Monday, 3 September 2012

Hari Rayaku di tahun 2012

Assalamualaikum..

Nampaknya blog ini sering terabai sejak Ramadhan.
Maafkan daku ... :p
Cerita baaaanyak!
Gambar pun baaaanyak!
disebabkan terlalu banyak dan rasanya macam tak tercerita tau u olls.
(ecewahhh....poyo la pulekss... haha)

makanya tahun ni, cerita raya dirangkumkan saja.
rasa macam tak dapat nak bercerita detail macam tahun lepas.
alaaa......kronologinya sama.
berhari raya di kampung, pastu berhari raya di KL, pastu berhari raya di tempat kerja, pastu busy attend open house merata-rata selagi tak habis syawal.
memang turutannya sama cuma lain giliran, lain baju rayanya dan sedikit pertambahan ahli keluarga.
lagi pun, cerita yang dah lepas-lepas ni tak berapa best macam dah basi.
nak pilih gambar pun satu hal juga.
terlalu banyak dan di macam-macam kamera.
adoiiii......wajiblah beli hard disk lepas ni. huhu..

ok...
mentang-mentang dah lama tak menaip kat blog, menceceh terlebih pulak.
well....nak buat macam mana,kan? it's me. hehe...
here we go....

Tahun ni turn encik hubby.
Alhamdulillah.......kami sekeluarga dapat berkumpul semua dan beraya di rumah Embah/ nenek encik hubby di Sabak Bernam.
Semua adik-beradik ada dan bertambahnya seorang ahli keluarga iaitu baby Ariq.

#anak-anak dan menantu-menantu Prof Hamim. kat belakang tu kelihatan kelibat embah yang bertongkat. Alhamdulillah ...embah masih sihat. Semoga panjang lagi usia embah yang disayangi.


 #aktiviti selain beraya yang kerap dilihat. Budak-budak melayan gajet-gajet. Itu tak lain dan tak bukan si Amsyar dan Ryann yang asyik sangat mengadap iPad. Amboi Qisya......pakai kasut dalam rumah? huhu.. (kes dah letak gambar baru perasan)


#Cucu-cucu Umi dan Tok Bah di Hari Raya kedua. Ariq belum boleh join sebab masih kena pangku. Selebet betul si Qisya sebab taknak ikat rambut.

So, beraya sana sini di sebelah keluarga encik hubby di Sabak Bernam sampai raya kedua.
Beraya di daerah ini, kebanyakan rumah menghidangkan air berkarbonat tu.
Sangat manis dan perit tekak dibuatnya.
Jadinya saya agak kurang minum air ketika beraya.
tapi makanan Jawa adalah best sebab lontong dan sambal tahun adalah feveret saya.
makan sambal tahun di rumah salah seorang wak/makcik encik hubby buat saya rasa telinga naik berdengung.
Pedas sangat, tau.
Tapi memang sedap.

Raya ketiga baru balik beraya di Kuala Kangsar.
Lepas subuh terus gerak sebab taknak jem.
Sampai-sampai rumah mak, tengok diorang semua berkumpul di kolam ikan belakang rumah mak.
Rupa-rupanya buat aktiviti tangkap ikan.
Walaahhhh.....kemain seronok cucu-cucu opah menangkap ikan.
sampai ada ikan yang pening sebab kena pijak dalam kolam. hahaha..

 #Sebahagian hasil tangkapan ikan di Hari Raya ketiga. Besor-besor ikannya tau. Siap melompat lagi ikan kaloi tu ha...


 # a very big catfish with my big brother in law....hehe..

Ikan-ikan tu dibuat ikan bakar.
Telur ikan dimasak pais.
alangkah sedapnya dicicah dengan air asam.
teringat-ingat ni tau.

Maka berulang lagi aktiviti beraya sana sini.
tapi kali ni keluarga sebelah saya pulak.
especially sebelah mak saya.


 #Pak Halim's doters yang tak cukup korum pergi beraya.

Habis beraya di kampung, balik beraya di Lembah Kelang pulak.
rumah pakcik makcik saudara-mara gitu.
buat baraan adik-beradik sebelah encik hubby.
letih tapi seronok sebab pergi raya konvoi beramai-ramai.

Kat tempat kerja pulak, buat rumah terbuka pada Rabu lepas.
Temanya English style.
Memang gojes la event Rumah terbuka kali ini sebab dalam taman.
semua gerai penuh bunga-bungaan.
siap ada gazebo kecik kat atas meja gerai masing-masing.
kemain ko nak habaq. ekeke..


 #menu sampingan kami, apam polkadot dan coklat hasil buatan kami sehari sebelumnya. Cantik tak hasil dot-dot atas apam tu? Hasil tangan sayalah tu. Wakaka.....itu pun nak ngengada nak kabor. First time buat, tau. Tu yang teruja lebih tu. :p


# big bos dan pemandangan dari dalam gerai kami. Memang deco tahun nie paling cantik rasanya.


#first time juga nak pakai baju raya sama bertema polkadot. Kemain wehh.... 
tapi tak menang pong....hahaha...

Banyak lagi open house yang belum pergi.
kalau ada yang best, boleh tepek lagi kat blog.
kalau setakat adegan makan-makan depan balang kuih raya, tak payah la kot.
itu pemandangan yang bosan dah kot time raya2 ni. hehe...

ok.....Selamat Hari Raya...
sape-sape nak buat open house tu jangan lupa jemput tau.. :D




5 comments:

  1. wawawahhh...meriah betul raya akak..!
    seronok nur tgk.. :)

    ReplyDelete
  2. warghhh siap anauce nak dtg open house...meh...meh dg umah yanty meh....ehehehee

    ReplyDelete