Tuesday, 20 November 2012

Produk Israel selain McDonald

Di sebalik kisah Palestine yang menyayat hati sepanjang minggu ini,
banyak juga cerita-cerita yang menarik yang boleh dikongsi selain kisah Amsyar bersunat.
Tapi itu next entry la ye.
Memandangkan blog ni dah berderet cerita pasal Palestine je...makanya untuk kesekian kalinya saya nak share produk-produk keluaran Israel yang mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu.

Yang kecoh di FB adalah McDonald, McDonald dan McDonald.
McD, McD dan McD.
Mekdi, Mekdi dan Mekdi.
(haa....baca sampai lenguh jugak macam saya...)
macamlah hari-hari kita dok bantai makan burger McD.
Padahal, berlambak-lambak produk lain yang ada di kabinet dapur masing-masing.
Tapi jika ada hati dan perasaan tentang apa yang berlaku di Palestine, mari kita sama-sama semak.




#Google

Ok. Senaraikan.
Mana produk yang boleh ditukar, kita tukarkanlah.
(cip Intel dalam pc ni dah tak dapat tolong la sebab memang dah duduk kat dalam ni...lagipun pc baru wehhh..)
Agak sukar adalah produk Nestle kot.
Maggi memang dah tukar dengan cintan dan mi sedaap.
Bab baju pulak, nasiblah diri ini tak mabuk sangat dengan brand-brand ni.
Coca-cola? Memang tak suka minum pun.
Maybelline dah lama tukar dengan citra nusantara. wakaka...
Danone? Oh....biskut cap Pingpong lagi sedap.

Hmmm....sebenarnya takde la payah sangat.
Semalam encik hubby suruh beli Milo saya diamkan saja.
Dalam kepala ni nak beli Vico. hehe..
Semoga diperkuatkan semangat hendaknya.

#Produk Nestle. Google.



Mulakan dengan sesuatu yang kecil tapi kalau ramai umat Islam yang melakukannya, In shaa Allah.... ianya tak mustahil.
Mereka sudah terlalu lama menjadi bangsa yang bongkak dan angkuh!




9 comments:

  1. Banyak betul yg zionis ni pegang kt pasaran ek. Setuju tu, walaupun nampak kecil, tapi boleh membantu ke arah pembelaan umat islam. insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. alamak..aku dah terbeli milo la semalam kak..tak tau lak milo pon dalam senarai..

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya tak mampu nak boikot semua...maybe sikit2 la kot.....insyaallah kita mampu!

    ReplyDelete
  4. milooo??? tapi...saya suka ratah milo~ ><

    ReplyDelete
  5. banyaknya.. tapi.. tu la yang di makan juga.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. kak iina pun dah tak lalu nak makan mcd....

    ReplyDelete
  7. maggi..?
    ayoo..kena tukar ruski atau lain2 ni...

    dan nestle tu, mmg xdapat nak kata apalahkan...

    mmg byk kita guna barangan nestle...

    ReplyDelete
  8. kalau tak salah saya, tesco pun dorang punya produk jugak kan?

    ReplyDelete