Salah satu memori zaman kanak-kanak saya yang paling saya ingat ialah mengenai sambutan hari jadi kami adik beradik.
kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana di kampung, mak dan ayah tidak pernah menjadikan hari jadi sebagai sesuatu yang perlu diraikan.
mereka tidak pernah mengingati hari jadi kami.
apatah lagi nak celebrate.
kirim salam je la kalau teringin nak buat birthday party macam kawan-kawan lain.
tapi tak pernah nak suarakan pun.
memang tak berani. huhu..
harijadi pertama yang kami raikan ialah harijadi adik bongsu saya.
memandangkan beliau adalah 'anak bos', permintaannya nak kek harijadi ditunaikan.
kitorang ni cukup happy la masa tu bila arwah ayah setuju nak belikan kek.
sekalinya arwah ayah bawa balik sebiji kek butter.
kek tu takde krim, okeh.
siap keras kematu pulak tu.
tak dapat makan, tau. LOL.....
semasa darjah 5, saya mendapat tempat pertama di kelas saya.
tau apa hadiah yang saya dapat dari mak dan ayah?
sekaki payung lipat berharga rm4.90 atas permintaan saya.
itu pun sebab tak larat berhujan dan berpanas balik dan pergi sekolah yang jauh jaraknya 2km dari rumah saya.
dapat nombor satu, dapat payung je.
tapi perasaan happynya sukar digambarkan.
dan masa darjah 6, barulah dapat buat birthday dan itulah birthday yang paling saya ingat.
kek sponge berkrim yang berharga rm8 yang dibeli di Warung Kek Jaya yang turut menjual Madeline tersedap di dunia tu.
mak saya pula menyediakan mihun goreng, jagung rebus dan agar-agar.
walau sederhana ya amat,
ramai kawan-kawan saya datang dan itulah harijadi yang paling best di zaman kanak-kanak saya.
dan hari Jumaat lepas,
gigih saya meniup belon macam dah nak semput demi nak meraikan Qisya Audrra cinta hati saya.
walaupun dibuat rumah kecik saya dan seperti biasa pasti ada isu tak muat,
tapi saya mahu mereka yang selalu di sisi dia dapat meraikan harijadi dia bersama-sama iaitu
kakak-kakak dan abang-abang teman bermain dia di rumah pengasuh yang sama.
tercapai sudah matlamat saya.
majlis sederhana tapi meriah.
yang penting, budak2 tu seronok... :)
#Qisya dipanggil Dora di rumah pengasuhnya. Maka saya terfikirkan kek Dora the Explorer untuk dia yang sama sungguh karektornya kecuali rambut. hehe...
#goodies bag yang berisi biskut, kek dan puding. Takde gula2...
#antara menu jamuan. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Ina yang sponsor muffin dan dadih untuk birthday Qisya ni. Perkenalan di blog, membawa ke persahabatan alam nyata. Thanx kak ina. Sesiapa nak order kuih-kuih lazat buatan kak ina, silalah jenguk blog http://zalinzalina.blogspot.com/ ye.
#malamnya baru celebrate dengan aunty2, uncle2 dan cousin2 pulak. Tiap kali gambar yang ada aunty iema, qisya dan ireen, pasti gambar jadi cenggini. adehhhh....
#Aunty eirna dah sarat pun masih larat mendaki anak tangga demi anak buah. Thanx aunty and uncle.
#antara hadiah harijadi Qisya. Ummi dan Tok Bah mengirimkan kereta Disney's Princesses kerana tak dapat hadir. Sedih juga Ummi takde tapi terpaksa juga buat majlis hari tu sebab esoknya....
samb. # kena mengikut rombongan meminang anak dara untuk sepupu encik hubby pulak.
#ushar sikit bakal pengantin. Hoh...lawo baju.
saya terkena penyakit satu entri, macam-macam cerita sejak kebelakangan ni.
nak cerita pasal birthday Qisya tapi melalut ke cerita birthday sendiri sampai ke majlis pertunangan orang. hehe..
Happy Birthday Qisya sayang...
mama doakan anak mama ni membesar dengan sihat.
ceria dan bahagia sepanjang kehidupan di dunia ini hingga ke akhirat.
