Monday, 9 July 2012

Pemandu selfish

Ceritanya, pagi tadi nyaris kereta hadapan saya tak kena kemalangan dengan bas sekolah di hadapannya.
Bas sekolah tiba-tiba je masuk lorong di hadapan kereta tu.
lagi sikiiiittt je.

saya tak salahkan bas sekolah tu.
tapi kereta yang di hadapan saya.
apa kes, waktu baru pukul 6.45 pagi dan mendung pulak tu ko tak pasang lampu?
memang masih gelap lagi.
mesti bas tu tak nampak.
mengong.

saya geram betul pemandu macam gini, menyusahkan orang.
kalau lampu tu tak berfungsi terbakar ke, tunggulah waktu dah cerah.
ini nak redah jugak gelap-gelap tu.

lagi satu, bawak slow lepas tu memandu di lane tengah.
bikin panasss der.
tambah-tambah nak memotong di sebelah kanan tak dapat mencelah.
geram tau.

dan semalam...

#sabo je la dengan ini pompuan...

semua pam kat shell tu penuh.
ada pulak dua pam yang rosak. 
bertambah jammed la kat stesyen minyak tu.
dua kali saya tawaf stesyen minyak tu dan nampak la kelisa ni ingatkan dah dekat nak settle, so saya pun beratur belakang kereta dia.

punyalah lama tunggu, tapi tak gerak-gerak.
lepas tu Mat Bangla yang kerja kat situ pun pegi la tegur dia.
entah apa diorang cakap, saya tak tahu la.

Mat bangla pun datang bagitahu saya suruh sabar je dulu sebab si pompuan tadi tengah bergayut kat handphone dan dia telah marah-marah kat Mat Bangla tadi.
lepas tu....barulah dia terhegeh-hegeh keluar, baru nak swipe credit card dan baru nak pam minyak.
tak tahu nak guna pam pulak tu.
hahaha.....dalam geram, lawak pun ada.

disebabkan dia dah marah-marah kat Mat bangla tadi,
dia tak mintak tolong pun kat Mat Bangla tadi.
buat perangai bodoh sombong terkial-kial tekan pam lepas tu lepaskan berkali-kali.
tak reti nak guna penyangkut pam tu. 
saya pun dok perati je sambil sempat ambil gambar.
itu pun sebab dah boring giler menunggu dan Mat Bangla tadi pun kesian pergi tolng dia.

haha...adoi la pompuan...
len kali kalau nak bergayut lama-lama kat handphone, berhentilah di parking.
bukan kat tempat pam yang tengah busy dan banyak kereta dok beratur.
nasiblah kat belakang keta u ni, i olls.
kalau kena dengan kaki baran,
mau dah kena maki.

p/s: hairan dengan selfishnya manusia. Tiada perasaankah???






7 comments:

  1. 2 lah.. tak pelah.. kita yang menghadapi kerenah2 manusia ni lah yang kena kuat dan bersabar lebih...

    ReplyDelete
  2. lagi geram kalau depa buat muka tak bersalah....

    ReplyDelete
  3. manusia nowadays banyak dah hilang perasaan..

    ReplyDelete
  4. haishh..ngape akak xlanggar je pompuan tu..!

    geram oo kalau macam tu..daah la bahaya gayut tepon di pam minyak..!

    ReplyDelete
  5. Oh.. nasib keta belakang tu ko kan yana.. yg sabar hehehe

    serius! kalau aku.. yg kepala angin ni.. Siap HOn panjang, tak reti? i dare to come n ketuk cermin u know!! Dia ingat tu pam staten maka baka dia?? keh..keh.. ganaz kan aku ekekekke..

    *Tapi tu ikut mood. kalau mood baik.. sabor ajalah hehe

    ReplyDelete
  6. hemm tu lah kan.. MANUSIA ni mmg mcm2.. jns x reti budi bahasa pon manyak =P








    Luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  7. biasa latu..manusia. mmg kne byk bersabar nk hadapi org yg suke pentingkan diri sendiri ni ...sigh

    ReplyDelete