Happy Birthday Qisya !

Salah satu memori zaman kanak-kanak saya yang paling saya ingat ialah mengenai sambutan hari jadi kami adik beradik.
kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana di kampung, mak dan ayah tidak pernah menjadikan hari jadi sebagai sesuatu yang perlu diraikan.
mereka tidak pernah mengingati hari jadi kami.
apatah lagi nak celebrate.
kirim salam je la kalau teringin nak buat birthday party macam kawan-kawan lain.
tapi tak pernah nak suarakan pun.
memang tak berani. huhu..

harijadi pertama yang kami raikan ialah harijadi adik bongsu saya.
memandangkan beliau adalah 'anak bos', permintaannya nak kek harijadi ditunaikan.
kitorang ni cukup happy la masa tu bila arwah ayah setuju nak belikan kek.
sekalinya arwah ayah bawa balik sebiji kek butter.
kek tu takde krim, okeh.
siap keras kematu pulak tu. 
tak dapat makan, tau. LOL.....

semasa darjah 5, saya mendapat tempat pertama di kelas saya.
tau apa hadiah yang saya dapat dari mak dan ayah?
sekaki payung lipat berharga rm4.90 atas permintaan saya.
itu pun sebab tak larat berhujan dan berpanas balik dan pergi sekolah yang jauh jaraknya 2km dari rumah saya.

dapat nombor satu, dapat payung je.
tapi perasaan happynya sukar digambarkan.
dan masa darjah 6, barulah dapat buat birthday dan  itulah birthday yang paling saya ingat.
kek sponge berkrim yang berharga rm8 yang dibeli di Warung Kek Jaya yang turut menjual Madeline tersedap di dunia tu.
mak saya pula menyediakan mihun goreng, jagung rebus dan agar-agar.
walau sederhana ya amat,
ramai kawan-kawan saya datang dan itulah harijadi yang paling best di zaman kanak-kanak saya.

dan hari Jumaat lepas,
gigih saya meniup belon macam dah nak semput demi nak meraikan Qisya Audrra cinta hati saya.
walaupun dibuat rumah kecik saya dan seperti biasa pasti ada isu tak muat,
tapi saya mahu mereka yang selalu di sisi dia dapat meraikan harijadi dia bersama-sama iaitu
kakak-kakak dan abang-abang teman bermain dia di rumah pengasuh yang sama.
tercapai sudah matlamat saya.
majlis sederhana tapi meriah.
yang penting, budak2 tu seronok... :)


 #Qisya dipanggil Dora di rumah pengasuhnya. Maka saya terfikirkan kek Dora the Explorer untuk dia yang sama sungguh karektornya kecuali rambut. hehe...


 #goodies bag yang berisi biskut, kek dan puding. Takde gula2... 


 #antara menu jamuan. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Ina yang sponsor muffin dan dadih untuk birthday Qisya ni. Perkenalan di blog, membawa ke persahabatan alam nyata. Thanx kak ina. Sesiapa nak order kuih-kuih lazat buatan kak ina, silalah jenguk blog http://zalinzalina.blogspot.com/ ye.


 #malamnya baru celebrate dengan aunty2, uncle2 dan cousin2 pulak. Tiap kali gambar yang ada aunty iema, qisya dan ireen, pasti gambar jadi cenggini. adehhhh.... 


 #Aunty eirna dah sarat pun masih larat mendaki anak tangga demi anak buah. Thanx aunty and uncle.


 #antara hadiah harijadi Qisya. Ummi dan Tok Bah mengirimkan kereta Disney's Princesses kerana tak dapat hadir. Sedih juga Ummi takde tapi terpaksa juga buat majlis hari tu sebab esoknya....


 samb. # kena mengikut rombongan meminang anak dara untuk sepupu encik hubby pulak.


#ushar sikit bakal pengantin. Hoh...lawo baju.


saya terkena penyakit satu entri, macam-macam cerita sejak kebelakangan ni.
nak cerita pasal birthday Qisya tapi melalut ke cerita birthday sendiri sampai ke majlis pertunangan orang. hehe..

Happy Birthday Qisya sayang...
mama doakan anak mama ni membesar dengan sihat.
ceria dan bahagia sepanjang kehidupan di dunia ini hingga ke akhirat.
InsyaAllah...



