Paling hilang akal dalam sejarah!

Pukul 8.15 malam 28 Oktober 2012.

Sepasang suami isteri sedang sibuk berbincang sama ada nak masuk line touch n go atau nak u turn. 
Lokasinya betul-betul di hadapan tol Plus Kuala Kangsar dan bersebelahan ruang u turn.
Lama kereta itu tersadai di tepi jalan kerana penghuninya sibuk membuat pengiraan matematik jumlah kereta yang mungkin masih berada di highway sedang kedua-dua anak mereka sudah hanyut di lautan mimpi.
Fikir dan terus memikir sambil terus memerhati status kawan-kawan di facebook.

"Atok dari Sungai Dua dari pukul 10 pagi tadi sekarang baru kat Sungai Buloh." si suami bersuara.

satu demi satu status update di screen iPhone dibacanya.

" Si... (entah apa nama kawan si suami, si isteri sudah terlupa) dari Taiping dan sekarang masih tersadai di R&R Sungai Perak!"

Pening terus si isteri mengenangkan esoknya kena kerja dan anaknya harus ke sekolah.
Cuti yang berbaki tidak beberapa hari memerlukan bajet yang agak tinggi untuk cuti sekolah hujung tahun nanti demi urusan anak lelaki tunggalnya.

Lalu, diangkatnya telefon dan terus menekan nombor adik ipar yang juga sedang melalui highway Plus tapi menghala ke utara.

"Macam mana ni maksu?" beliau terus bertanya.
"Kereta banyak sangat ni..." dan belum pun sempat perbualan disambung....terdengar suara pemandu di sebelah yang merupakan adik bongsu beliau berkata.... 
"jangan masuk highway!! dari Taiping dah slow sangat ni!"

Tidak perlu lagi menyambung perbualan lantas terus menekan nombor mereka yang berkenaan untuk memohon tambahan cuti.

"Abah, jomlah balik umah mak. Mama tambah cuti sehari lagi." beritahunya kepada si suami.

Maka, itulah hari yang menjadi sejarah di mana belum pernah lagi terjadi ketakutan yang begitu tinggi terhadap traffic jammed di highway.
Soalan matematik itu sebenarnya sudah terjawab awal di mana terlalu banyak kenderaan yang masuk dari tol menghala ke bandar Kuala Kangsar sehingga menuntut polis traffic bertugas di malam hari.
Sedangkan di Hari Raya Aidilfitri pun belum pernah terjadi situasi sebegini.
Tapi begitulah nekad sepasang suami isteri itu tadi,bersemangat sungguh memastikan situasi sehingga di depan gerbang tol!

Bila bercakap tentang hal traffic jammed di highway, si suami sering menggunakan ayat 'hilang akal ke hape..'.
dan malam itu, kiranya ia adalah yang paling hilang akal la ye? :p



12 Comments

  1. wooww betol2 trok jem kaan...

    ReplyDelete
  2. mmg hilang akal bila jadi gitu...
    cuti hujung minggu juga, semua pakat balik kg...

    ReplyDelete
  3. ape pun tak bolehh. hahha

    ReplyDelete
  4. hekhek. hilang akal but reasonable :)

    ReplyDelete
  5. akak dari gua musang,kelantan...ari ahad tu,nk blk kulim...ke utara jem jugak tp boleh dimaafkan..ke kl...mega punya jem...kesian..kereta mcm tak bergerak langsung..kata suami..kalau la helikopter tu murah...dah ramai org beli...akak kata,nnt jem kat udara pulak hehe

    ReplyDelete
  6. hhehee... tu mmg takut jem betul. tapi saya pun takut jem gakk... takut tetiba nak terkencing.

    ReplyDelete
  7. tahun ni.. amat teruk jem.. baik dari utara.. baik dari selatan.. apetah lagi.. pantai timur.. kan..

    ReplyDelete
  8. sana sini semuanya macam tu.. haha!

    ReplyDelete
  9. nasib aku tak balik jitra..jem teruk sgt ye kak..haha

    ReplyDelete
  10. Diorg berpusu2 nak masuk tol kuala kangsar sebab tak nak sangkut jem dekat atas bukit berapit.. bila semua bfikiran mcm tu, tol kuala pun boleh jadi sesak luar biasa...


    ReplyDelete
  11. nampak gayanya ni...saya kena cari calon isteri satu daerah je ni...adeh...

    ReplyDelete