Emas dah murah?

Assalamualaikum...

ramai dah dapat bonus ni, jom ramai-ramai pakat beli emas.
dengar cerita emas dah murah.
eh? betul ke?

semasa entri ini di tulis, harga emas 916 di pasaran ialah RM185 p/gram.
mahal ke murah?
siapa kata murah....memang kayo sangatlah tu. hehe..

untuk mokcik yang tak berapo nak kayo ni,
mokcik gagahkah diri, pejam-pejamkan mata dengan penuh tekad untuk membeli rantai tangan.
reward kat diri sendiri kekdahnya atas usaha meniaga kain dan telekung macam orang Kemboja dah gayanya.

ops! ini bukan entri menunjuk atau riak ye.
cuma nak share tips-tips membeli emas dari pelbagai kedai emas yang dah saya survey sepanjang ramadhan tahun ni.

1) jangan terus membeli emas di kedai pertama anda singgah.

2) bandingkan harga di antara kedai-kedai itu.
(walaupun harga emas adalah sama, upah adalah berbeza.) 

3) sila pastikan berat emas tersebut. (boleh minta pekedai timbang di hadapan kita dan kira sendiri dengan kalkulator)

4) pastikan rekabentuk yang sesuai untuk pemakaian harian/ koleksi peribadi.

5) buat tawar menawar berkenaan upah. 

6) lebih baik beli dari kedai emas biasa daripada yang di shopping complex. Biasanya harga upah jauh lebih murah.

7) dah puas hati baru beli.

#hasil kelam kabut beli sebab teruja sangat dengan harga emas yang lebih rendah.

Ok. Hasil pengalaman saya, saya dah gagal dalam memastikan rekabentuk yang sesuai.
rasanya macam dah cantik dengan harganya.
beli sorang-sorang tak bawa sesiapa tukang penasihat yang rajin beli emas jadi macam ni la.
ikut citarasa sendiri langsung tak fikir tentang kekuatan rantai.

otai-otai di opis memberitahu,
kalau nak buat untuk dipakai hari-hari, pastikan pilih design yang lebih kukuh dan tahan.
design yang saya pilih macam di atas ni, ia terlalu banyak sambungan.
cukup jika satu saja yang weak, ia akan mudah putus.
kalau perasan masa dia jatuh tu, selamatlah masih ada rezeki.
kalau tak?
boleh nangis tak berlagulah jawabnya.

so, haruslah pergi tukar.
nasiblah Sri Pinang bagi can tukar tanpa kos dalam masa 30 hari.
hoho.....saya beli di Sri Pinang sebab dia tengah promosi RM165 p/gram untuk 6 gram ke atas.
kalau tak, mintak mahap le.
upahnya mahal. T_T.


p/s: kebaikan khasiat minyak kelapa dara bukan rahsia lagi. Dapatkan minyak kelapa dara/VCO Softgel Catalyst pada harga istimewa melalui inbox saya di FB atau sms 019-2764682. Berminat menjadi ejen amatlah dialukan. 


8 Comments

  1. tgk design emasnya cantik juga.....

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak beli emas...

    Wah.. pakai gelang baru la raya tahun ni yer..sakan akak!

    ReplyDelete
  3. Cantik gelang tu. tapi betul mcm kata yana, bila beli mmg kena tgk ketahanan jugak. Saya dulu2 naive gak bab tahan tak tahan ni. Bayangkan rantai kawin sampai 2x putus hantar gi pateri. Last2 tukar jer rantai lain sbb dah asik putus. Mmg sayang sbb ada sentimental value tapi dah asik putus jer. Lagu mana lah pulak ye tak. Nasib baik kawin bagi bangle jugak. Yg tu mmg akan simpan sampai bila2. Beli masa tahun 2005. Masa tu emas tak silap 70 lebih je kot. Murah giler...

    Ada masa jemput visit blog saya. Byk tips on penyusuan ibu, kecantikan dan kesihatan.

    Mama-iloveu.blogspot.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. cantik la yana.... huhuhu...gerammm...yanty tgh survey cincin tok mya...gewam tgknya... tapi nak bagi reward diri sendiri hurmmmm tak cukup laaa belanja jawabnya...ehehehe

    ReplyDelete
  5. haish.. geram je tgk.. nak beli tak mampu lagi...

    ReplyDelete
  6. emas murah, upah pula mahal..
    nur baru juga beli emas.. sebentu cincin.. xsampai 3ratus.. tak tahulah murah ke mahal.. beli untuk pakai hari2..

    sini segram rm175..mahalkan..!

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak yang tu..tak apa yg penting melaram emas di hari raya..kwang..kwang..

    ReplyDelete
  8. ini rupanya emas yg ko beli tu ye??

    ReplyDelete