Nilai 25 sen

Assalamualaikum...

Apa sangatlah nilai 25 sen?
dapat beli gula-gula hacks sebiji kot.
nak beli kuih seketul, kirim salam jelah.
di pasar tani tempat saya dah jadi 50 sen sepotong.
itu jenis kuih yang talam-talam atau dalam pelengat.
kalau yang berbungkus dan pisang, dah jadi 70 sen seketul.

hamekk....hadap je lah inflasi yang mencanak naik ni.
(kan ke best kalo gaji naik, tapi harga barang tak naik..huhu...)
maka persen nak jadi orang yang senang lenang berdasarkan gaji semata tak dapek la.
malam ni, announce naik gaji....esoknya barang-barang pun naik sama jugalah.

kalau minyak pula.
harga RON 97 yang naik, walau 90% rakyat Malaysia menggunakan RON 95,
jangan risau.....harga barang akan tetap naik dengan jayanya dan tanpa segan silu.
sekali lagi, hadap je laaahhh..
bukankah kita warga malaysia yang baik?
jangan demo2....nanti orang benci ko, kekdahnya.
keh keh keh...

mari kita kembali ke isu 25 sen tadi.
saya tak tahu kenapa.
bila pergi pasar malam/tani tu, teringin nak makan apa yang berkenan di hati, beli saja.
duduk di ruang tamu tapi lampu di dalam bilik air dan bilik belakang menyala, biarkan saja.
bila bil elektrik meningkat, bayarkan saja.
tambah pakej Astro...oh tak apa. Hiburan di rumah katanya.
beli tudung mahal... (ehem....murah dari Fareeda tau)...pegi saje-saje tambah manik.
kengkonon nak tambah seri kekdahnya, tak terasa apa-apa.

tapi.......ye TAPIIII..........
bila mengadap akaun Nuffnang yang hanya naik 25 sen demi 25 sen....
baru ko tau macam mana nilainya.
kah kah kah....

sadis, kan?
sila beri perhatian dengan nilai 25 sen anda selepas ini.




8 Comments

  1. kalau hari2 kumpul 25 sen ni boleh jadi besar nilainya....
    sekarang nak bagi kat peniaga lepas beli barang tak nak kalau boleh.....

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kalau account nuff nek 25 sen je memang sedey...

    upss.. mcm terasa je sebab baru last month tukar pakej ASTRO.

    saya follow kamu yer

    ReplyDelete
  3. hehehe. tak pernah amek tau hal nuffnang dah...

    ReplyDelete
  4. 25sen itu lah yg sy slalu harapkan dr nuff . hahaha !

    ReplyDelete
  5. 25 sen daripada nuffnang tu sangat penting sebenarnya..hehehe

    ReplyDelete
  6. hehehehehehe.......akhirnya Nuffnang juga yang betul...
    Saya sokong..

    ReplyDelete
  7. untunglah yg keja gomen.. kalau naik gaji kurang2 ada duit nak tepis kenaikan harga barang. yg kami swasta ni.. bila gomen naik gaji kami gigit jari nak tanggung harga barang yg melambung tak henti-henti.. :(


    ReplyDelete