Thursday, 29 November 2012

Sensitiviti terhadap musibah

Apa perasaan anda bila melihat gambar-gambar di bawah.

Lori ikan terbalik di luar negara.
#google

Lori tembikai terbalik di Malaysia.
#google.

Lori beras terbalik di Malaysia.
#google

Lagi gambar lori beras terbalik di highway PLUS tahun 2011. 
#google

Van terbalik bawa tong duit syiling. Insiden tahun lepas juga di Malaysia. Tak malu mengutip hak orang.
#google.

Adakah ini semua lambang rezeki tergolek?
Durian runtuh wooiii.....cepat kutip untuk diri sendiri, cepat!
Eh, macam tu?

Bukankah ini semua adalah MUSIBAH?
Kenapa mesti mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain?
Saya terpaksa untuk menulis entri sebegini disebabkan gambar di bawah.

#Gambar paling popular hari ini di Facebook. Kemain ramai yang like. Kemain ramai yang komen ala2...
"apa lagi wehhhh....jom kutip!!" Seronok, ehh?

Saya tak tahu kenapa.
Adakah masih terkesan dengan kisah di Palestine, saya tidak memandang kepada durian.
Tapi saya memandang kepada lori dan pemandunya.
Kesian sungguh.
Bagaimana ramai yang menganggap ini adalah gambar yang lucu?
Yang ada elemen kelakar?
Tahu tak betapa payahnya nak mengutip durian di dusun?
Tahu tak betapa banyak kerugian yang ditanggung tuan empunya durian?

Ok. malas nak membebel sangat.
Apa yang saya nampak, orang Malaysia kurang sensitivity.
Dua hari lepas, saya ke kompleks PKNS....penuh balik Mc Donald.
Padahal minggu lepas, sunyi je.
Sigh.... :(


9 comments:

  1. rakyat malaysia yg konon dicanang sbg berbudi pekerti,bersopan santun...mana nak letak muka weh..terpampang kat paper...kutip hak org lain...dosa tetap dosa...

    ReplyDelete
  2. lagi satu yana (tak abis membebel lagi ni) kalau xcdent...ramai yg nak tolong...(tolong selongkar barang berharga milik mangsa)

    ReplyDelete
  3. itu la kak.... penyakit hati yang tak takut kita ni akan mati. tak takut bab halal haram....astaghfirullaahaladzim...

    ReplyDelete
  4. ish2..memalukan kalau macam tu. ambil hak orang.tak patut

    ReplyDelete
  5. Beza betul lori ikan terbalik di luar negara tu..!

    Perasaan nur tgk pic ni.. sedih, segan, Malu kak..!
    Maluuu..huhuuhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  6. aku pong cm tk blh terima je masa org ramai berpusu-pusu g angkut beras masa lori bwk beras tu terbalik... tergamak erk dorg nk mkn nnt...hurm..

    ReplyDelete
  7. tu la.. selamber je dorang tu.. pelik2 je.. kesian kat pemandu lori yang terbalik tu..kesian kat owner barang2 tu

    ReplyDelete
  8. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. nice entry :-)
    done follow your blog
    blogwalking di sini.
    jom singgah dan follow blog di
    http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    ReplyDelete