Amboiiiihh! Banyak kali dah ni!

Ini untuk kali ke 4 saya terkena semenjak saya ada kesedaran sivik menyemak semula resit pembelian saya di Giant.
Yang bestnya....berlaku dalam tempoh kurang setahun.
Pasaraya yang sama ok.

Ceritanya semalam, semasa saya shopping di Giant lepas balik kerja.
Saya ternampak promosi air F&N.
Katanya boleh pilih mana-mana 2 botol pada harga RM 4.29.
tulisan besar promosi ditampal pada botol-botol air kat situ.
harga sebotol RM2.99.
Wah! ok le tu kot beli buat emergency kot-kot tetamu datang tak sempat bancuh air ke.
hidang je air nie, pastu bubuh air batu.
senang.

Jadi, saya pun masukkan dalam troli dua botol.
Dalam hati dah terdetik rasa tak sedap hati.
maklumlah sebab dah kena beberapa kali sebelum ni pasal produk promosi yang bila sampai di kaunter, harganya tak promosi pun.
So, saya pun letak botol air nie dulu di kaunter semasa nak bayar.
biar nampak item ini dulu kat resit.
senang nak check.

#resit pembelian semalam

Sekali, benar seperti yang diduga.
harga normal.
takde promosi seperti yang ditampal kat longgokan air botol tadi tu.
hoho...
ini sudah lebih.
4 kali, ok.

Geram sungguh saya.
walaupun nilainya tak sampai rm2 tapi saya tuntut juga di servis kaunter.
alasan diorang .. TERSILAP TAMPAL.
kemoonnnn.......semedang sangat dah salah tampal.
kes saya yang sebelum ini, kabinet 3 pintu untuk baju Qisya.
beza dekat RM30 tau.
itu pun sebab TERSILAP TAMPAL.

Kita beli sebab harga promosi yang lebih murah,
tapi bila masa membayar, harganya bukan seperti yang dipromosikan.
Rasa tertipu, tak?
Itu bagi orang yang semak harga.
Kalau tak semak?
Berapa banyak yang rugi?
oh, emo sebentar diriku ini.

Ok Giant.
silalah pastikan pekerja anda sentiasa mengemaskini harga barang.
jangan asyik TERSILAP TAMPAL.
buang masa pelanggan tau.

Untuk tips hari ini,
sila dahulukan pembayaran barang-barang yang dipromosi supaya senang disemak.
tak kisahlah di mana pun.
ingatlah, setiap sen duit kita adalah terlalu berharga untuk dibazirkan.
Sekian.



21 Comments

  1. Dah banyak kali dah terkena >,< sampai sekarang kalau ade promosi mcm dah tak percaya sangat . .

    ReplyDelete
  2. selalu terjadi. kadang buat promo iklan, tulih atas iklan lain, harga kat resit lain pulak. nasib sy baik ari tu adik kaunter tu pulak yg tolong komplenkan utk saye...


    ReplyDelete
  3. saya puji sikap cek balik resit ni. penting untuk kita sebagai customer. kes tersilap tampal ni memang tak patut

    ReplyDelete
  4. kalau pasaraya giant ni kak, kat sini pun selalu tersilap...! alasan je tu..

    byk dah nur dengar komplen pasal harga barang di giant ni...

    ReplyDelete
  5. mmg betol jgn mudah tertipu & terpedaya.

    ReplyDelete
  6. ada ciri2 penipuan tu kak yana
    report je kat KPDN tgk cam ner jadinya
    biar gelabah sket Giant :)

    ReplyDelete
  7. pernah kena jgk..
    terus pegi report kat kaunter lh jwbnya..

    ReplyDelete
  8. warghhh licik yerk diorg nak menipu...tak kan asik tersilap jerk tak....huuhuuu

    ReplyDelete
  9. da slalu terkono..kdg2 g scan dlu hrge bwu byr >.<

    ReplyDelete
  10. memang tak patutlah gitu..ayu belum kna lg..xnpmk lg kes gini

    ReplyDelete
  11. bukan kat giant jer. kat tesco pun nak kena hati hati. cam kat tesco kena tengok betul betul kod bar dia. jgn sampai salah kod bar.

    ReplyDelete
  12. tesco pun selalu jugak alami benda yang sama..

    ReplyDelete
  13. erk..thanks kak sbb ingatkan benda ni..

    ReplyDelete
  14. menyirap jgk mendengar kisah kak nih

    ReplyDelete
  15. tq for the tips... giant ni suka menipu org

    ReplyDelete
  16. biase gak kena ni huhu :P sakit hati

    ReplyDelete
  17. Penah kena gak kak.. Pasnu nk p beli brg kat kedai runcit je.. Pnipu punye pasaraya!

    ReplyDelete
  18. tersilap tampal bukan alasan yang kukuh...

    ReplyDelete
  19. bikin hangin..kite pon penah kena..apelah dorang ni, keje mcm tanak keje, cian kt customer mcm kite2 ni kan, huhu..

    ReplyDelete
  20. jarang pergi Giant. lagi rela pergi tempat lain. lagi murah adalah. huhu

    ReplyDelete
  21. memang.....
    kalau x check jadi lah cm tu...
    senang2 je dorang nie...

    ReplyDelete