, kenduri kahwin, kenduri naik buai + marhaban berselang seli ye u olls.
maka saya adalah penternak kolestrol yang berjaya dalam masa seminggu. wakaka.....habes la..

dan lagi, rezeki balik kampung kali ini...
air Sungai Perak di belakang rumah mak menjadi surut dan jernih.
apalagi, kensel mandi kolam renang la.
rendam kat sungai Perak lagi best.
kutip siput, kijeng dan menyauk udang menjadi agenda terhebat.
dan seperti biasa akibat ketiadaan kamera, saya akan buat entri lain dengan mencilok gambar dari iPhone encik hubby. hehe...

walaupun cuti seminggu di kampung,
saya masih tak dapat merasa Laksa Pokok Limau yang femes sangat tu.
itu takpe.
balik lain kali pulak.
tak lari laksa dikejar.
(memang tak lari, tapi asyik habis je...huhu..)

dan lagi satu,
saya tertinggal sebahagian barangan dagangan saya.
adehh....macam mana ni?
hari ahad nak berniaga pulak.
sabo je la.

last sekali...
GA tersempoi akan berakhir pada 10 Jun ye.
siapa nak join masih sempat lagi.
siapa nak tulis entri pasal GA tu pun masih sempat lagi.
kepada sesiapa yang nak hadiah le.
kalau taknak tak pe.
tiada paksaan.
'hidup ini terlalu pendek untuk berduka.'
Tata..




7 comments:

  1. balik kampung memang 1 nikmat.. best!!

    ReplyDelete
  2. uwaaaaaa.. aku jeles! nak balik kampung jugak!!!!!

    ReplyDelete
  3. ooo rumah yana dekat dgn sungai perak eh.ooo tau tau.xpe,kita dh nk puasa dh.xpe.

    ReplyDelete
  4. balik kg rhupernyer..patutlah senyap jer blog....

    ReplyDelete
  5. laksa pokok limau...hmmm...bleh lawan laksa teluk kecai x???...spicy n a little bit different with the usual laksa.

    ReplyDelete
  6. Salam kenal yana, betul sgt kata Yana, balik kg cuti seminggu macam sehari duduk office sehari macam sebulan...itu akak dah melampau

    ReplyDelete
  7. patutlah entri tak berupdate.balik kg rupanya

    ReplyDelete