Wednesday, 28 November 2012

Snow White Filem dan Snow White dalam family

Minggu ini adalah marathon layan movie Snow White.
Adalah melampau betul, tahun ini saja ada lebih 3 buah filem snow white.
Takde idea dah kot.
Kebanyakannya pelik-pelik pulak jalan ceritanya.
Saya rasa macam tak fairy tale dah.

Senarai dah tonton.

1) Snow White and the Huntsman (yang ni tengok wayang)
Watak Snow White dilakonkan oleh si Bella Vampire.
Mak tirinya pulak si Charlize Theron yang cantik menawan. (mak tiri Snow White paling cantik dan berkuasa di antara mak tiri Snow White yang lain.)
Perkara pelik yang saya tak boleh terima-----> ada ke pulak Snow White bercinta dengan pembunuh upahan. Adehhhh....

Watak Snow White dilakonkan oleh Lily yang comel dan mak tirinya Julia Robert.
Mak tiri dalam versi ini adalah agak kelakar.
Perkara pelik yang saya tak boleh terima -----> Snow White menyanyi dan menari ala-ala Hindi di hujung cerita. Rasa nak nanges wehhh......tetibe pulak ada  elemen hindustan ada dalam fairy tales.
Sila lap air mata sebab pengarahnya ialah Tarsem Singh.

Adoiiii......ini adalah Snow White yang terhampeh.
Banyak sangat yang tak boleh terima.
-  Rambut snow white yang blonde???
-  Takde seven dwarf tapi ada elves???
-  Ada rasaksa macam komodo???
-  mak tiri yang dah la tak lawa lepas tu nak berebut boyfren si Snow White???

argghhh......dengan sehelai baju je dari mula sampai penghujung cerita, Snow White versi ini adalah paling teruk.
Rasa menyesal pulak tengok. keh keh keh..

Ok. Yang ni rasa tak ingin tengok langsung.
Fail.

Disebabkan saya takde cermin sakti tu, makanya Amsyar la yang jadi cermin, kan?
Makanya soalan saya pada dia.....
"dalam ramai-ramai aunty Amsyar kannnn......siapa yang paling cantik?"
Tersengih-sengih dia memikirkan jawapan.

#Aunty Iema ke?

#Ucu atau Aunty Amni ke?


#Aunty Eirna ke?


#Aunty Dija ke?


#Mak Su ke?

#Chik ke?

Ya. Amsyar ada makcik2 yang cantik.
(matik la saya kena bash ke...kena ambush ke....wakaka...)
Last but not least.....ini yang sebenonya nak tanya.
"Mama cantik tak?"
Tengok Amsyar tersengih-sengih tengok siling sambil garu-garu kepala...
"Ok. Tak payah jawablah. Abang sayang mama tak?"
"Mestilah sayang." jawab Amsyar.
"Walaupun mama tak cantik?"
"Haaaaa leee...." jawabnya lagi.
"OOOOoooooo.....maknanya mama tak cantik la ye?" tu diaaa. 
Padan muka sebab nak sangat jawapan. kah kah kah...

#tak cantik pun tepek jugalah. Mama sayang abang sampai bila-bila.




12 comments:

  1. mama cantik jer... hehehe


    [p/s : konsep baru cantik la kak yana

    ReplyDelete
  2. cantik...vouge gitu mama Amsyar...

    ReplyDelete
  3. mama tetap cantik dimata suami dan anak2 kan

    ReplyDelete
  4. ewahhh. kisah benar tu. hehe

    ReplyDelete
  5. semua ada kelebihan masing2...
    suka abang ada mak cik yg comel kan..kan..

    ReplyDelete
  6. semua nur tak tgk kak..
    dan tergelak nur bila baca ade part ala2 hindustan tu..hihihi..

    tgk pgarah..oo..patutlah..hihih

    ReplyDelete
  7. mesti la mama y paling cantik kan...

    ReplyDelete
  8. errr..ucu cantik..hai ucu..hehehe

    ReplyDelete
  9. keh keh keh....i'm not the witch, ok? saje je sembang2 dgn Amsyar sbb dia sayang sungguh kat aunty2 dia.

    ReplyDelete
  10. wah. peminat setia snow white ni. hehe. yg saya dah tgk snow white n huntsman tu je

    ReplyDelete