Friday, 7 September 2012

Hah? JONGKONG yang sedap?

Mari kita lupakan sebentar dua entri yang bikin panas sebelum ini.
kalau jadi lagi, kita hapdet lagi kaw kaw punya.
sekarang jom kita rilekskan minda di petang Jumaat yang best.
esok dah nak cuti-cuti dan makan-makan di rumah terbuka yang panjang sungguh listnya.
tak tahu nak pergi mana dulu. huhu..

Kebelakangan ni ramai sungguh yang bercerita pasal emas.
beli saham emas.
beli jongkong emas.
beli barang kemas.
hambeekkkk......semua kayo-kayo belaka.

tapi kawan-kawan, adik kakak abang makcik pakcik sekelian....
sebagai umat Islam yang mengikut ajaran Islam,
hendaklah kita mencari yang halal.
jangan kerana nak untung, tanda RM dah berjojol depan mata...
habis semua soal halal haram tolak ketepi.
tak baek begitu ya.
nak pastikan, silalah dapatkan maklumat yang betul sebelum melabur dan membeli.
insyaAllah....selamat dunia akhirat.

adoyaii....berceramah la pulak petang-petang ni.
apa-apa pun, tugas sebagai muslimat untuk saling memperingati tertunai sudah.
ini pun untuk memperingati diri sendiri juga.
(janganlah sesiapa merasa diriku ini seperti retis yang excited kerana baru berhijrah. hehe..)

cerita bab jongkong,
selain jongkong emas yang menjadi pujaan manusia...
ada satu lagi jongkong yang best dan turut menjadi pujaan saya.
KUIH JONGKONG namanya.


 #Kuih jongkong dibungkus begini.

Saya sangat sukakan kuih ini.
dibungkus kemas seolah -olah sejenis kuih yang berprofile tinggi.
(ecewahhh...)
tapi memang pun.
time bulan Ramadhan sahaja baru berjumpa dengannya.
nampak special gitu.


#bungkusan kuih dibuka, maka terlihatlah isinya yang sangat yummy.

Kuih ini diperbuat daripada tepung ala-ala kanji sumsum yang sangat lembut.
gula yang mencair dan santan yang agak membeku semasa proses mengukus menjadikan gabungan ini sangat mantap sekali.
tambah-tambah jika disejukkan dulu di dalam peti ais sebelum memakannya.
rasanya masyaAllah.....
sangat lembut, segar dan nyaman di tekak ini. :p

Tapi untuk saya yang agak cerewet bila bab kuih,
selalunya saya hanya percayakan kuih jongkong yang diperbuat oleh makcik-makcik yang dah professional bab kuih-muih purba ini dan berasal dari negeri Perak.
kalau setakat berniaga tangkap muat di bulan Ramadhan, kebiasaannya rasa kuih ini pasti mengecewakan.
saya pun tidak tahu kenapa.
itu sebabnya saya katakan kuih ini adalah kuih berprofile tinggi dan sangat istimewa.
susah nak jumpa, yang tukang buat pun kena professional juga.

oh, tetiba teringin la pulaaak.
-__-




14 comments:

  1. hahaha.. ingat emas je ada jongkong, kuih pun ada jongkong juga ye??hehehe. tak pernah tau pulak pasal kuih ni

    ReplyDelete
  2. Kuih ni memang susah nak jumpa kan. Tapi kuih jongkong ni memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Boni.....tu yg akak bagi tau ni. Pasal akak yakin ramai yg x tau... :)

    ReplyDelete
  4. Syani....memang, kan? Sedap betul. tetibe teringin pulak petang ni. hehe

    ReplyDelete
  5. ok..! akak berjaya buat nur kecur liur..!

    teringinnyaa...!

    ReplyDelete
  6. kuih jongkong?
    kenapa agak lembik? hehhe

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan jongkong ini.

    Tapi dulu pernah nampak makanan di bungkus seperti itu. ada yang berisi pais ubi ada yang berisi pais pisang. Ada yang berisi rojak mihun pun ada juga!!

    ReplyDelete
  8. wowww. hahaha mcm sedap jee. tak sangka ada kuih gini namanyer haha

    ReplyDelete
  9. Jongkong ni saya mampu beli...hehehe

    ReplyDelete
  10. sib baik bukan time puasa...kalau tak...confirm terliur gilerrrr...he3

    http://skuterlady.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Macam tak penah makn je kuih ni....
    Nampak sedap... Yummy....

    ReplyDelete
  12. Bile makan kuih ni... tepung tu seolah2 mencair dlm mulut dgn rasa lemak manis..ni la kuih favorite zaman kecil2 dulu...

    ReplyDelete
  13. Bile makan kuih ni... tepung tu seolah2 mencair dlm mulut dgn rasa lemak manis..ni la kuih favorite zaman kecil2 dulu...

    ReplyDelete