InsyaAllah...
27 Comments
hepi besday qisya.
ReplyDeletewah sedapnye tgk dora tu
heh
dayteen lea... thanx. Kek Dora tu kek sponge je. :)
ReplyDeletekitorang sampai skarang da nak kawen pon lom penah sambut besday...
ReplyDeletedapat no.2 masa penggal satu darjah empat = tak dapat apa2..
dapat no.1 masa penggal dua darjah empat = pon tak dapat apa2...
yang lagik bestnyer...
UPSR dapat 5A tu = pon same jer...tak dapat apa2...
hahahaha (T_______________T)
tu yang buat sedap tu. nyam nyamm
ReplyDeleteNoh....dah besar dapat kasih sayang, itu dah mewah. Nanti bila ada anak2 yang cintanya terhadap Noh sangat besar dan takde kompromi, maknanya dah jadi jutawan. Tapi jangan pulak tak bagi apa2 bila diorang dapat pencapaian yg membanggakan. Nanti jadi mcm Noh pulak. Dah nak kawen, masih teringat2 sbb x dpt apa2...hehe..
ReplyDeletedayteen lea.... kek nie sedap jugaklah sbb krim dia tak terlalu banyak. pastu kurang manis. menu sehat le kononnya tu. :p
ReplyDeleteitu kalau letak nuttela kat atas die
ReplyDeleteperghh
selamat hari lahir gak tuk qhisha... n slm kenal :-)
ReplyDeletedayteen lea... nutella mmg sedap pun. Suka betul... :)
ReplyDeletePn. Sheila@CC ..... thanx aunty. Terima kasih sudi singgah dan follow. Salam kenal juga. :)
ReplyDeleteHappy Birthday Qisya....
ReplyDeleteYe la kak, dulu kita nak celebrate birthday sendiri pun jarang2. La ni setiap kali birthday ahli keluarga mesti nak celebrate. Rasa tak complete kalau tak celebrate birthday.
happy bithday qisya!!
ReplyDeletesama lah kita.. saya pun tak pernah sambut birthday saya.. hehehe.. tak pernah pun rasa special hari tu macam kebanyakan orang2 yang lain.. tapi, tak pe lah.. mungkin satu hari nanti ada orang yang akan raikan saya kan? hehehe
Syani... thanx aunty.. :)
ReplyDeleteha'ah betol. Rasa bersalah pulak kalau x celebrate walau pun hanya dengan sepotong kek je..
Boni.... thanx uncle. (sila redho Qisya x boleh nak panggil abang...ekeke)
ReplyDeletesabo le. Nanti2 ada la tu. :)
selamat ulantahun kelahiran Qisya..dah 2 tahun dah..moga membesar jadi budak baik ye sayang..!
ReplyDeleteHappy birthday Qisya.
ReplyDeleteJangan nakal-nakal yek..hahahahhaa
Bila baca entri ini teringat zaman kita bukan ada birthday party...kalau ada dengar pun amat jarang-jarang sekali.
Sekarang ni dah normal...zaman berubah
a.. masa kecik2 aku pong x pernah ada bestday... langsung x pernah :(
ReplyDeletedah besar baru smbut bestday sendiri hehehehe...
a.. cantik plastik goodies tu, princess gitu hehehe..
Cik Nur.... thanx aunty Nur... :)
ReplyDeleteHanif Idrus... Thanx uncle. Zaman berubah, kena follow la kita. Tapi ikut kemampuan masing2 la, kan?
ReplyDeleteNong Andy.... alolo...buat ayat sedih la pulak. Meh kita celebrate same2 nak? hehe..
ReplyDeletebeg goodies tu, yg tu je ada. Rembat je la.
wahh. happy birthday yeee :)
ReplyDeletekura... thanx... :)
ReplyDeletehehehe...comel nyer kek tu... :)
ReplyDeletehappy besday kepada qisya jugak! sedap nama tu... :)
happy besday qisya..cantiknya kek dora.. :)
ReplyDeleteMr Clive... Thanx uncle. :)
ReplyDeleteNURULHANIF.... thanx aunty... :)
HEPI BESDAY QISYA...
ReplyDeletethanx aunty Yanty... :)
ReplyDelete