Taman Tasik Perdana yang nostalgia

Bulan Oktober ni setiap hujung minggu dah ada jadual.
Kena attend majlis kenduri kawen dan majlis sosial yang lain.
Nak plan untuk sendiri tu tak dapek la.

Salah satu majlis last weekend yang kami hadiri terletak berdekatan di Taman Tasik Perdana.
apalagi, terus ajak encik hubby datang ke sini.
Banyak nostalgia tau tempat ni.
di sinilah taman kuliah saya sepanjang saya menjadi budak landskap.
tiap Sabtu akan ke sini untuk kelas introduction to horticulture.

teringat pulak kat Mr David yang suka membuli kami.
dia ajar kami pokok-pokok yang sudah matang dan dewasa.
tapi bila test, dia tunjukkan kami anak-anak pokok.
kena jenis palma yang konfem2 tegak sebatang dan ada pucuk daun je pulak tu.
adoiiii......tensi. 
kalau rumput pulak lagilah.
diletaknya dua helai daun cinonet je.
geram betul kitorang. hahaha...

itu kenangan dulu-dulu zaman remaja yang indah.
bawa bekal makan ramai-ramai di taman sementara menunggu Mr. David sampai.
lepas habis kelas, meronda pulak di KL.
seronok ajelah kalau aktiviti dengan kenkawan ni.

selepas berbelas tahun, saya datang lagi ke sini.
kali ni dengan encik hubby dan anak-anak pula.
feeling? mestilah happy.
nak tau sangat macam mana keadaannnya sekarang.
masih cantik lagi,kah?

 #sampai-sampai je.... berlarian dua beradik ni tak sabar nak masuk taman.



 #abang! abang! tuyun laaa...... jerit si Qisya. hehe


 #hoih....penat woo berjalan dalam tu. Last2 naik bas kecik macam trem kat zoo tu. Bayarannya RM1 seorang. Semata-mata kami je kat dalam bas tu. Dapatlah meronda taman tasik tanpa perlu berpenat.


 #pelancong asing yang ramai lepak kat sini.


#bas ni siap bawa ronda pusing Muzium Negara lagi. Sekarang ni sedang diadakan pameran tentang Perawatan Tradisional. Pameran bomoh-bomoh le kot. Kami tak turun kat sini. Nantilah lain kali bawa Amsyar ke sini. 


 #teringat adegan arwah P. Ramlee dalam cerita Masam-masam manis kat sini.


 #erk! Balik kenduri kawen berbaju kurung meronda Taman Tasik nampak mcm preggy 9 bulan. wakaka...
Qisya melalak masa ni sebab gayat. Ok. Ini first time pose letak tangan kat dagu, hoccay...terserlah kepoyoan di situ. LOL...


 #Qisya ni cepat teruja kalau nampak budak-budak lain. Friendly kemain ...
Busuk-busuk pun Tagetes Patula, ia tetap bunga yang menawan. Maka haruslah amik gambo di sini..



 #seronoknya berlarian...


 #saya suka la beca buruk tu. Ala-ala taman di English Garden.


 #masa nak snap piccy yang ini, ada tourist Jepun yang suka sangat tengok Qisya. Kawaaaiii je disebutnya. hehe..




 #suka kemain la si Amsyar tu..


#yeayyy....kami dah sampai di sini...

Rasa tak puas ronda kat sini sebab lepas tu kena pergi majlis birthday anak kawan pulak.
tak dapatlah nak menyinggah di taman Burung dan yang lain-lain tu.
semalam encik hubby ajak pegi sana lagi.
eh? suka pulak dah.
nama je orang KL encik hubby saya ni. 
KL pun tak habis ronda, camno.
ok....weekend ni, jom!




8 Comments

  1. last datang sini dulu sebab ade join game explorace..tinggal lake garden ni je lagi kawasan hijau tengah kl..jgan jadi pembangunan jugak udah la..

    ReplyDelete
  2. sebut pasal tasik perdana, masa sekolah dulu aku pernah buat ukur tanah oouh kat kawasan bukit die. memang nostalgia :)

    ReplyDelete
  3. Yana..akka pun biasa jugak,pas blk kenduri...merayap dgn baju kurung..kalau ke shopping kompleks tu ok lagi...ni ke pantai la,segala hutan belukar la...

    ReplyDelete
  4. pernah dtg sini mmg best, penat betul berjalan...x habis2 asyik beli air saja...

    ReplyDelete
  5. ah.. betul! memang cantik la.. nasib jauh. lau tak tiap minggu aku pergi :D

    ReplyDelete
  6. masih menenangkan lagi tempat ni kan..

    ReplyDelete
  7. alahai qisya dok sesorg cam tunggu org ngorat jerk...eheheheeee

    ReplyDelete
  8. lain beno kalau tgk dalam citer p.ramlee tu ye kak..skarang mmg byk berubah..!

    ReplyDelete