Sunday, 18 November 2012

Antara kisah di Palestine, Syria dan bunga api di Malaysia

Saya sangat hairan sebenarnya.
Sedang wall FB saya dipenuhi dengan gambar-gambar seperti di bawah..

#seperti ini....

#sebegini..... (ya Allah....sebaya Qisya anak kecil ini...)

Dan macam-macam lagi gambar seangkatan yang tak sanggup saya letakkan di blog saya ni,
ada banyak juga status gedik yang bertaburan di FB.
yang seronok berkaraoke la...
yang mengajak layan AIM la..
dan macam-macam lagi.
Tak bolehkah bersatu hati demi keprihatinan kita terhadap saudara seIslam kita yang berada dalam sengsara di ketika ini?

Paling saya tak boleh hadam, ada pulak golongan yang menyokong kuat sangat komen tentang 'kita patut bersyukur sebab kita hidup dalam keadaaan aman di bawah pemerintahan bla bla bla..."
Hampagas betul punya pemikiran.
Di bawah pemerintahan?
Hidup kita di dunia ni hanyalah sementara, semuanya boleh ditarik balik secara tiba-tiba oleh Allah SWT.
Kalau hidup asyik nak bergembira saja sebab bersyukur Malaysia ni aman damai tapi sentiasa lalai dan lupa nak muhasabah diri, silap haribulan lingkaran gunung berapi yang elok je tak kena Malaysia boleh tetiba melintang kat banjaran Titiwangsa.
Nak ke?

Seorang Tan Sri yang baru balik haji pulak lebih sibukkan padang bola takut rumput rosak daripada isu semasa.
Hek elleh...
kamon la.....negara pencetus k-pop yang bukan beragama Islam pun boleh ambil berat pasal Palestine.
nak bukti?

#ni ha...protes dari rakyat Korea Selatan.

Memang la ada makhluk yang jenis suka condemn entri atau status-status mengenai Syria dan Palestine ni konon-konon pong pang je lebih.
Jika presiden Mesir sering ditanya kenapa tak hantar saja tentera Mesir ke Gaza,
beliau telah pun menghubungi sendiri pemimpin-pemimpin dunia yang lain memberitahu tentang penentangannya terhadap serangan ke atas Gaza.
Ini adalah untuk peringatan bahawa tindakannya selepas ini dan akan datang akan lebih difahami.

Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan?? 
Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita? 

Allah Taala berkata :

(Maksudnya)
"Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."
[Al-Baqarah: 134] 


Kalau nak tahu perkembangan di Palestine, boleh klik di SINI
Nak lepak kat page IDF bagi Israeliat panas bontot  pula, boleh klik kat SINI

p/s: hati sedang rawan yang menaip dalam kebisingan dentuman bunga api Deepavali yang masih meriah di kawasan perumahan saya.


10 comments:

  1. serupa la kita...dum dam dum dam tiap2 malam...kaya betul depa,dok bakaq duit....

    ReplyDelete
  2. tak tergamak nak tgk lama-lama gambar tu yana.. nak nangis rasanya..

    ReplyDelete
  3. yup. kat sini sibuk dengan bunga api. tapi kat sana realiti. ngeri...

    ReplyDelete
  4. dekat sana dentum dentam diorg dalam ketakutan.. kat sini dentum dentam keriangan..mmg berbeza.

    nur bukan tak amik peduli, tapi kasihan n sedih bila tgk pic ank2 kecil yg maut dalam keganasan israel laknat tu..!

    mana yg gambar atau doa2 untuk palestin nur ade sebarkan di FB..

    ReplyDelete
  5. yup. di malaysia rakyatnya risau harga barang naik, trafic jam hari2 n macam2 lagi yg tak penting. tapi kat sane, mereka nak bukak mata pun takut. jemput baca entri baru.

    http://hundrednotes.blogspot.com/2012/11/antara-meriam-air-mata-dan-doa.html

    ReplyDelete
  6. kite patutnya bersyukur sbb Allah tidak menguji kita mcm dekat palstin ..

    ReplyDelete
  7. Subhanallah......kejam nyee dunia!

    ReplyDelete
  8. tak sanggup menatap gamba-gamba ini.. moga mereka semua selamat dari kekejaman..

    ReplyDelete
  9. memang malu juga rasanya bila negara korea menyokong palestin tapi kita kat sini sibuk enjoy sana enjoy sini...

    ReplyDelete