Wednesday, 7 November 2012

Bercerai susu cara saya

Apa punya tajuk entri daaa...
memang tengah pening.
nak letak cara-cara memberhentikan susu badan, tak ada banyak cara pun.

Cuma nak share pengalaman semasa Qisya mula bercerai susu.
Qisya berhenti menyusu badan pada umur 2 tahun 3 bulan.
memang payah sebenarnya sebab sangat kasihan.
Pada usia sebegitu, dia dah pandai cakap sikit-sikit, meminta-minta dan merayu-rayu.
kesian sungguh.

Tapi memandangkan dia dah besar, 
nak melekap je memanjang kalau kat rumah tu, memang payah le kan.
lenguh tau.
hari terakhir tu saya sapu minyak angin, tapi dia tak kisah langsung.
nak menyusu jugak.
menyusu bersungguh-sungguh pulak tu macam dah lama tak menyusu.

Esoknya, sampai je kat rumah selepas ambil dia di rumah pengasuh...
saya bagitahu kat dia ..
"hari ni tak boleh shetek dah tau. adik dah besar. minum susu botol je."
tanpa saya sangka, dia terus mencari botol susunya dan menyerahkan pada saya.
lepas tu saya pun saja offer dia nak tengok reaksi dia.
terus dia kata, "tak nak!"

Eh? terkejut juga saya.
macam mana boleh senang sangat pulak ni?
padahal, berhari-hari saya fikirkan cara untuk buat dia berhenti menyusu badan.
Manakan tak, sejak masuk umur dua tahun, makin kerap dia nak menyusu.
lama pulak tu.
tak sangka pulak begitu senang.

Alhamdulillah....tak payah pening-pening dah.
tapi sejak tak menyusu badan ni, kemain noti budak kecik ni.
lasak bukan main.
segala benda nak di explore.
yang terbaru, habis dinding dicontengnya dengan pensil.
adoiii...


#gigi dah nak penuh... :)



15 comments:

  1. kiut dan comel je.. eh2, sama maksud kan

    ReplyDelete
  2. comel anak dara akak ni.. :)

    senang je dia putus susu ye..

    tapi ye lah, bila ank dah minta merayu2..tak sampai hati kalau tak bagi..kesian..

    ReplyDelete
  3. hihiii...gigi dah penuh~ c0mel... <3

    ReplyDelete
  4. mudahnya bercerai susu...
    alhamdulillah......

    ReplyDelete
  5. ha dh 2 thun mmg ptut la benti nyusu bdn.. hiihi comelnye beliau dgn ggi2nyew hihi

    ReplyDelete
  6. owh.rupanya susah jugak ye kalau anak kita nak berhenti menyusu badan?

    ReplyDelete
  7. wah 2thn lbh gk qisya cerai susu badan.

    ReplyDelete
  8. olololo, comelnya budak ni.. cute sgt.. hihihi

    ReplyDelete
  9. Tak de pengalaman bercerai susu. Lepas pantang je susu pun kering

    ReplyDelete
  10. Tak de pengalaman bercerai susu. Lepas pantang je susu pun kering

    ReplyDelete
  11. wah, inshaallah pasni boleh share cara ni dengan future wife. hehe

    ReplyDelete
  12. Shinta berhenti menyusu badan umur setahun 2 bulan... dia sendiri yg nak berhenti.. mak dia nak cukupkan paling kurang 2 tahun.. tapi entah lah.. aku pula yg sedih bila dia berhenti menyusu badan..

    ReplyDelete