Kuota upload gambar di blog sudah habis

Memandangkan blog ni memang suka tepek gambar melambak-lambak kat blog, makanya semalam adalah hari terakhir saya sedap-sedap tepek gambar sesuka hati.
Sudah cukup sudaahhhh....kata si Google.
Kedekut beno. grrr...



Sebenarnya ada cara kalau u olls nak mengelak dari membayar kat Google tu.
Sedikit pencerahan, tuan blog ni adalah pemalas sangat tang nak buat tutorial bagai.
Lagi pun, blog ni hanya blog picisan luahan rasa saja.
Tapi......disebabkan ramai juga yang bertanya macam mana nak buat, makanya dengan penuh kasih sayang saya bagitahu caranya.
Simple-simple punya penerangan, boleh faham, kan?
kalau tak faham, silalah tanya lagi.

1) Sila create akaun gmail yang baru. Gmail sahaja.

2) Buka dashboard blog u olls.

3) Klik Setting yang berada di sebelah kiri blog.

4) Di bahagian 'Permission' klik Add authors

5) masukkan acc baru gmail yang  di create tadi. Klik Invite authors

6) Sign out dari acc asal blogspot.

7) Sign in pulak acc baru gmail tadi. Di inbox tu terus klik line biru dan terus automatik masuk ke dashboard blog.

8) Untuk dapatkan semua fungsi blogspot ----> Sign out.

9) Sign in balik dengan menggunakan acc asal blog.

10) Klik Setting ----> di bahagian 'Permission' lihat bahagian 'Blog Authors'

11) Klik anak panah Author dan silalah pilih Admin.

12) Dah siap. Makanya bolehlah tulis dan tepek-tepek gambar menggunakan akaun gmail yang baru.

Tak faham sebab takde gambar?
Silalah tanya. Sekian. :)




19 Comments

  1. ooh really upload gmbar pon ade kuota..haha..x tau pulak..thanx 4 info..leh wat bile habis kuaota nanti..

    ReplyDelete
  2. yesss paham dah hehe thanks :D

    ReplyDelete
  3. oo..nice info..
    nanti da smapai kuota ley cuba..=)
    salam kenal

    http://whywhylovenad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Ooooooooo.... macam tu.. :D

    ReplyDelete
  5. blog pun ada kuota gambar...? adehh, x best la cm ni... >.<

    ReplyDelete
  6. Memang ada kuota gambar. Google bagi 1GB je. huhu...

    ReplyDelete
  7. dah ramai blogger yg kena...renyah jugak nak buat proses tu ya...

    ReplyDelete
  8. baru tahu ada had2 upload gambar.. xsampai lagi ke tahap buat akaun baru.hehe

    ReplyDelete
  9. upload kt photobucket g dlu pun oke..amil url dan masukkan ke dalam blo

    ReplyDelete
  10. Eca....kalau dr photobucket dia x kira ke? hehe...malas betul nak guna photobucket...

    ReplyDelete
  11. tutorial yg sgt berguna..tksh

    ReplyDelete
  12. tima kasih byk2 share !! muaahh !!

    ReplyDelete
  13. faham cikgu..hehehe..sebenarnya memang dah ada 2 acc gmail pun..tapi satu tu utk blog lain la..:D

    ReplyDelete
  14. Kulukutlah google ni kan..1GB je bgnyerr..! mane cukupp..!

    nampak gayanya kena terhadkan upload pic lah jawabnyerkan..

    ReplyDelete
  15. pernah kena ...
    then saya delete gmbr yg tak perlu.. terutama header yg dh tak guna.

    ReplyDelete
  16. Ramai yang tak tahu pasal benda nie.. Insya'lah bro akan blogkan pasal benda nie.. Dan kredit link pada anda :)

    ReplyDelete
  17. Bro...Ok. Nak tahu kot2 ada cara lain sbb nmpknya ramai yg dah delete gambar atau bukak blog baru.

    ReplyDelete
  18. salam dik,
    Explain sikit boleh? *di inbox tu terus klik line biru dan terus automatik masuk ke dashboard blog.

    line biru yg mana tu? dh sangkut tang tu...

    TQ

    Kak Su

    ReplyDelete