Tuesday, 3 July 2012

Dora dan Qisya

Qisya dah berusia dua tahun.
alhamdulillah selepas je pantang kerana melahirkan dia, menjaganya adalah agak mudah dan tak banyak karenah.
hari tu masa birthday dia, takde langsung snap gambar dia sorang2. boleh?
hehe...kesian birthday girl.
nak buat macam mana, mama sibuklah.
mana nak goreng tepung berhentak (nama kuih ni memang cenggini), mana nak layan tetamu.
makanya tak sempatlah mama.

tadi masa tengok gambar-gambar Qisya,
terus teringat Dora the explorer tu.
suka sangat explore itu ini.
lepas tu, kalau tengok sesuatu, perhati sungguh-sungguh.
dan dia semakin suka posing lately.
tambah-tambah masa pergi Morib hari tu.
kemain dia posing macam photoshoot dengan DSLR je gayanya.
tapi itu entri lain la ye.
yang ni nak letak gambar masa jalan-jalan di Wangsa Walk hari tu.

 #entah apa la yang diperhatikan dah macam mandur je gayanya. ekeke..


 #ajak abangnya suruh tengok barang yang dia nak belek.


 #tapi abangnya macam ni la. Ikut mood dia je kalau bab nak melayan adik. Macam tak perasan je Qisya berdiri kat situ. LOL..


 #bagi tengok je. Beli tu idak le. Tapi Alhamdulillah, diorang ni bukan jenis nangis guling2 bila nakkan mainan. Boleh dibawa berunding, kekdahnya. Kena pandai-pandailah main psikologi tapi jangan menipu sebab budak-budak ni jenis ingat pada janji. 


 #ini part paling tak boleh blah. Ada ke ditegurnya lembu ni 'meow....meow...'. hahaha. Bila kami semua bagitahu yang ni bukan meow, tak puas hati betul dia. Siap buat muka macam tu. LOL..


 #rasa aiskrim yogurt dia yang ala-ala Tutti Frutti ni sedap juga. Harganya pun macam nak sama juga. Satu mangkuk ni, RM11.


 #Amsyar memang selalu berlebihan aksi bila bergambar. Tak larat cakap dah dibuatnya...


 #jenuh mintak sudu kat cashier angkara asyik jatuh ke lantai je. Itulah si Qisya yang suka nak buat sendiri segala. Naik stroller pun taknak sebab nak jalan sendiri.


 #kalau pergi majlis, suka explore sendiri cari kawan.


#kan? happy aje. Muhasabah diri kejap mama dibuatnya. Betapa hati anak-anak kecil itu selalunya bersih dan tiada noda.


Ecewah.....caption gambo yang last macam poyo. 
layankan je la ye korang. :D




10 comments:

  1. Salam Yong,,
    besarnya beg dia. Kalau hilang dicelah2 kedai mainan tu, org sangka anank patong! Pandai!

    ReplyDelete
  2. MOH KEMBARA.... salam kak. Itu ilusi optik je tu. hihi...

    ReplyDelete
  3. comelnya..minat beno dia dengan dora ye..hihihi

    pertama kali dengar nama kueh tu, mcm mane ropenyer ye..hihih

    ReplyDelete
  4. comel je panggil lembu meow2...hehee

    ReplyDelete
  5. izan mama mia.... biasa je dia. :)

    ReplyDelete
  6. Chenta Eyfa Latieyfa... thanx... :)

    ReplyDelete
  7. Cik Nur....nanti akak tepek la kalau teringat. Hari tu lupa nak snap gambo kuih tu. memang heran sungguh namanya cenggitu sebab x de pun hentak2 dia. huhu..

    ReplyDelete
  8. Aishah Jahirah.... semua yg berkaki 4 dipanggilnya meow. Tapi yg betulnya, hanya pada kucing. kikiki

    ReplyDelete