Sunday, 11 November 2012

Diet - Perlukah dimaklumkan?

Berat badan dan kaum hawa memanglah sentiasa menjadi topik sembang yang pasti kita selalu dengar.

"Si polan dah kurus la.. dia makan ubat kurus apa, ek?"
"Si polan dah gemuk lepas bersalin." 
"Aku dah gemuk la. Kena diet ni." ni contoh-contoh ya.
punya penyibuk la dengan berat badan orang lain dan badan sendiri.

Tambah paling annoying, dah le kurus kering tapi kecoh sangat bila makan nasi sejemput.
Konon-konon risau naik sekilo.
adoiii......

Macam saya yang jadi paling besar dan tinggi dalam keluarga sendiri dan di sebelah encik hubby, adalah agak menyedihkan. (bukan mintak simpati woiii..)
Sudahlah tak dapat menyelit sembang pasal fesyen baju yang sweet2 dan tengah jadi trend,
bila pergi shopping pun balik-balik butik Peace.
Balik-balik butik Peace.

Lagi satu, saiz badan selalu menjadi level kasihan orang.
pernah tak dengar ayat macam di bawah ni.

"Si polan tu sakit, kesiannya....udah le kecik."
"Kesian tengok si polan tu. Anaknya kuat meragam, udah le dia tu kecik."
"Kesiannya dia, selalu kena kutuk, kena buli...udah le kecik."

haa....nampak tak permainan dia?
ater.....orang badan besar larat la tanggung sakit?
ater....orang badan besar, tak ditimpa bebanan perasaan ke?
ater....orang badan besar boleh la dikutuk dan dibuli sesuka hati?
ater....memang orang badan besar tak boleh dikasihani ke?
sebab dia berbadan besar, dia mampu la tanggung semua sakit di fizikal dan mental?
cenggitu?

Dan disebabkan menjadi perempuan gergasi di dalam family....komen-komen yang rasa nak tikam diri sendiri selalu dapat freelah... (bukan mintak simpati woiii...)


#haa.....nampak tak? (bukan mintak simpati woiii...)


The truth is......saya memang hilang 5kg dari berat badan saya.
5 kilo.
Anyone notice? 
Encik hubby seorang. Titik.

Perlukah bila kita berdiet, kita maklumkan orang sekeliling?
Konon-konon nak dapat support.
Kalau ramai yang sayang, mestilah dapat. 
Kalau tak, kena cop poyo je kalau satu kilo pun tak turun.
Makanya disebabkan saya rasa ramai yang tak sayang saya.. (bukan mintak simpati woiii...)
baik la duduk diam-diam. 
Sebelum dapat komen yang kejam-kejam. 
eh? Bukan mintak simpati woiiii.....



13 comments:

  1. eleh2 sedih je ayt...

    tahniah diet menjadi



    sy juga diet yg x pna menjadi =(

    ReplyDelete
  2. hadoi..bape kali duk baca (bukan mintak simpati woii)

    sabo je lah, nur rasa, diet tak perlu bgtahu kot, lagi sakit hati bila kita beritahu, pastu ade yg ckp macam ni

    : rentikanlah diet, mkn je..bukan mahu kuruih pun..

    pedih oo.!

    ReplyDelete
  3. owh seriously fed up dengan cerita diet. girl ni yg tak diet pun org cop diet diet diet. sampai rasa nak pijak je siapa yang cakap tu. ggrr. badan kita, org lain yg kisah. why!!

    ReplyDelete
  4. okla tu dah kurus. jangan banyak cerita la kan orang lain itu...

    ReplyDelete
  5. yana..mulut org tak pernah puas,takleh tutup mcm mulut tempayan...

    kita berisi dikutuk....lalu makan kut...senang ati kut...

    kita kurus jugak disoal mcm2..sakit apa..tak makan ka...makan ubat apa..

    hai..kalau boleh nak di lekat 'tape' ja kat org mcm tu..

    ReplyDelete
  6. aimi adilah.... belum menjadi lagi. hehe..

    ReplyDelete
  7. Cik Nur....sebelum ada org cop akak nak mintak kesian, baik le tekankan awal2... keh keh keh..

    ha'ah...komen cenggitu la pedih beno tu. sabo je la..

    ReplyDelete
  8. girl.... tu la, punya ramai penyibuk, kan?

    ReplyDelete
  9. Rapunzeel Cikilolo.... apa nak buat, mulut org x sama dgn mulut tempayan. :)

    ReplyDelete
  10. kak kamsiah... nak lekat tape? hahaha...

    tp mmg geram, kan kak?

    ReplyDelete
  11. yep betol, gemok kne kutuk lak gemok, kurus org ngate makan produk watever la pulak.. mcm jadi dose plak..heish sabar je la kan kan kan

    ReplyDelete
  12. uwaaaa.... aku pong nak diet sama!!

    :D

    ReplyDelete
  13. diriku adalah sama ngan dirimu..makanya sebelum org tikam biasanya akak akan tikam diri sendiri terlebih dahulu..sendiri tikam kurang rasa pedihnya..bukan minta simpati oii...

    ReplyDelete