Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan


Ramadhan menjelma lagi.
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan tahun ni.
Jom sama-sama berniat sebulan puasa takut-takut terlupa berniat hari-hari.
Macam mana dgn sahur pertama?
saya simple2 je.
saya tengok di FB, kebanyakannya ramai bersahur dengan lauk sardin dan telur.
menu simple tapi pembuka selera jugalah.
lagi pun itu menu yang senang dimasak time mata tak berapa larat nak dibuka, ye tak?

Qisya pun join bersahur sekali tadi.
tak mengapalah asal jangan melalak sudah.
tak lalu nak mendengonya pepagi. huhu...

sebagai tradisi nak menyambut ramadhan,
saya lebihkan duit belanja Amsyar seringgit.
so, semalam duit belanja dia jadi rm3 untuk sekolah pagi dan petang.
selalunya dengan RM1 dia hanya dapat membeli nasi lemak/ bihun goreng/ nasi goreng di kantin.
air pulak bawa bekal je dari rumah.

semasa sembang dengan dia semalam..
"mama tambah seringgit ni Amsyar boleh beli apa? Air berapa posen?" tanya saya.
"air harga singgit, ma." jawab dia.
"takde air bancuh yang kena cedok-cedok tu?"
"takde. air kotak je." terdiam saya.

no wonder la kawan-kawan dia dibekalkan RM5 malah ramai juga yang RM10.
kesian sungguh saya dengan dia.
dengan membawa air masak dan RM 1 sekolah pagi dan RM 1 sekolah petang, dia hanya dapat membeli satu menu sahaja.
patutlah bila balik rumah, bising lapar.

zaman saya sekolah dulu, belanja 30 sen je dari darjah satu sampai darjah 6.
10 sen beli nasi lemak bungkus (memang kecik), 10 sen beli kuih dan 10 sen beli air.
kalau nak portion lebih sikit, beli nasi lemak dalam piring 20sen dan air 10 sen yang biasanya adalah air sirap.
kalau dah nak puasa, mak upgrade duit belanja sekolah (saya tiru mak saya le ni...hihi)
jadi 50 sen.
wah! heaven sungguh.
nasi lemak upgrade lagi jadi 30 sen, kuih cucur badak feveret saya 10 sen dan air sirap 10 sen.
kenyang gila time rehat tu. hahaha....

semalam saya tambah RM1, tiada maknanya sangat buat amsyar.
dapatlah dia beli keropok katanya.
tak mengapalah.
hati mama agak sedih, tapi mama ni nak dia belajar berjimat.
menghargai setiap sen yang dia dapat.
tapi Alhamdulillah dia tidak pernah komplen atau mengeluh.

semoga dia dapat menghabiskan puasa tahun ni.
tahun lepas tak cukup sebulan sebab tak sihat.
mudah-mudahan....

Salam Ramadhan buat semua.
minta maaf di atas segala salah silap hasil tulisan saya yang mungkin menyinggung perasaan sesiapa jika ada.
semoga ibadat di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya... :)



5 comments:

  1. zaman skarang ni kak, barang2 dekat kantin mahal..
    lepas tu sikit pula tu.. kalau sedap xngapelah.. ni hampeh..!

    mmg sian dkat budak2lah, sbb diorg lapar telan jugaklah walaupun xsedap..

    apapun selamat bpuasa ye kak.. :)

    ReplyDelete
  2. salam ramadan Yana :D

    Aku pon selalu 'terjatuh' sakit masa ramadan. tu yang sedih tu... berkobar-kobar nak puasa penuh (tolak yg masa period tu) tapi apa kan daya kalau penyakit dah datang.. kena lah dengar cakap doktor kan..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa ye kak.. semoga puasa ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.. amin

    ReplyDelete
  4. zmn skrg tak da benda yg murah, yana. Selamat berpuasa ye yana.

    ReplyDelete