Wednesday, 14 November 2012

AES mendidik rakyat?

*AWAS: Ini bukan entri dari wakil parti politik mana-mana pun.


Semalam lepak-lepak kat rumah mertua dan sembang-sembang la kami adik-beradik.
Dah sembang-sembang, maka terkeluarlah cerita biras saya yang hampir kemalangan ketika pulang dari Nilai.
Masa tu hanya dia berdua dengan baby Ariq sahaja.
Seriau rasa di hati mengenangkan gambaran yang diceritakan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.
Toyota Harrier di depan keretanya terkena lampu kamera AES tu.
Disebabkan terkejut, Harrier tersebut cuba brek mengejut lantas hilang kawalan dan terhempas di kiri kanan jalan dan hampir mengenai kereta biras saya yang sempat brek dan berhenti di tengah-tengah highway.
Lagi sikiiit je.

Ya Allah...

#Syukur Alhamdulillah mereka berdua tidak mengalami apa-apa kecederaan. Malaikat jaga Ariq insyaAllah.

AES oh AES....
tiada maknanya ko dapat mendidik rakyat.
buat rakyat bengang lagi ada la.
Bila ada menteri cakap AES dapat mendidik rakyat, mual terus rasa tekak ni.
Sendiri fikirlah.
Yang selalu kena saman tu, puak-puak yang pakai kereta besar.
Lepas tu bawak pula laju-laju.
Kalau kena saman pun tak kisah sebab mampu bayar.

Bagaimana dengan rakyat marhaen macam saya ni?
Dah tentu-tentu terdidik sendiri supaya bila memandu ikut je hadlaju yang ditetapkan.
Tak nak lagi cari pasal nak bayar saja-saja lagi kat kerajaan.
Apatah lagi pulak nak bayar saja-saja pada si kroni AES yang dah tentu hidup kaya-raya.
Cukai kereta kancil je pun dah macam hilang akal je jumlahnya bila dicampurkan.
Belum lagi bayaran tol yang mencecah ratusan ringgit setiap bulan.

*(ya. anda hidup di negara yang aman damai sila bersyukur dan berterima kasih. <-------kata satu pihak.  Walaupun duit anda dirembat secara senyap dan di sebalik senyuman serta kata-kata manis si yang mendapat mandat??<------kata satu pihak yang lain.)

Itu baru bab AES ya kawan-kawan.
Oh. Tetiba rasa macam stress pulak tulis entri ni.

OK bai.



7 comments:

  1. saya setuju sebab benda tu mengejutkan orang.

    tapi kalau kita ikut had laju,tak jadi masalah,cuma pemandu lain yang berdegil tak nak ikut hadlaju lah yang akan menyebabkan kejadian seumpama tu berlaku dan bagi kesan pada orang lain.

    ReplyDelete
  2. betul².. sy terkena minggu 2 minggu lepas.. memang terkejut.. flash dia macam ada kilat.. memang sangat-sangat terkejut.. huhuhu.. bahaya!

    ReplyDelete
  3. gerun pulak baca...mmg geram sampai tmpt AES je org dok brek2.bawak 50-60 km/j. didik time depan AES je. lepas tu pecut semula...peduli apa diaorg kan...

    ReplyDelete
  4. adeh..yg keta tu pi brek buat apa eh..bahaya betul..mcmlah brek tu boleh hilankan saman yg dah kena tu..!

    dah tu mbahayakan pemandu2 lain.. ee..!

    stuju kata akak, kita ni mmg sedia kala terdidik bila di jalan raya..
    nak saman saman keta yg besar2 yg laju2 lagi kaya tu..!

    ReplyDelete
  5. diam tak diam sebenarnya dorang telah menambahkan lagi api kemarahan rakyat sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. tarik nafas slow-slow... jgn stress Yana .... aku faham perasaan ko.

    ReplyDelete
  7. sabar2, kita doa jelah semoga orang yang luluskan AES tu menjadi lebih baik dan lebih bertimbang rasa kepada orang lain.

    dont stress yourself k. =)

    ReplyDelete