Saturday, 28 July 2012

Sisterhood

memiliki adik beradik yang ramai dan selalu seia sekata adalah salah satu nikmat syurga dunia.
kakak-kakak dan adik perempuan saya adalah antara wanita-wanita yang saya kagumi di dunia ini.
merekalah tempat berkongsi rasa, dan bermacam-macam jenis kongsi lagi.
tak perlulah dinyatakan pujian lebih-lebih ini cukuplah dengan perkataan sisterhood yang biasa kita dengar.

bukan tak pernah bergaduh atau tiada langsung sessi sentap menyentap
tapi tak pernah disimpan lama.
dan paling best, langsung tak payah ada acara minta maaf segala.
cukuplah bercakap semula seperti tiada apa berlaku.
itulah cara kami adik beradik.
mak selalu pesan... 'jangan dikutip'
maksudnya, jangan sentap sikit, simpan.
sentap sikit je simpan.
akhirnya terkumpul dengki, terkumpul dendam.
bukankah akhirnya memakan diri?

setiap kali nak berhari raya adalah sedikit hadiah kecil untuk adik-beradik perempuan perempuan saya.
tapi kali ni macam pening sikit sebab banyak pilihan. hihi....

raya tahun ni masing-masing beraya dengan mertua dulu.
makanya raya kedua/ketiga baru dapat berkumpul semua.
wahhh....rasa macam tak sabar.


#kami di sesi berpoyo-poyo di hari raya 2011. haha..

p/s: sayangi adik -beradik anda. :)



10 comments:

  1. wah..semua perempuan.. nampak keakrabannya. adik beradik kalau macam ni memang seronok. saya tiga beradik je. semua perempuan jugak :)

    ReplyDelete
  2. wah...sedondon semuanya..! seronokkan ramai adikberadik perempuan..
    nur terkontang kanting seorg je perempuan..huhu

    ReplyDelete
  3. seriouslys semuanya perempuan??? wah.. unik ni... tapi yang best tu, bergaduh tak payah minta maaf.. simple je kan? tak perlu nak besar2kan sesuatu perkara tu

    ReplyDelete
  4. jelesnya.. Aku pula adik beradik 2 lelaki 2 perempuan aja.. jadi aku dan kakak aja yang ada kalau nak berpoyo2 hehehe.. tak semeriah kamu la yana...

    ReplyDelete
  5. tertinggal satu ayat....

    #abang2 dan adik saya juga telah berjaya mencari isteri yang begitu masuk sekali dengan kami berempat seolah2 mereka juga dilahirkan oleh mak kami. ekekke...

    p/s: 3 org drpd mereka ialah kakak2 ipar dan adik ipar saya. pencerahan sudah diberikan. Sekian. :p

    ReplyDelete
  6. comel je*** silap taip td :) sory

    ReplyDelete
  7. yana dah macam kumpulan nasyid daaa...sume nya cam anak dare...kuikuikuiii

    ReplyDelete
  8. yanty....hakikatnya kakak sulung kami dah ada 3 org cucu.. hihi

    ReplyDelete
  9. wah...tujuh orang kot...banyak tu... saya ada 3 je pompuan dalam adik badik termasuk saya..

    ReplyDelete