Wednesday, 19 September 2012

Ada orang teguk air liur je...

Assalamualaikum...
terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbang ke tabung dana karpet baru Masjid Sayong Lembah.
saya cuma war-warkan saja tapi Alhamdulillah, kutipan amat memberangsangkan.
Kalaulah saya ni orang yang berpendapatan besar, lepas raya pun masih berkepuk duit, sudah pasti saya yang menjadi sponsor untuk keseluruhannya.

Apa sangatlah RM4000 jika dibandingkan mereka yang mengadakan open house raya sampai mencecah puluhan ribu ringgit.
Contoh majlis open house jiran mertua saya.
7 ekor kambing  x rm1000.
160 ekor ayam panggang x rm12 seekor.
belum lagi segala macam menu lain yang terhidang.
walaahhh.....sila lap peluh.
luasnya rezeki beliau.
rumah sendiri sampai ada beberapa buah yang suka ati ko le nak duduk kat mana.
punyalah banyak.

Sedang saya masih mengushar landed house di area Shah Alam yang harganya rata-rata buat saya teguk air liur sajalah.
entah bilalah mampunya.
Begitu juga bila kita bercerita tentang makanan best yang kita makan.
barang mahal yang kita dapat atau beli.
kehidupan kita yang nampak manis dipandang mata dan kita terlalu excited bercerita.
ada orang yang teguk air liur je.
ada orang yang jauh di dalam sudut hati berasa serba kekurangan.

ops! maaf jika sesiapa terasa.
kita sebagai blogger kadang-kadang terlupa yang readers ni datang dari pelbagai golongan.
memang menulis apa nak ditulis itu hak masing-masing.
suka hati akulah.
blog aku, bukan blog engkau...masing-masing boleh kata begitu.
tapi  sebagai blogger yang beragama Islam, perlu ada sensitiviti juga.
jangan sesekali entri kita itu diiringi perasaan riak.
rumah aku cantik, anak-anak aku comel dan hebat, prinsip hidup aku best, aku seorang yang berjaya dalam hidup, kerjaya aku hebat, pasangan hidup aku cantik/hensem........wajiblah aku tayang.

sama-samalah kita saling mengingati sesama kita supaya tak terjebak menjadi blogger yang suka riak.
eh? ada ke? 
jom sama-sama muhasabah diri.


10 comments:

  1. pasal teguk air liur. aku skang ni sgt susah. memang selalu teguk air liur jer...

    ReplyDelete
  2. Rapunzel Cikilolo.....lepas raya pehtu gaji pulak terasa sangatlah lambatnya masuk, memng teguk ayor liur je la nengok menu best yg ditayang. huhu....

    ReplyDelete
  3. jgn cakap lepas raya kak..sebelum raya aku dah pokai..waaaaa..

    ReplyDelete
  4. Ym.Bundle.... ha'ah. Betul jugak. Tiap bulan pun akak sengkek rasanya. kikiki..

    ReplyDelete
  5. rasanya kalo nikmat yg tuhan bagi tu tak perlu la nak tayang2 kat orang dengan niat nak menunjuk2..kalo tuhan tarik balik kejap je..kadang2 tengok keta yg mahal rasa macam nak tukar je..tapi bila fikir balik syukur la daripada takde keta langsung..

    ReplyDelete
  6. hmMMm...mmg berisi sungguh entry kali ni...
    tapi mmg benar apa yang diperkatakan...sumtimes kita tak sedar...kita sebok cerita pasal kehebatan diri sndiri...
    walaupun takder niat nak riak atau apa², tapi akan ada pembaca blogger yang akan terdetik "eehh...untung nyer dier...nak jugak..."
    oopppsss.....!!~

    psstt: peringatan utk diri sndiri jugak...

    ReplyDelete
  7. laam x jenguk sini.. hehe lain org lain ragam. kl aj ade dui byk pun teringin jugak nak menyumbang macam tu

    ReplyDelete
  8. betul tu Cik Yana, tak semua benda nboleh dikongsi kat alam maya ni..pelbagai org membaca feedback pun mcm-mcm.. Yg penting rezeki allah bagi

    ReplyDelete