27 Comments

  1. hepi besday qisya.
    wah sedapnye tgk dora tu
    heh

    ReplyDelete
  2. dayteen lea... thanx. Kek Dora tu kek sponge je. :)

    ReplyDelete
  3. kitorang sampai skarang da nak kawen pon lom penah sambut besday...

    dapat no.2 masa penggal satu darjah empat = tak dapat apa2..

    dapat no.1 masa penggal dua darjah empat = pon tak dapat apa2...

    yang lagik bestnyer...

    UPSR dapat 5A tu = pon same jer...tak dapat apa2...

    hahahaha (T_______________T)

    ReplyDelete
  4. tu yang buat sedap tu. nyam nyamm

    ReplyDelete
  5. Noh....dah besar dapat kasih sayang, itu dah mewah. Nanti bila ada anak2 yang cintanya terhadap Noh sangat besar dan takde kompromi, maknanya dah jadi jutawan. Tapi jangan pulak tak bagi apa2 bila diorang dapat pencapaian yg membanggakan. Nanti jadi mcm Noh pulak. Dah nak kawen, masih teringat2 sbb x dpt apa2...hehe..

    ReplyDelete
  6. dayteen lea.... kek nie sedap jugaklah sbb krim dia tak terlalu banyak. pastu kurang manis. menu sehat le kononnya tu. :p

    ReplyDelete
  7. itu kalau letak nuttela kat atas die

    perghh

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir gak tuk qhisha... n slm kenal :-)

    ReplyDelete
  9. dayteen lea... nutella mmg sedap pun. Suka betul... :)

    ReplyDelete
  10. Pn. Sheila@CC ..... thanx aunty. Terima kasih sudi singgah dan follow. Salam kenal juga. :)

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Qisya....

    Ye la kak, dulu kita nak celebrate birthday sendiri pun jarang2. La ni setiap kali birthday ahli keluarga mesti nak celebrate. Rasa tak complete kalau tak celebrate birthday.

    ReplyDelete
  12. happy bithday qisya!!

    sama lah kita.. saya pun tak pernah sambut birthday saya.. hehehe.. tak pernah pun rasa special hari tu macam kebanyakan orang2 yang lain.. tapi, tak pe lah.. mungkin satu hari nanti ada orang yang akan raikan saya kan? hehehe

    ReplyDelete
  13. Syani... thanx aunty.. :)

    ha'ah betol. Rasa bersalah pulak kalau x celebrate walau pun hanya dengan sepotong kek je..

    ReplyDelete
  14. Boni.... thanx uncle. (sila redho Qisya x boleh nak panggil abang...ekeke)

    sabo le. Nanti2 ada la tu. :)

    ReplyDelete
  15. selamat ulantahun kelahiran Qisya..dah 2 tahun dah..moga membesar jadi budak baik ye sayang..!

    ReplyDelete
  16. Happy birthday Qisya.
    Jangan nakal-nakal yek..hahahahhaa
    Bila baca entri ini teringat zaman kita bukan ada birthday party...kalau ada dengar pun amat jarang-jarang sekali.
    Sekarang ni dah normal...zaman berubah

    ReplyDelete
  17. a.. masa kecik2 aku pong x pernah ada bestday... langsung x pernah :(

    dah besar baru smbut bestday sendiri hehehehe...

    a.. cantik plastik goodies tu, princess gitu hehehe..

    ReplyDelete
  18. Cik Nur.... thanx aunty Nur... :)

    ReplyDelete
  19. Hanif Idrus... Thanx uncle. Zaman berubah, kena follow la kita. Tapi ikut kemampuan masing2 la, kan?

    ReplyDelete
  20. Nong Andy.... alolo...buat ayat sedih la pulak. Meh kita celebrate same2 nak? hehe..

    beg goodies tu, yg tu je ada. Rembat je la.

    ReplyDelete
  21. wahh. happy birthday yeee :)

    ReplyDelete
  22. hehehe...comel nyer kek tu... :)
    happy besday kepada qisya jugak! sedap nama tu... :)

    ReplyDelete
  23. happy besday qisya..cantiknya kek dora.. :)

    ReplyDelete
  24. Mr Clive... Thanx uncle. :)

    NURULHANIF.... thanx aunty... :)

    ReplyDelete
  25. thanx aunty Yanty... :)

    ReplyDelete